Translate

Sahabat Bapak

Tuesday, May 26, 2009

Nama Anak Bapak

MUHAMMAD ADIB KHALISH. Itu nama yang diberi oleh Bapak dan Orang Rumah Bapak kepada anak sulung kami. Nama itu didaftar di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Alor Gajah pada 15 Mei lalu, genap usia baby tiga hari.

Sebenarnya semasa kandungan berusia kira-kira tujuh bulan, Orang Rumah Bapak telah menyediakan tiga nama untuk baby kami. Dipendekkan cerita sejurus Orang Rumah Bapak sedar setelah menjalani pembedahan setelah melalui proses kelahiran, kami sepakat memilih nama pertama yang berada di dalam senarai itu.


MUHAMMAD - sempena nama Junjungan Besar, Nabi Muhammad s.a.w. Awalan nama Bapak pun begitu. Bapak dan Orang Rumah Bapak menetapkan setiap anak lelaki kami perlu ada awalan Muhammad

ADIB - Yang Berpengetahuan, Bersopan, Sasterawan

KHALISH - Suci, Ikhlas, Murni

Bapak memanggilnya Khalish. Nama adalah doa, biarlah dia hendaklah menjadi seorang Adib yang Khalish. Itu harapan kami.

12 comments:

  1. Heheheh..Mohd Adib Khalish yer...alalala...comelnyer!

    Bapak..hang ingat Adib Abrar dak?

    ReplyDelete
  2. Daddy : Adib Abrar? ooo baru ingat..heheh. hang mengingatkan Bapak pada zaman matrik daa..hehhe

    ReplyDelete
  3. anak2 sekarang nama mesti tak kurang 3 patah kata....nama bapak panjang tak? kot 3 patah juga....buku register kat sekolah kena buat cadangan panjangkan ruang untuk tulis nama....hehehe

    apapun semoga sejahtera sentiasa hidup muhammad adib khalish! Aminnn.

    ReplyDelete
  4. Yup...nama itu satu doa...bermula dah episod membesar dan mendidik anak2...selamat!!!

    ReplyDelete
  5. Muhammad Adib Khalish... Selamat datang ke Dunia Baru.

    Dunia yang penuh warna kejahatan dan kebaikkan.

    Namun, jangan risau sayang.. kamu ada IBU & BAPA yang akan membimbingmu tanpa jemu kearah satu tujuan yang jitu . Insyallah ..

    ReplyDelete
  6. tahniah - sedap namanya secantik anaknya dan makna yang baik...

    ReplyDelete
  7. Anis : nama Bapak 2 patah kata sahaja. aha..sian cikgu-cikgu dapat anak murid nama panjang2..hehhe
    anyway, thanks Anis.

    DUN : ya bermula sudah episod baru membesar dan mendidik anak2..selamat...

    Linda : Insyaallah, Linda

    Kak Sonata : terima kasih.moga doa kita semua termakbul, insyaallah.

    ReplyDelete
  8. Sedap nama anak bapak...mudah-mudahan membesar menjadi insan yang ikhlas..

    ReplyDelete
  9. Kak Tirana : insyaallah, mudah-mudahan

    ReplyDelete
  10. Semoga Muhammad Adib Khalish besar nanti, pekertinya akan seindah nama yang dimiliki, insyaallah! Amin...

    ReplyDelete
  11. tahniah encik Bapak..wahhh sang comel baby itu..nama dia juga sangt kiut...argghh sangt suke tgok baby baby ney...kiutssss..tahniah tahniah tahniah..

    ReplyDelete
  12. Kak Myza : terima kasih. insyaallah, moga2 makbul doa Kak Myza. Amin...

    Samm : terima kasih

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails