Translate

Sahabat Bapak

Wednesday, August 25, 2010

Tambah....

Sambil mendukung Khalish, mata Bapak terpaku pada skrin hitam putih yang terpapar pada sebuah mesin di hadapan.

Sesekali Bapak dan Orang Rumah Bapak tersengih dengan tindakan gelagat luar jangka 'lembaga' itu.

Melambai-lambaikan tangannya, membuka dan menutup tangan seolah-olah membuat 'cak cekur' dan sesekali menendang kuat tepat ke arah alat pengimbas.
Ya itulah janin yang sedang mekar di dalam rahim Orang Rumah Bapak; anak kedua kami.

Insyaallah, awal November ini, Khalish akan bertukar status menjadi seorang abang.

Walaupun pada mulanya Khalish seperti tidak menerima kenyataan, pernah sekali hampir mahu ditendang perut ibunya namun kini semakin reda; gemar pula mencium perut ibunya.

Bapak dan Orang Rumah Bapak sedang menyiapkan diri dan Khalish untuk menerima orang baru.

Ini rezeki....sesungguhnya kami teruja dan terpesona menyaksikan feel adik Khalish yang nampaknya lebih aktif daripada abangnya walaupun masih di dalam rahim....

14 comments:

  1. Tahniah! Mudah-mudahan selamat semuanya

    ReplyDelete
  2. Kak Tirana,

    terima kasih. doakan semuanya selamat Kak!

    ReplyDelete
  3. Bapak,
    Wah... Tahniah Bapak.. Semoga dipermudahkan semuanya... Tahniah untuk Khalish juga.. lepas ni Khalish dah ada kawan untuk main bola nampaknya.. hehe

    ReplyDelete
  4. waaaa best nye...dh nk masuk 2 dah...
    waaaa alhamdulillah....

    bile la turn sy plak nih....
    uhuhuhuhuh

    ReplyDelete
  5. Ana,

    terima kasih, begitulah harapan kami.

    buat pengetahuan Ana, sampai skrg kami x tahu adik Khalish tu geng bola dia ker x? adik Khalish main sorok2, kepit kaki time scan..heheh...

    doctor pun naik confuse..heheh...

    ReplyDelete
  6. Cik Bedah,

    alhamdulillah...insyaallah x lama lagi giliran Cik Bedah. Bapak doakan...

    ReplyDelete
  7. Tahniah Bapak! Moga segalanya dipermudahkan! Alhamdulillah, bertambah lagi umat Nabi Muhammad SAW!

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah... tahniah... baja yg ditanam sudah menampakkan hasil. :D

    ReplyDelete
  9. tahniah... mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan... Amin :)
    best nye ade baby lagi!!! ;p

    ReplyDelete
  10. Kak Myza,

    terima kasih, amin...

    ReplyDelete
  11. Mr. Penyu,

    terima kasih. baja? mendalam metafora tue..heheh..

    ReplyDelete
  12. Maria,

    terima kasih! terkejut dalam kesyukuran ni..hehe...

    anywany doakan semuanya selamat, debaran sama cam anak pertama...

    ReplyDelete
  13. Tahniah bro..kami pun InsyaaAllah bulan disember ni, semoga kita mendapat anak yg soleh solehah hendaknya..

    ReplyDelete
  14. Kami,

    tahniah juga bro,insyaallah kita akan dikurniakan zuriat yang soleh solehah...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails