Translate

Sahabat Bapak

Sunday, February 17, 2013

16 Februari yang sentiasa diingati

Semalam genap 7 tahun Bapak dan Orang Rumah Bapak dipertemu sehingga membawa kepada pembinaan keluarga pada hari ini.
genap 7 tahun...
 Kisah permulaan perkenalan kami pernah Bapak ceritakan dalam entri Bukan 14 Februari tapi 16 Februari. Tanggal 16 Februari 2006 amat bererti kepada Bapak kerana Orang Rumah Bapak adalah anugerah berharga daripada Allah selain iman, nyawa, anak-anak dan kegembiraan ibu bapa.

Jangan tanya tarikh sebenar Bapak dan Orang Rumah Bapak 'declare' kerana ia tak pernah wujud dalam kamus percintaan kami. Yang Bapak ingat bagi menunjukkan komitmen, Bapak pergi menghadap kedua orang tua Orang Rumah Bapak di Melaka.

Selepas mereka berkenan, Orang Rumah Bapak diperkenal kepada keluarga Bapak pula. Kemudian barulah proses berkenalan antara 2 keluarga, merisik, meminang, bertunang dan akhirnya ijab kabul pada 31 Mei 2008.
pertunangan
 Oleh kerana perhubungan kami di kira cinta jarak jauh (Bapak di Perak, Orang Rumah Bapak di Melaka), dalam tempoh 2 tahun sebelum bersatu, tanggal 16 Februari sentiasa di isi dengan aktiviti bersama dengan sentiasa menjadi kenangan.

16 Februari 2007, Orang Rumah Bapak diperkenal dengan keluarga Bapak di Petaling Jaya. Beliaulah calon isteri pertama dan terakhir Bapak bawa ke rumah. Geli hati apabila mengingatkan kembali ujian memasak yang dikendalikan Mama untuk Orang Rumah Bapak..hehehe...

Pada 16 Februari 2008 pula kami menghadiri kursus pra perkahwinan di Zura's Academy, Bangsar.
Orang Rumah Bapak yang pilih bagi membolehkan kami berkursus bersama-sama. Antara yang turut sama pada sesi itu ialah Khai AF dan Rosma AF.
 Semalam Orang Rumah Rumah Bapak buat cheese cake dan pizza. Bukan nak meraikan sangat tapi Khalish dan Ilhan suka makan..hehe..

6 comments:

  1. tahniah bapak!semoga berkekalan hingga hujung nyawa....wah zaman bapak masih ada lagi ujian memasak tuk bakal menantu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tentang ujian memasak tu ia dirancang sendiri Mama tanpa pengetahuan Bapak..heheh

      Delete
  2. Hapi annevesary buat bapak & org rumah.. Semoga bahagia dn kekal sehingga selamanya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails