Translate

Sahabat Bapak

Monday, February 4, 2013

Klinik gigi kerajaan paling lengang di Malaysia

Sewaktu kecil-kecil dulu, Bapak dan adik nombor dua, Wan sering di bawa untuk melakukan pemeriksaan gigi secara berkala di Hospital Universiti. (sekarang dikenali sebagai Pusat Perubatan Universiti Malaya).

Ayah akan membawa kami dengan menaiki bas (waktu tu kami belum masih memiliki kereta) dan rutin itu berlarutan sehinggakah Bapak dan Wan melangkah ke sekolah rendah.

Selain diajar penjagaan gigi secara tidak formal (budak-budak empat,lima tahun memang suka main-main), perkembangan gigi susu yang akan beralih kepada gigi kekal sentiasa dipantau.
 Setiap kali pemeriksaan Bapak pulang gembira membawa pulang hadiah seperti berus gigi comel dan kotak pensel. Kerap kali juga Bapak tertipu diberi makan tablet berwarna merah jambu yang disangka gula- gula tetapi sebenarnya bertujuan untuk melihat plak gigi dengan lebih jelas.

Kenangan itu indah dan banyak mempengaruhi gaya penjagaan gigi Bapak sehingga sekarang.
Oleh itu Bapak berazam untuk perkara sama yang dilakukan ayah apabila berkeluarga kelak.

Perkembangan gigi susu Khalish setakat ini baik namun beberapa batang gigi hadapan Ilhan kelihatan mula berhakis. Risau Bapak lagipun memang susah dia nak diajar menggosok gigi dengan betul. Ilhan lebih suka memegang berus gigi sendiri tapi yang digosoknya bukan gigi tetapi lidah.

Kelmarin Bapak sekeluarga melakukan pemeriksaan gigi di Klinik Pergigian 1Malaysia di UTC Perak.
Kami pergi sebab servisnya cepat sebab agak lengang. Caj untuk dewasa warga negara cuma RM1 manakala kanak-kanak seperti Khalish dan Ilhan percuma.

Waktu perkhidmatan juga panjang iaitu dari 8.30 pagi hingga 10 malam.

Doktor yang memeriksa gigi Bapak memberitahu gigi Bapak dalam keadaan baik juga dua gigi di bahagian bawah berhampiran geragam tumbuh himpit-berhimpit.Penjagaan rapi diperlukan kerana ia mudah rosak.
 Orang Rumah Bapak pula punya persamaan fobia dengan Aaron Aziz iaitu takut berjumpa dengan doktor gigi. Walaupun beliau beri pelbagai alasan untuk mengelak giginya diperiksa, Bapak bertegas kerana kami perlu jadi contoh baik kepada anak- anak.

Berderau darah Orang Rumah Bapak apabila doktor mencadangkan sebatang giginya yang berlubang ditampal. Dalam takut-takut masalah yang berlarutan hampir setahun berakhir apabila Bapak beri persetujuan gigi Orang Rumah Bapak berkenaan ditampal. Caj dikenakan cuma RM2.

Gigi Khalish dipuji doktor dan dia mengiyakan saranan doktor agar lebih rajin lagi memberus selepas ini.

Ilhan pula asyik mengetapkan bibir dan usaha untuk memujuknya membuka mulut memakan masa agak lama juga. Doktor memberi cadangan giginya dilap dengan kain setiap kali selepas minum susu.

68 comments:

  1. masalahnya, kalau orang nak betulkan gigi, nak pasang braces, dentist kerajaan tak nak buat. apa punya klinik tak tau la... suruh org buat kat private dentist bukan murah, RM5,000 sampai RM10,000. braces hanya utk budak sekolah je sedangkan org dewasa yang betul2 mengharapkan rawatan kosmetik gigi mcm tu tidak akan dilayan sedangkan rawatan itu sgt penting dlm memberi dan menambah keyakinan tuan punya diri !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi Bapak, kerajaan melalui agihan cukai hanya boleh sediakan basic needs/keperluan asas.

      untuk kes klinik pergigian kerajaan ini, moleklah servis check, tampal dan cabut gigi disediakan.

      pakai braces untuk keyakinan diri tu bukan keperluan tapi kehendak...

      Delete
    2. nk pkai braces bkn senang... bg yg nk pkai dr kna tgok kes tu mcm mna.. klau truk sgt bru blh.. tp klau gigi xreti nk jga pn ssh...pkai besi tu lgi kna jga lbih elok

      Delete
    3. betul tu, macam ada pengalaman je..heheh

      Delete
    4. kos rawatan sebenar rawatan braces adalah rm 3000..dan hanya boleh dilakukan oleh pakar sahaja...jumlah pakar di Perak hanya 2 Orang..jumlah waiting list adalah 5 tahun...bayangkan? dengan rawatan hanya kepada bawah 18 tahun dan mencapai kriteria, pun waiting list 5 tahun...paham sendiri la beb..nak bergaya, cantik ,kosmetik, kenalah bayar...

      Delete
    5. Korang pakai jelah jelly braces kalau untuk keyakinan diri. Cuba google apa tu jelly braces. Lagiun tak sakit pakai jelly braces

      Delete
    6. hahaha.. betul tu... jaga gigi bagi putih tak rosak sudah la.. yg nak pasang braces tu kira dah lebih2x.. pi swasta la... tu kehendak.. bukan keperluan.. kerajaan cuma bagi yg kecemasan ja.. macam sakit gigi... gigi patah nak buang tunggul.. gigi berlubang nak tampal.. ni semua kes kes kecemasan.. jika tak buat mudarat,.... nak kecantikan pi la saloon gigi kat pakar-pakar swasta...

      Delete
    7. hahaha.. betul tu... jaga gigi bagi putih tak rosak sudah la.. yg nak pasang braces tu kira dah lebih2x.. pi swasta la... tu kehendak.. bukan keperluan.. kerajaan cuma bagi yg kecemasan ja.. macam sakit gigi... gigi patah nak buang tunggul.. gigi berlubang nak tampal.. ni semua kes kes kecemasan.. jika tak buat mudarat,.... nak kecantikan pi la saloon gigi kat pakar-pakar swasta...

      Delete
  2. Replies
    1. kalau minta kat doktor gigi, dapat la mc

      Delete
  3. cik siti dah lama tak g check gigi...kalau dulu kecik2, tiap2 6 bulan skali mesti pegi...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh kenapa x diteruskan, gaya hidup sihat tu. jangan jadikan sibuk bekerja sebagai alasan, sekarang ni Ahad pun klinik gigi buka tau!

      Delete
  4. @ AnonymousFebruary 5, 2013 at 1:17 AM

    pemakaian braces utk pesakit dewasa tidak dilakukan di Klinik Pergigian (KP) kerajaan. Policy Kem Kesihatan Malaysia....rawatan dilakukan oleh Dr Pergigian Pakar di Klinik Pakar. Utk rawatan braces murid sekolah pun bkn semua kes diterima utk rawatan. Kes yg melibatkan gangguan fungsi atau kebarangkalian resiko kerosakan gigi yg parah saja yg diambil..rawatan ini adalah rawatan bersubsidi dimana pesakit hny bayar rm900++ utk seluruh rawatan..
    Harap info ni dpt membantu..
    Dr pergigian klinik kerajaan..

    ReplyDelete
  5. Kalau nak cuci gigi agak2 brape kos yg d kenekan ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni dah rm3. Rm1 masa nak masuk, rm2 lepas rawatan. Pd sy jimat sgt sbb klinik swasta charge mahal.

      Delete
    2. still murah lagi kan? hihi

      Delete
  6. Doktor swasta cadangkan saya buat crowning & bridging utk pemuliharaan gigi bila retak & cabut. Kos RM seribu lebih. Agak2 kat klinik kerajaan boleh buat tak dgn kos yg rendah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau x silap kos untuk crowning di hospital/klinik kerajaan separuh daripada kos dikenakan di klinik swasta.

      kesabaran menunggu giliran mungkin menjadi isu..

      Delete
  7. Pusat perubatan universiti malaya ada klinik pergigian ke untuk extraction?

    ReplyDelete
  8. tampalan gigi tu, dia guna tampalan yang biasa hitam tu ke, atau tampalan putih/sama warna dengan gigi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tampalan hitam tu kita panggil amalgam, putih pula komposit..dua2 tampalan kekal. kita keadaan..

      Delete
  9. Sy pemakai braces sblum ni. Kalau mmg dah dewasa mmg la kena buat kat private. Pakai braces mmg la mahal. Sy sendiri total hampir rm10k. Tp jgn risau pembayarab secara bulanan..paling2 pun byran pendahuluan adalah rm1500 depends pd klinik tu. Dan yg selebihnya byr la bulanan rm100 ke.. sy ok je...

    Btw...beauty is pain and expensive... itu kebenarannya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  10. Berapa agaknya kos pembedahan cabut gigi..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. di klinik kerajaan, kosnya RM2 untuk sebatang gigi

      Delete
    2. kos pembedahan cabutan gigi tak sama seperti cabutan biasa...harga adalah 50 ringgit..

      Delete
    3. terima kasih atas info kiang-boy

      Delete
  11. Assalamualaikum..maaf sy ingin nk tau kalau kt kilinik 1malaysia ni ada ke pkai braces bt oku dn brape harga ya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila rujuk komen2 sebelum ini. persoalan tentang braces di klinik 1malaysia ada dibincangkan sebelum ini.

      Delete
  12. waktu perkhidmatan memang panjang ke? rasa macam nak pergi situ jer lepas kerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau di UTC memang sampai pukul 10 malam

      Delete
  13. selalunya berapa lama kena tunggu appointment dari doktor untuk scaling gigi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama ada di klinik kerajaan/swasta, perkhidmatan scaling dilakukan pada hari itu juga.

      Delete
  14. Kalau tampal? Perlu appointment or terus dibuat pd hari tu juga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ditampal pada hari pendaftaran

      Delete
  15. Assalamualaikum.. sy nk tnya.. waktu beroperasi klinik gigi tu setiap hari isnin hingga ahad ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau di UTC, memang buka hari2 kecuali cuti umum.

      Delete
  16. Lau kat kajang ni mne ya klinik kerajaan utk bt pendakap gigi utk oku?? Adeq sy nk sngat bt... Kesian pula tngok dye... Agak dpt murah ke tak ya???

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tidak pasti sama ada terdapat kemudahan pendakap gigi untuk oku. setahu saya bagi individu normal tiada kecuali kes yang betul2 memerlukan..

      apa pun ariana boleh check kat klinik kesihatan kajang di jalan semenyih.

      Delete
  17. Bole tau klinik gigi utc ada buat pemutihan gigi tak?

    ReplyDelete
  18. utc perak ade klinik 1 malaysia utk cabut gigi kan? berapa harga?

    ReplyDelete
  19. Jadi tampal gigi ada cas kah..??

    ReplyDelete
  20. scaling gg sama ke dgn rawatan pemutihan gg?

    ReplyDelete
  21. gomen ad buat crowning n bride ke ye

    ReplyDelete
  22. Ble tnya klu nk buat crowing kt utc kena buat appointment ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kwna buat pemeriksaan rutin dulu, baru doktor bertugas boleh cadangkan sama ada crowing boleh dilakukan atau sebaliknya...

      Delete
  23. kalau utc pudu kl ahad ada buka kah? jam berapa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. utc pudu buka ahad, dari 8 pagi hingga 9.30 malam

      Delete
  24. Kalau tampal gigi kat hosp kerajaan bpe ye?sblm ke unit pergigian kena pergi kat main kaunter dulu or terus je pergi kat unit pergigian.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM2 untuk sebatang gigi. boleh terus ke klinik pergigian

      Delete
  25. Klinik kt Utc sentul ada check gigi x?.. :'(

    ReplyDelete
  26. maaf menganggu..ada sesapa tau klinik yg murah buat implant gigi (tanam gigi) kalau ada klinik kerajaan yg buat lg bagus kosnya murah sikit....area selangor

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf saya tiada maklumat. Saya kini menetap di Kuala Terengganu

      Delete
  27. Kalau budak 5 tahun nak cuci gigi blh ke atau ada had umur....gigi anak saya habis rosak berlubang...apakah rawatan yg perlu dibuat

    ReplyDelete
    Replies
    1. gigi susu biasnya tak digalakkan mencuci gigi. biar je sampai luruh gigi tersebut

      Delete
  28. Klinik kerajaan ada perkhidmatan buat crown gigi tak....?

    ReplyDelete
  29. salam, uncle nak tanya. kalau klinik kerajaan nak buat x-ray gigi berapa ye dia caj?

    ReplyDelete
  30. kalau cabut gigi geraham bongsu di klinik kerajaan, berpa kos yg dikenakan?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails