Dua hari sebelum awal Ramadan, seorang rakan sepejabat Bapak kehilangan kereta.
Kereta Toyota Vios hitam beliau hilang ketika diparkir di hadapan rumah. Kehilangan hanya disedari semasa rakan sepejabat Bapak ni mahu ke tempat kerja pada 8.30 pagi hari itu.
Nak jadikan pencuri kereta tu tambah joli, pada malam kejadian, kawan sepejabat Bapak ni balik lewat, banyak juga barangan peribadi dan gajet ditinggalkan sahaja dalam kereta pasal dah ngantuk sangat...
Nilainya mahu berbelas ribu gak, sengih gila pencuri tu free-free dapat habuan tambahan..
Pagi tu, Bapak dan Bos bawa rakan sepejabat Bapak yang tengah buntu ni pergi buat laporan polis di IPD Ipoh, jumpa pegawai penyiasat kat Balai Polis Tasek dan ambil laporan polis di Balai Polis Jelapang.
Lepas tu selesaikan pula dengan bank dan pihak insurans lak. Kawan Bapak ni jenis letak semua dokumen seperti salinan cukai jalan dan nota insurans dalam kereta, memang harula...sampai petang jugalah baru selesai..
Ada macam-macam teori tentang kecurian tersebut, ada yang ramal kereta Toyota Vios tu dah ke sempadan Thailand, tak kurang yang cadang cari kat kedai-kedai potong sekitar Ipoh dan Gopeng, mana tahu masih tersadai kat situ..
Memang sejak akhir-akhir ni banyak kes kereta dicuri di Perak ni termasuk dua kes melibatkan budak-budak sekali dilarikan dalam kereta di Kuala Kangsar dan Batu Gajah (nasib baik dilepaskan juga akhirnya)
Apabila sudah hilang kereta, memang 'patah kaki' rakan sepejabat Bapak ni, faham-faham sahaja sistem pengangkutan awam kat Ipoh ni...dah la dok 'sebatang kara' kat Ipoh ni (isteri dan anak duduk KL)
Seminggu lepas kereta hilang, baru semangat beliau pulih sikit. Beliau cam dah serik nak pakai kereta, cadang nak beli motosikal sahaja.
Maka sebuah motosikal pun ditempah. Nak dijadikan cerita, sehari selepas itu, polis hubungi beliau awal-awal pagi beritahu kereta Toyota Vios hitam yang dicuri itu dah dijumpai.
Kereta itu dijumpai oleh seorang penjual sayur di kawasan tempat letak kereta bawah tanah Pasar Besar Ipoh iaitu kira-kira 200 m dari syarikat insurans!
Klu penemuan Toyota Vios itu ialah pencuri itu tukar no. plat baru tapi tak buang sticker cukai jalan yang tertampal pada cermin hadapan kereta tersebut..macam ni punya pencuri pun ada...heheh...
"Saya memang selalu parking kat situ, pagi semalam tengok-tengok sudah ada kereta lain parking. Tak pernah nampak (kereta itu), ingat sedara baru beli.
"Pagi tadi tengok kereta tu ada lagi. Saya pergi tengok, haiya, pasal apa no. plat lain, road tax lain. Saya terus report polis," cerita nyonya itu bersungguh-sungguh.
Lepas polis buat CSI seringkas mungkin, ambik beberapa barang yang dipercayai milik pencuri itu termasuk sehelai kertas yang mengandungi senarai barangan dapur yang hendak dibeli di pasar, Toyota Vios hitam itu pun dikembalikan semula kepada tuan punya.
Namun barangan peribadi dan gajet berharga semua dah lesap (dah agak pun...)
Sengih balik rakan sepejabat Bapak. Apabila buka dashboard kereta, ada beberapa sticker yang tertampal sebelum ini di cermin hadapan kereta, dicampakkan begitu sahaja di situ...
Semasa Bapak teman beliau tukar balik no. plat, baru kami perasan ada dua lagi barangan milik pencuri di dalam kereta. CD cetak rompak koleksi lagu 'Tangkap Syahdu Lagu Lagu Berbisa Partick Kamis' dan botol Eno...
CD Partick Kamis? rare ni....hehehe...
Walaupun apapun motif kereta Toyota Vios hitam itu dicuri walaupun niatnya sekadar mahu meminjam untuk memudahkan dia pergi ke pasar, harap dia segera insaf sempena Ramadan ini sebelum dapat dicekup polis...
Semoga peristiwa ni menjadi teladan kepada kita supaya lebih berhati-hati dan tidak memberi ruang kepada penjenayah bermaharajalela...
p/s : Bapak daftar Rakan Cop ekoran kejadian ini...heheh...
fuhh..seb baik dapat jupe balik. tapi yg tak tahan tu pencuri tu layan lagu patrick tu.hehe
ReplyDeletealhamdulillah..ending cier ni masih lagi baik kan..kalau ilang terus..alangkah sedihnyaaa...betul la org kata vios panas
ReplyDeleteMr. Penyu,
ReplyDeletetu la pasal, patrick kamis tu..hahhah...
Hemy,
ReplyDeletealhamdulillah...rezeki jumpa balik kereta tu...
rejeki kanns.. sib baik ada nyonya yg mcm CSI tewww.. ehehe
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteaduhai macam-macam gaya pencuri tu ek..
en_me,
ReplyDeletenyonya tu memang CSI..heheh..
Cikgu Rashid,
ReplyDeletesalam,
memang memacam gaya org mencuri zaman ni...
salam ziarah..dan salam perkenalan..hmm..nsb baik jmpe blk..mybe pencuri tu nmpk polis kut..trs tingglkn kt situ keta tu..x pom pencuri yg x berapa berpengalaman..bila curi x tau nk bwt ape dh.hehe
ReplyDeleteSyahbandar,
ReplyDeleteentahle, teori kami pencuri tu terparking kt parking peniaga sayur di pasar besar tu.
bila dia nampak peniaga syak apabila perasan no plat x sama ngan no road tax, tu yg gelabah...heheh