Translate

Sahabat Bapak

Monday, July 12, 2010

Bola Emas Piala Dunia

Kejohanan Piala Dunia Afrika Selatan 2010 akhirnya melabuhkan tirainya awal pagi tadi.

Seperti ramalan awal, pasukan Sepanyol yang berada di ranking nombor dua dunia muncul juara buat kali pertama.

Tak perlu dipertikai gol jaringan Andres Iniesta pada minit ke-116 biarpun ia berlaku pada situasi yang agak kontroversi; situasi sahaja yang kontroversi, bukan gol itu.

Agak menarik selain Dirk Kuyt yang dikeluarkan pada minit ke-71 dan penjaga gol, Maarten Stekelenburg, semua pemain kesebelasan utama Belanda menerima kad kuning termasuk John Heitinga yang diarahkan keluar padang pada minit ke-109.

Oklah, mari lihat lihat pemain-pemain yang menerima pengiktirafan kerana beraksi cemerlang sepanjang kempen Piala Dunia kali ini.

Anugerah Bola Emas
---------------------
1. Diego Forlan (Uruguay)
-Kapten Uruguay ini merupakan salah seorang daripada empat pemain yang menjadi penjaring terbanyak kejohanan dengan lima gol. Tak perlu diragui hampir semua gol yang dihasilkannya amat menarik.

Beliau juga berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan percuma terus ke pintu gol semasa perlawanan suku akhir menentang Ghana; untuk rekod sepanjang kejohanan, cuma empat gol berjaya dihasilkan menerusi sepakan percuma...

2. David Villa (Sepanyol)
-Walaupun tidak menjaringkan gol pada perlawanan akhir, beliau adalah pemain penting membawa Sepanyol pergi jauh dalam kejohanan ini menerusi lima gol yang dijaringkannya.

3. Wesley Sneijder (Belanda)
- Bersama Arjen Robben, beliau menjadi arkitek di bahagian tengah membawa Belanda mara ke perlawanan akhir buat pertama kali dalam tempoh 32 tahun.

Pemain Harapan
-----------------
Thomas Muller (Jerman)-Pemain Bayern Munich berusia 21 tahun ini turut menjaringkan lima gol sepanjang kejohanan.
Ketiadaan beliau pada perlawanan separuh akhir menentang Sepanyol akibat pengantungan perlawanan agak memberi kesan kepada skuad Jerman.

Sarung Tangan Emas
-----------------------
Iker Casillas (Sepanyol)
-Kapten Sepanyol ini cuma melepaskan dua gol sepanjang kejohanan; semuanya di peringkat kumpulan termasuk semasa tewas 0-1 kepada Switzerland.
Beliau juga beraksi cemerlang terutamanya menafikan dua percubaan bahaya Arjen Robben dalam perlawanan akhir.

Tuesday, July 6, 2010

Sepetang di Sua Rasa

Hujung minggu lalu, Sua Rasa @ TV9 berkampung di Ipoh atau lebih tepatnya perkarangan Stadium Indera Mulia.

Walaupun Bapak sebenarnya tak berapa nak ambil port tapi apabila melihat keterujaan di wajah Khalish setelah mendengar 'janji-janji manis' Orang Rumah Bapak untuk menemukan dia dengan maskot Upin & Ipin kesukaannya, Bapak turutkan sahaja...

Setelah berjaya mencilok memparkir kereta kira-kira 2 km dari tapak ekspo, tanpa melayan pujukan beberapa promoter agar membeli barangan mereka yang kebanyakannya berharga RM10 sebeg, kami komited terus ke gerai pameran Adik Di 9.

Agak hampa apabila mendapati kelibat maskot Upin & Ipin tiada, yang ada cuma seorang wartawan penyiaran TV3 yang mungkin dipinjamkan untuk menjaga gerai pameran tersebut.

Begitupun sebaik sahaja terpandang poster dua watak itu, Khalish tetap teruja. Sampai dicium-ciumnya poster tersebut...heheh...untuk tidak menghampakan Khalish, Bapak pun offer ambil foto dia bersama poster tersebut...hahah...
Untuk memujuk Khalish juga, Bapak belikan dia sekeping VCD Kisah Upin, Ipin & Kawan-Kawan.

Selepas itu kami singgah sebahagian gerai pameran yang ada untuk 'menyua rasa' sambil membeli beberapa produk yang berkenan.

Akhir sekali kami singgah di gerai pameran Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Menarik sebab ada dua ekor ular sawa iaitu batik dan albino dipamerkan di situ.

Ular-ular itu nampak jinak sangat. Bapak dan Khalish ambil peluang bergambar dengan ular sawa batik tesebut.
Khalish rilek sahaja, tak tahulah sama ada dia betul-betul berani, rasa selamat di samping ayahnya atau dia tak faham lagi..hehhe...

Award Sunshine From Cik Bedah Laser


The sunshine award is awarded to bloggers whose positivety and creativety inspire others in blogging world.

the rules : -
- nominate 12 others blogger
a) Kak Tirana
b) Cikgu Rashid
c) ckLah
d) Cik Panadol
e) EjaMaria
f) Erina
g)Mr. Penyu Biru
h) Kak Linda
i) DUN Behrang
j) Nik Hakimah
k) Abu Aiman
l) Kak Sonata

- put the award on the side bar or within a post
Done!

- let the nominers know they receive the award..
Done!

- share the love and link the person who gave you the award...
Done!

Saturday, July 3, 2010

Rashidah bukan isteri Bapak!

Dua hari lalu, semasa jari-jemari Bapak baru hendak mula 'menari' pada papan kekunci komputer sejurus memasuki pejabat tiba-tiba telefon bimbit Bapak berdering.

Terpampang nombor telefon talian tetap dari Lembah Klang yang tidak diketahui asal-usulnya. Apabila Bapak menjawab panggilan itu, terdengar suara :

"Hello, boleh bercakap dengan suami Rashidah,er...Puan Rashidah," kata seorang wanita misteri yang suaranya separuh manja...

"Puan Rashidah? saya bukan suami Puan Rashidah," jawab Bapak.

"Kira salah nombor lah ni, maaf encik," balas wanita itu lalu memutuskan panggilan.

Walaupun agak pelik dengan panggilan tersebut terutamanya kelibat Rashidah yang dimaksudkan, Bapak abaikan sahaja...

Namun pada lewat petang sewaktu Bapak mahu memasuki kereta untuk pulang ke rumah sesudah tamat waktu kerja, nombor telefon sama kelihatan pad skrin telefon bimbit Bapak.

Kali ini panggilan di buat oleh seorang wanita misteri (WM) lain :

WM : Hello,Boleh bercakap dengan suami Puan Rashidah?

Bapak : Maaf, salah nombor.

WM : Salah nombor? (macam tak percaya dengan kenyataan Bapak.)

Bapak : Ye saya bukan suami Puan Rashidah. Saya memang ada isteri tapi nama isteri saya Sxxxxx. Boleh saya tahu puan hubungi dari mana? sebab pagi tadi pun ada orang call bertanya hal sama...

WM : Ooo, saya dari IJN.

Bapak : Institut Jantung Negara ker?

WM : Ye. kalau salah nombor takpe la...

Perbualan telefon itu berhenti setakat itu sahaja.

Terdetik di hati Bapak mungkin Puan Rashidah dimaksudkan kini sedang bertarung nyawa di IJN, usaha untuk menghubungi keluarga terdekatnya pula gagal. Kesian pula tapi apa yang Bapak boleh bantu...

Tang macam mana kakitangan IJN dapat nombor telefon bimbit Bapak pun satu persoalan juga. Dah lebih lima tahun Bapak pakai nombor ni tak pernah pula dapat panggilan serkap jarang macam ni...

Bapak amat pasti hanya mengahwini seorang sahaja wanita dan Orang Rumah Bapak bukan bernama Rashidah. Untuk kepastian selepas itu Bapak menghubungi Orang Rumah Bapak, ternyata beliau ada di rumah, sedang memasak di dapur...

Girlfren-girlfren lama zaman muda-muda dulu sorang pun takde bernama Rashidah...

Rashidah yang Bapak pernah dengar cuma lagu 'Taman Rashidah Utama' nyanyian Wings...betul Bapak tak tipu ni..hehehe...

Tag Cik Panadol


Banyak juga Bapak hutang tag..heheh... Rasanya sudah tiba masanya selesaikan satu demi satu...heheh

Yang pertama tag dari Cik Panadol

1. Thank and link the person that tagged you

Terima kasih Cik Panadol

2. Tag 15 bloggers you've recently discovered and think fantastic

a) Cybee
b) Nabil
c) Cik Bedah Laser
d) Maria
e) Kaki Motong
f) Alin
g) En. Me
h) Kimmy
i) Kaizen
j) Nana
k) Rahsia Imej
l) Galuh
m) Amir Komeng
n) Ieda

3. Contact that blogs and let them know they've been tagged

Done!

4. State 7 things about yourself

sila lihat di sini...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails