Translate

Sahabat Bapak

Thursday, May 28, 2009

Balada Seorang Bapak (Setelah Man United Kalah...)


Rasanya semua sudah tahu keputusan perlawanan akhir Champion League awal pagi tadi.

Tahniah kepada Barcelona dan fannya! Bagi penyokong Red Devil cam Bapak, takpe.. biasalah adat permainan, bola itu bulat..(cam ayat memujuk diri jer..hehehhe)

Apa pun, Bapak dan kebanyakan pemerhati EPL lain mempunyai pendapat yang sama; yang paling penting dan prestij ialah kejuaraan Liga EPL. Piala lain-lain cuma bonus sahaja.

Sama dengan Liga Malaysia, memenangi Piala Malaysia adalah kemuncak bagi setiap pasukan.

Bagi pasukan kebangsaan pula..err....layak ke separuh akhir bagi setiap kejohanan yang disertai. Kalau gagal mencapai sasaran, terpaksalah rombak pasukan dan tukar jurulatih...itulah lazimnya...heheh...

Berbalik kepada Man United. Musim 2008/09 pasukan kendalian Alex Ferguson ini telah memenangi empat piala termasuk EPL, not bad..heheh

Oklah. Cerita pasal bola sepak berhenti seketika. Kejap lagi Bapak akan balik ke kampung untuk kembali bersama Orang Rumah Bapak dan Khalish setelah 11 hari tak bersua. Semalam usia anak sulung Bapak tu dah setengah bulan.

Khalish, Ayah balik! heheh

Tuesday, May 26, 2009

Nama Anak Bapak

MUHAMMAD ADIB KHALISH. Itu nama yang diberi oleh Bapak dan Orang Rumah Bapak kepada anak sulung kami. Nama itu didaftar di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Alor Gajah pada 15 Mei lalu, genap usia baby tiga hari.

Sebenarnya semasa kandungan berusia kira-kira tujuh bulan, Orang Rumah Bapak telah menyediakan tiga nama untuk baby kami. Dipendekkan cerita sejurus Orang Rumah Bapak sedar setelah menjalani pembedahan setelah melalui proses kelahiran, kami sepakat memilih nama pertama yang berada di dalam senarai itu.


MUHAMMAD - sempena nama Junjungan Besar, Nabi Muhammad s.a.w. Awalan nama Bapak pun begitu. Bapak dan Orang Rumah Bapak menetapkan setiap anak lelaki kami perlu ada awalan Muhammad

ADIB - Yang Berpengetahuan, Bersopan, Sasterawan

KHALISH - Suci, Ikhlas, Murni

Bapak memanggilnya Khalish. Nama adalah doa, biarlah dia hendaklah menjadi seorang Adib yang Khalish. Itu harapan kami.

Wednesday, May 20, 2009

Memori Indah itu

Kali ini Bapak nak coretkan detik-detik Orang Rumah Bapak melahirkan anak sulung kami untuk kenangan peribadi. Sesungguhnya ia adalah memori indah yang kekal sehingga ke akhir hayat.

Hari itu sesampai Bapak di hospital, doktor terlibat, Datuk Dr. Khoo Kim Eng memaklumkan kepada Bapak, air ketuban kandungan Orang Rumah Bapak tiba-tiba menyusut ketika diperiksa sehari sebelum itu.

Katanya, berdasarkan pengetahuannya, keadaan itu berpunca daripada diabetes yang dihidapi Orang Rumah Bapak pada lewat kehamilan.


Menurutnya, diabetes menyebabkan salur darah menipis dan ia dipercayai punca air ketuban yang merupakan pelindung dan salah satu elemen penting kepada penyaluran sumber makanan dan oksigen kepada kandungan menyusut sekali gus mungkin membahayakan bayi.

Oleh kerana pintu rahim pula cuma terbuka 0.5 cm pada masa itu, induksi diperlukan. Kebanyakan masa Bapak menemani Orang Rumah Bapak di bilik bersalin selain Mak Mertua Bapak yang sekali sekala masuk ke dalam bilik itu memberi semangat kepada anaknya yang sedang melalui pengalaman baru itu. (Seorang sahaja ahli keluarga dibenar menemani di bilik bersalin)

Tidak lama kemudian, Orang Rumah Bapak mulai merasai kesakitan kontrasi sebenar. Belas Bapak melihat beliau menahan sakit hingga mukanya berkerut-kerut dan memegang kuat tangan Bapak dan sisi katil. Kalau boleh, hendak sahaja Bapak menggantikan tempatnya...

Namun sampai pukul 3 petang, bukaan pintu rahim hanya terbuka 2 cm sahaja. Untuk mengurangkan risiko terhadap ibu dan bayi, doktor mencadangkan pembedahan caesarean dilakukan.

Orang Rumah Bapak memandang tepat muka Bapak ketika itu dan Bapak cuma mampu menganggukkan kepala.

Bapak berlari menemui Mak Mertua Bapak di luar untuk memberitahu hal tesebut dan beliau berkata : "Kita pasrah sahaja, yang penting ibu dan anak selamat."

Ayah Mertua Bapak pula yang dihubungi pula berkata : ""Buatlah apa yang terbaik."

Bapak berlari semula ke bilik bersalin dan menghantar Orang Rumah Bapak hingga ke bilik pembedahan ke tingkat lima. Setelah sempat mencium dahi Orang Rumah Bapak, Bapak bergegas ke tingkat enam untuk membawa Mak Mertua ke ruang menunggu di sebelah bilik pembedahan.

Kemudian Bapak menghubungi Mama Bapak di Petaling Jaya untuk memberitahu hal berkenaan. Pada masa itu, debarannya hanya Allah sahaja yang tahu, tak putus-putus Bapak berdoa agar semuanya selamat.

Tak lama kemudian, mak saudara (Mak Encik) dan suaminya sampai ke hospital bersama adik ketiga Orang Rumah Bapak, Echa.

Lebih kurang 4.15 petang, nama Bapak dipanggil jururawat yang sedang menolak katil kecil yang mempunyai seorang bayi diatasnya.


"Ini anak Encik. Bayi lelaki (sambil menunjukkan alat sulit anak Bapak). Lahir 4.10 petang tadi. Dia sihat, isteri Encik pun selamat, sekarang perutnya sedang dijahit," katanya jururawat itu kepada Bapak.

Bapak tergamam pertama kali melihat zuriat sendiri. "Err..saya nak azan anak saya," reaksi awal Bapak melihat anak sulung Bapak yang sedang menanggis sekuat hati.

"Biar kami bersihkan dan panaskan dia dulu. Encik, boleh tunggu isteri Encik yang mungkin keluar kejap lagi dulu," jawab jururawat itu ringkas sambil membawa anak Bapak ke tingkat enam.

Lebih kurang 5 petang, Orang Rumah Bapak yang masih belum sedar keluar dari bilik pembedahan, setelah dimaklumkan doktor Orang Rumah Bapak stabil dan mencapai bungkusan yang mengandungi uri, Bapak segera bergegas di tingkat enam.

Sesampai di bilik bayi, seorang jururawat Cina yang melihat Bapak segera berkata : "Mahu sembahyang anak?

"Sembahyang? (azan kot maksudnya)," Bapak segera menganggguk dan kemudiannya diarahkan memasuki satu sudut di bilik bayi itu.

Sambil seorang jururawat Melayu pula menunjukkan arah kiblat, anak Bapak diserahkan. Terasa canggung memegang anak sendiri buat kali pertama. Kalimah Azan dilaungkan di telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya.

Kemudian Bapak dan ahli keluarga lain termasuk Ayah Mertua yang baru sampai melawat Orang Rumah Bapak yang baru sedar di dalam wad pemantauan. Alhamdulillah, semuanya selamat.

Selepas itu sesudah solat Asar, barulah Bapak dan Mak Mertua terbuka selera menjamah makanan buat pertama kali pada hari bersejarah itu di sebuah medan selera berhampiran hospital terbabit.

Tuesday, May 19, 2009

Hepi Birthday My Wife (Edisi Jiwang)



Hari ini (19 Mei 2009) adalah ulang tahun kelahiran Orang Rumah Bapak yang ke-26.

Kepada Orang Rumah Bapak, terima kasih atas segala cinta, kasih sayang dan pengorbanan yang telah dicurahkan selama ini terhadap suamimu.

Penghargaan tak terhingga juga kerana telah bersabung nyawa melahirkan benih cinta kita tempoh hari. Semoga dapat menjalani tempoh berpantang dengan sebaiknya di kampung halaman nun jauh di Masjid Tanah, Melaka.

Maafkan suamimu kerana tidak dapat berada di sisi pada hari istimewa ini kerana tuntutan fitrah.

Namun biarpun kala ini, kita berjauhan sementara sejauh kira-kira 350 kilometer, percayalah ingatan, cinta dan kasih sayang lelaki ini terhadapmu tetap utuh.

Monday, May 18, 2009

Selamat Melihat Dunia Anakku!

Alhamdulillah, Orang Rumah Bapak selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.2 kilogram tepat 4.10 petang pada 12 Mei lalu bersamaan 17 Jamadil Awal 1430 Hijrah.

Bayi kami dilahirkan melalui pembedahan caesarean setelah pintu rahim hanya terbuka sedikit kira-kira hanya 2 cm sedangkan air ketuban sudah pecah dan kandungan pula dikhuatiri boleh lemas.

Apapun Bapak bersyukur semuanya telah selamat. Orang Rumah Bapak dan anak sulung kami telah dibenarkan keluar hospital pada dua hari kemudian.


Orang Rumah Bapak kini dalam proses berpantang dan pemulihan daripada pembedahan sementara anak Bapak sihat dan cergas walaupun masih mengalami demam kuning yang minimum.

Terima kasih kepada semua yang tak putus-putus mendoakan keselamatan Orang Rumah Bapak dan bayi.

Tak lupa penghargaan kepada kekawan yang mengelarkan diri ini sebagai Bapak sejak 1998. Ternyata 'doa' kalian sejak 11 tahun lalu termakbul sudah. Bapak kini sah bergelar Bapa. Bukan 'Bapak' anak kunci atau anak tekak lagi tetapi Bapa kepada zuriat keturunan sendiri.

Mempunyai zuriat sendiri bermakna amanah yang perlu dipikul Bapak semakin bertambah. Syukur kepada Allah, kepadaNya juga Bapak memohon agar diri ini diberi kekuatan dan kesabaran untuk menjalankan tanggungjawab besar ini.

Monday, May 11, 2009

Detik itu semakin hampir

Sebentar tadi Bapak terima berita dari Melaka. Bapak dikhabarkan saat-saat kelahiran sudah semakin hampir. Menurut Orang Rumah Bapak, doktor bertindak menahannya di hospital setelah menyedari air ketuban dalam rahim mulai menyusut. Kalau tak esok mungkin
lusa...


Bapak bergegas mengemas apa yang patut, tak lupa sijil nikah dan senarai top three nama baby yang bakal lahir itu. Sekejap lagi enjin kereta akan dihidupkan dan Bapak bakal mula bergerak dari Ipoh.

Nada suara Orang Rumah Bapak di corong telefon bimbit tadi tenang sahaja tapi debaran di dada Bapak, Allah sahaja yang tahu.

Tak semena-mena Ipoh yang dah berbulan-bulan panas terik, dibasahi hujan selebat-lebatnya kala ini. Dengar cerita ada peristiwa penting berlaku melibatkan kepentingan negeri ini lebih kurang sejam lalu... Bapak tak sempat ambik pusing, dalam fikiran kini hanyalah Orang Rumah Bapak dan bayiku...

Semoga semuanya selamat.

Sunday, May 10, 2009

Mawar Putih Untuk Mama


SELAMAT HARI IBU!

Jika bercerita tentang jasa dan pengorbanan insan yang bernama ibu, pasti tiada kesudahannya bagaikan lautan yang tak bertepi.

Alhamdulillah hingga ke saat ini Bapak masih diberi kesempatan untuk menumpang kasih dengan dua ibu, ibu kandung yang Bapak panggil Mama dan ibu mertua yang senang digelar Mak.

Bapak nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada Mama Bapak, Robiah Ishak, 52, yang menetap di Petaling Jaya dan ibu mertua, Rohana Hamzah, 52, di Masjid Tanah.

Tak lupa juga untuk Orang Rumah Bapak yang sedang menghitung hari untuk ditauliah gelaran agung itu, insyaallah...

Kad ini juga Bapak tujukan kepada semua kekawan blogger terutamanya daripada golongan Ibu. Anggaplah ia sebagai secebis daripada penghargaan Bapak kepada insan mulia yang bergelar Ibu...

Tuesday, May 5, 2009

Alone but I'm not single

Kandungan bayi sulung Bapak kini sudah berusia kira-kira 37 minggu. Insyaallah dalam tempoh kurang 15 hari lagi bayi ini akan melihat dunia.

Sejak awal kehamilan lagi,Orang Rumah Bapak sudah menyatakan hasrat mahu melahirkan zuriat pertama ini di Melaka seterusnya menjalani tempoh berpantang di rumah Ibu dan Ayah Mertua Bapak di Masjid Tanah. Bapak faham kewajarannya dan merestuinya.

Oleh kerana harinya semakin hampir, kami bersiap-siap dan semua kelengkapan bayi yang sudah dibeli disumbat di dalam bonet kereta lalu kami pun bergerak menuju ke kampung halaman.

Orang Bapak sebelum bergerak pulang ke kampung

Bapak dan Orang Rumah Bapak bermalam dahulu di rumah Orang Tua Bapak di Petaling Jaya bagi memohon restu sebelum meneruskan perjalanan ke Melaka keesokan harinya.

Berdasarkan sejarah perubatan keluarga Orang Rumah Bapak dan maklum balas daripada kawan-kawan, kami sepakat untuk memilih perkhidmatan Hospital Pakar Putra, Melaka.

Temu janji pemeriksaan kesihatan ibu dan bayi pertama dan kedua dengan doktor, Datuk Dr. Khoo berjalan lancar. Cuma Orang Rumah Bapak dinasihatkan mengawal paras gula dalam darah berikutan sejarah keluarga yang mempunyai diabetes.

Pada pertemuan kedua, Bapak telah membawa Orang Rumah Bapak meninjau Wad Bersalin hospital berkenaan bagi mengurangkan rasa takut dan berdebar-debarnya. Doktor kata ia emosi normal bagi seorang wanita yang pertama kali mahu melahirkan.


Kini Bapak sudah selamat pulang ke Ipoh berseorangan. Inilah rutin yang perlu Bapak lalui sampai Ogos depan sehingga Orang Rumah Bapak selesai menjalani tempoh berpantang. Hidup bujang but I'm not single.

Tapi bukan itu yang Bapak kisahkan sangat, ada perkara lain yang lebih penting terngiang-ngiang di kepala Bapak sekarang ini. Kebanyakan berkaitan Orang Rumah Bapak dan bayi serta mampukah Bapak bersama di sisi pada saat-saat bersejarah itu..

Cuma Bapak teringat pesanan Ayah Mertua ketika mencium tangannya sebelum pulang ke Ipoh.

"Jangan risau sangat. Insyaallah semuanya akan selamat," katanya seolah-olah boleh membaca fikiran Bapak. Maklumlah termasuk seorang yang meninggal, enam orang anaknya.

Saturday, May 2, 2009

Kenangan UPU

Awal-awal pagi adik Bapak ketiga, Siddiq sudah hubungi minta tolong semak status permohonan ke IPTA yang keluar 1 Mei 2009.

Setelah meminta nombor kad pengenalan Siddiq, Bapak terus aktifkan broadband dan layari laman web upu.mohe.gov.my. Namun menurut laman web itu keputusan status permohonan ke IPTA cuma akan diumumkan mulai 12 tengah hari sedangkan pada masa itu baru 7.30 pagi.


Bapak hubungi semula adik Bapak itu dan minta beliau bersabar...heheh

Gelagat Siddiq mengingatkan Bapak kenangan 11 tahun dulu semasa Bapak berada di situasi sama seperti beliau, lepasan SPM yang berdebar-debar menanti peluang untuk melanjutkan pelajaran.

Masa itu zaman internet di negara kita boleh dikatakan baru bermula dan semakan permohonan ke IPTA hanya boleh dibuat menerusi dua cara; talian hotline atau pergi sendiri ke ibu pejabat Kementerian Pendidikan (sekarang ini dipanggil Kementerian Pengajian Tinggi) di Pusat Bandar Damansara.

Sebenarnya status permohonan boleh diketahui dari 8 pagi lagi. Tapi sebab talian hotline terlalu sesak, Bapak dan seorang kawan, Edayu mengambil keputusan pergi sendiri ke Pusat Bandar Damansara.

Sesampainya di sana, kaunter yang disediakan sudah sedia sesak, setiap calon yang mahu menyemak status permohonan perlu menulis butir peribadi dalam satu slip kecil. Sebenarnya berdasarkan keputusan SPM, Bapak yakin akan mendapat tempat cuma tak tahu lokasinya sahaja, cuma harap-harap dapat pilihan pertama Bapak...

Selang beberapa minit kemudian Edayu terima semula slipnya dan beliau melompat gembira apabila ditawarkan kursus Grafik di ITM (sekarang ini UiTM). Tak berapa lama kemudian Bapak pula terima slip, pucat muka Bapak apabila diberitahu permohonan Bapak Gagal.

Slip semakan pertama yang menyatakan permohonan Bapak ke IPTA gagal...

Dengan selambanya pegawai kementerian beritahu peluang Bapak masih ada untuk kemasukan kedua pada November dengan syarat menghantar surat rayuan serta beberapa dokumen sokongan.

Tambah buat jantung Bapak nak luruh pada masa tu, tiba-tiba Bapak dihulur mikrofon oleh seorang wartawan TV3 (lelaki, tapi Bapak tak berapa cam siapa dia, maklumlah masa tu emosi tak stabil) yang datang membuat tinjauan.

Wartawan : Adik (panggilan untuk Bapak), camner? dah tahu masuk U mana?

Bapak : A....saya belum check lagi

(bohong Bapak sambil menghulurkan slip Bapak kepada Edayu yang terpinga-pinga, tanpa menghiraukan orang lain, Bapak terus meluru ke tingkat bawah menuju ke pondok telefon awam)

Bapak terus mendail nombor telefon rumah yang disambut Mama. Bapak yang macam tak terima kenyataan bertanya kepada Mama nombor rujukan UPU, mana tahu Bapak tersalah catat...

Mama memberi nombor rujukan tersebut dan bertanyakan apa sebenarnya telah berlaku tetapi Bapak hanya berkata, semuanya akan diberitahu kemudian.

Bapak dapati nombor rujukan UPU adalah sama seperti yang tertulis di slip tersebut. Dengan longlai Bapak kembali semula ke pejabat Kementerian Pendidikan untuk menemui Edayu yang Bapak tinggalkan tadi.

Rupanya Edayu telah membuat slip baru untuk Bapak dan minta Bapak tandatangan sebelum dihantar semula untuk disemak semula.

"Kita cuba, mesti ada yang tak kena ni, Result awak lebih baik dari saya," kata Edayu memberi semangat kepada Bapak yang dah macam putus asa.

Dalam 10 minit kemudian, seorang pegawai kementerian memanggil Bapak dan menghulurkan slip yang baru itu.

"Tahniah dik, Y002 (kod kursus yang ditawarkan)," katanya tanpa rasa bersalah.

Bapak terkejut dan memandang slip itu berkali-kali. Macam mimpi, sekejap gagal sekejap berjaya... Y002, alhamdulillah, itulah pilihan pertama yang Bapak pohon...

Slip semakan kedua yang menunjukkan Bapak ditawarkan untuk kursus Y002

Sekali lagi Bapak berlari turun menuju ke pondok telefon awam (tahun 1998, masa tu budak remaja cam Bapak mana mampu pakai henset) hubungi Mama semula. Bapak pun cerita A sampai Z apa yang telah berlaku, Mama mengucap panjang dan tak lama selepas itu bersyukur sambil menahan sebak di dada.. Berita itu kemudiannya diberitahu Mama kepada Ayah.

Selepas itu Bapak dan Edayu pun pulang dengan perasaan bersyukur kerana masing-masing menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran. Namun kami saling tertanya-tanya apakah sebenarnya yang telah terjadi di sebalik dua slip semakan status permohonan IPTA Bapak..Hingga ke hari ini jawapannya masih belum ke temu.

Kira-kira seminggu kemudian, ayah memberikan Bapak seutus surat daripada Kementerian Pendidikan yang dihantar secara pos. Surat makluman permohonan Bapak ke IPTA berjaya...Sah Bapak ditawarkan kursus Y002.

"Ceh, Kementerian hantar surat rupanya. Buat penat jer kejadian dramatik dan penuh beremosi kat pejabat Kementerian hari itu," sindir Ayah kepada Bapak.

Bapak cuma bersengih-sengih....

Ops.. lupa pulak nak beritahu adik Bapak ditawarkan kursus Diploma Kejuruteraan Elektrik di UiTM..Syukur...

Tahniah Siddiq! Selamat melangkah ke alam baru dan jangan sia-siakan peluang ini...

Friday, May 1, 2009

TaG From Kak Alia

Kena Tag dengan Kak Alia

1. Letakkan gambar profile anda.












2. Maksud gambar tu?

Gambar ini diambil sekitar Mac 2007 di Pantai Teluk Batik, Lumut ketika bersantai bersama teman serumah. Masa tu masih bujang tapi sudah nampak komitmen untuk mendirikan rumah tangga.

Bapak memandang laut yang sentiasa berombak seolah-olah merenung masa depan yang mencabar yang harus ditempuhi Bapak setelah bergelar nakhoda bahtera rumah tangga nanti..hehhe (poyo giler...)

3.
Kenapa pilih gambar ni?

Bagi Bapak itulah lambang 'Akulah Bapak'..hehhe

Menghitung Hari

Kandungan bayi sulung Bapak kini sudah berusia 8 bulan ++. Pendek kata Orang Rumah Bapak hanya menunggu hari sahaja untuk melahirkan. Bapak menghitung hari tersebut dengan perasaan bercampur baur dan berdebar-debar.

Bapak dan Orang Rumah Bapak mula membuat persediaan serba sedikit untuk bayi yang bakal lahir. Sebab ini pengalaman pertama kami, kebanyakan senarai barang keperluan bayi perlu dirujuk daripada pelbagai sumber.

Antaranya :
a) Nasihat daripada ibu bapa daripada kedua-dua belah keluarga
b) sumber buku, majalah serta internet
c) blog kawan-kawan yang sudi berkongsi pengalaman
d) kenangan lampau..hehhe (Bapak cuba mengingatkan persiapan Ayah dan Mama untuk menyambut kelahiran adik ketiga. Sebab masa tu Bapak umur 11 tahun dan persiapan rasanya jauh lebih rapi daripada adik bongsu sebab jarak adik kedua dengan ketiga lebih 9 tahun. Semua kena beli baru)

Selepas itu, melilau kami mencari kedai untuk membeli semua barangan tersebut, kebanyakan di beli di sekitar bandar raya Bapak dan Orang Rumah Bapak tinggal.

1. Kelengkapan tidur - di sebuah kedai barangan kekabu di UIu Kinta

2. Pakaian - sebuah pasar raya besar di Medan Ipoh


3. Peralatan mandi dan lain-lain - sebuah kedai kelengkapan bayi di Greentown


4. Keperluan ibu berpantang - sebuah pusat pengedaran barangan di Batu Berendam, Melaka

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails