Translate

Sahabat Bapak

Sunday, May 10, 2009

Mawar Putih Untuk Mama


SELAMAT HARI IBU!

Jika bercerita tentang jasa dan pengorbanan insan yang bernama ibu, pasti tiada kesudahannya bagaikan lautan yang tak bertepi.

Alhamdulillah hingga ke saat ini Bapak masih diberi kesempatan untuk menumpang kasih dengan dua ibu, ibu kandung yang Bapak panggil Mama dan ibu mertua yang senang digelar Mak.

Bapak nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada Mama Bapak, Robiah Ishak, 52, yang menetap di Petaling Jaya dan ibu mertua, Rohana Hamzah, 52, di Masjid Tanah.

Tak lupa juga untuk Orang Rumah Bapak yang sedang menghitung hari untuk ditauliah gelaran agung itu, insyaallah...

Kad ini juga Bapak tujukan kepada semua kekawan blogger terutamanya daripada golongan Ibu. Anggaplah ia sebagai secebis daripada penghargaan Bapak kepada insan mulia yang bergelar Ibu...

7 comments:

  1. Terimakasih untuk mawar putih yang comel itu...

    ReplyDelete
  2. Kakyong pun nak ucapkan terima kasih kerana sudi mengirim mawar putih untuk kakyong.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih bebanyak...
    camna orangg rumah, moga selamat melahirkan..

    ReplyDelete
  4. terima kasih, sonata dah terima bunga mawar tu...cantik!

    ReplyDelete
  5. Kak Tirana, Kak Yong, Kak Alia & Kak Sonata :

    Sama-sama.

    Baru pas call Orang Rumah Bapak, alhamdulillah beliau sihat & sudah ada tanda-tanda hampir melahirkan, insyaallah tak lama lagi..

    ReplyDelete
  6. Bapak, terima kasih bebanyak..Lain kali bagi la lagi...ngeee.

    'Esok lusa' insyallah anda pulak menyambut hari bapa....

    Doakan bersama...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails