Translate

Sahabat Bapak

Sunday, February 22, 2009

Mimpi Ngeri Orang Rumah Bapak


Kisah ini berlaku beberapa hari lalu. Pagi tu sebaik sahaja Bapak bangun dari tidur setelah jam loceng berbunyi kira-kira 6 pagi..Bapak tengok Orang Rumah Bapak yang tidur di sebelah terjaga dalam keadaan muka terkejut dan badannya berpeluh-peluh.

Panik juga Bapak, dah nak bersalin ke? Takkan lah, baru enam bulan. Pelan-pelan Bapak tanya Orang Rumah Bapak..Rupa-rupanya beliau baru mengalami mimpi yang ngeri. oh..buat suspen jer..

Orang Rumah Bapak pun bangun daripada pembaringannya dan sambil memegang tangan Bapak, beliau pun bersungguh-sungguh bercerita pasal mimpinya.

Dalam mimpi itu, Orang Rumah Bapak kata, beliau di bawa masuk ke dalam kamar mahkamah dengan keadaan bergari gara-gara tidak membayar kompaun trafik PBT. Tambah menakutkan Orang Rumah Bapak, kejadian wanita mengandung yang digari (Orang Rumah Bapak la) itu dirakam oleh ramai jurugambar media yang berpusu-pusu membuat liputan.

Bapak nak tergelak pun ada lepas dengar cerita mimpi Orang Rumah Bapak yang 'dramatik'itu, namun tak sampai hati bila beliau sungguh-sungguh minta Bapak lunaskan kompaun tersebut hari itu juga.

Sebenarnya notis kompaun kesalahan trafik PBT itu, Orang Rumah Bapak terima September lalu selepas main redah parkir kereta ketika hendak beli barangan dapur di sebuah pasar besar di sini.

Masa Orang Rumah Bapak beri notis kompaun tu, Bapak dah janji nak selesaikan tapi biasalah asyik bertangguh jer sampai terlupa dan cerita pasal ia hilang cam tu sahaja.

Kisah notis kompaun trafik PBT itu timbul semula sehari sebelum pagi itu selepas ayah mertua Bapak hubungi dan beritahu notis terakhir kompaun tu dah sampai di rumahnya di Melaka.

Ayah mertua Bapak minta selesaikan segera kerana menurutnya notis tersebut ada menyatakan kalau tak bayar dalam masa ditetapkan, tindakan mahkamah mungkin akan diambil.

Mungkin sebab tu lah, Orang Rumah Bapak risau sampai terbawa-bawa dalam mimpi.

Hari tu, sebelum pergi kerja, Bapak ambil notis kompaun tu dari dalam fail yang tersimpan rapi di bilik bacaan dan tengah hari itu juga , Bapak cilok jap pergi bangunan PBT tu yang tak jauh dari pejabat Bapak untuk bayar kompaun tersebut.

Tersenyum lega Orang Rumah Bapak apabila Bapak beritahu dah selesaikan kompaun trafik PBT tu dan lepas ni tak perlulah mengigau lagi...

Sunday, February 15, 2009

Mari Bergotong-Royong

1 Mac ini genap setahun Bapak menetap di taman perumahan tempat teratak Bapak dan Orang Rumah Bapak menumpang teduh. Bukan rumah sendiri, sekadar rumah sewa.

Bapak mula duduk rumah ini kira-kira dua bulan sebelum mengakhiri kehidupan bujang. Sebelum itu Bapak tinggal bujang bersama-sama kawan di sebuah taman perumahan lain yang letaknya kira-kira 15 kilometer (km) dari sini.

Sebenarnya taman perumahan yang terletak di lokasi strategik berhampiran dengan bakal pusat bandar baru bagi ibu negeri Perak ini masih juga baru, berusia kira-kira dua tahun setengah.

Kebanyakannya penghuni taman perumahan ini merupakan individu yang stabil dan berusia sekitar 30-an dan 40-an dan Bapak rasa Bapaklah antara termuda yang menetap di sini.

Biarpun masih baru, ia mempunyai persatuan taman yang agak aktif . Persatuan ini dilancarkan secara rasmi oleh Ahli Parlimen Tambun merangkap Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Husni Hanazlah pada pertengahan tahun lalu.

Sejak dirasmikan ada tiga program besar yang dianjurkan; selain majlis perasmian itu, dua program lain ialah majlis mesra penduduk pada akhir tahun lalu dan gotong-royong perdana pada semalam.
Beberapa jiran Bapak sedang bergotong-royong. Bapak kat ne? Tengah pegang kamera ambil gambar ni..

Terus-terang Bapak mengaku tidak hadir pada kedua-dua program itu. Bukan anti sosial atau kera sumbang tapi kebetulan ketika kedua-dua majlis itu diadakan, Bapak bekerja biarpun ia dilangsungkan pada Ahad.

Mungkin ramai faham Bapak ni jenis spesies yang tak pernah merasai kenikmatan cuti hujung minggu namun sebenarnya Bapak serba-salah. Tak boleh jadi sampai bila tak bercampur dengan jiran-jiran. Takkan setakat tegur-tegur gitu-gitu sahaja.

Gotong-royong anjuran persatuan penduduk ini mendapat kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan bomba. Misi utama gotong-royong kali ini ialah membersihkan sistem perparitan yang bukan penuh dengan sampah tapi dengan pasir.

Sebagai taman perumahan yang masih ada fasa baru didirikan kehadiran pasir dalam parit itu tak menghairankan dan senario itu didakwa punca utama parit tersumbat dan kes denggi yang berlaku di sini baru-baru ini.

Semalam sebetulnya Bapak dijadualkan bekerja juga namun sebabnya ia diadakan sebelum pukul 8 pagi, Bapak disiplinkan diri tunjuk muka seawal yang mungkin.

Selepas bersalaman-salaman. orang kuat persatuan beri penerangan ringkas termasuk memberitahu pihak persatuan sedang tunggu kehadiran jentera dari balai bomba dan penyelamat berhampiran untuk cuci parit terbabit.

Namun sambil menunggu kehadiran pihak bomba, beberapa tugas telah diagihkan-agih seperti mencantas pokok dan membersihkan kawasan sekitar. Bapak dan beberapa jiran tanpa menunggu lama terus bergotong-royong.

PBT pun beri kerjasama padu jayakan gotong-royong ni

Tengah-tengah sedap bergotong-royong, Bapak tengok jam dah dekat pukul 9 pagi. Dah sampai masanya Bapak pergi kerja dan Bapak pun berjalan menemui orang kuat persatuan berkenaan yang berada tidak jauh dari situ.

"Saya minta maaflah. Setakat ini jer saya join gotong-royong. Tak lama lagi kena masuk kerja," kata Bapak cam skema jer.

"Takpe..takpe...saya faham. Kalau senang-senang tolonglah persatuan kita yer," jawab beliau sambil tersenyum.

"Insya Allah...Insya Allah," balas Bapak yang faham maksud 'Kalau senang-senang tolonglah persatuan kita yer'.

Kalau tak de aral melintang, dua tiga hari nanti adalah tu, cam Bapak 'tolong' Daddy beberapa hari sebelum ni. heheheh....

Saturday, February 14, 2009

Kisah Bapak & Salesman

Semalam Bapak off. Dalam lebih kurang pukul 5 petang, sedang Bapak syok-syok baca surat khabar di ruang tamu tiba-tiba mangga pagar rumah Bapak diketuk kuat oleh seseorang.

Setelah Orang Rumah Bapak membuka sedikit sliding door rumah, nampak kelibat seorang lelaki yang Bapak rasa baru lepas SPM berdiri di depan pagar dan tiga orang kawannya dalam sebuah kereta Perodua Kancil.

Tanpa ditanya budak itu memberitahu dia dan kawan-kawannya dari Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM).

"O...datang ni nak buat banci ke nak beri ceramah cegah jenayah," tanya Bapak sambil memerhatikan di leher budak tertera tag yang tiada langsung menunjukkan dia dari YPJM.

"Bukan macam tu bang... Kereta Proton Waja ni abang punya ke. Err.. abang tahu tak Proton Waja paling banyak kena curi?", kata budak tu membuka pagar rumah Bapak tanpa dipelawa lalu menuju ke kereta Bapak.

Sepintas kilat, budak tu beraksi ala si pencuri kereta menunjukkan kepada Bapak cara-cara mudah untuk mencuri kereta, bukan setakat demonstrasi, siap tunjukkan sekali gajet-gajet untuk curi kereta. Sampai tak berkelip mata Bapak menengoknya.


Bukan kereta Bapak. Kereta siapa tah....

Tak cukup dengan itu, dia tunjukkan katalog yang memaparkan keratan akhbar tentang kehilangan kereta daripada pelbagai akhbar. Kebanyakannya bukan sahaja Bapak dah baca malah Bapak kenal pun penulisnya.

Tapi Bapak diam sahaja dan biarkan mamat tu teruskan bercakap tanpa henti sampai dia bagitahu niat sebenarnya.

"Errr...Saya sebenarnya dari syarikat XXXX. Abang pernah dengar sistem YYY?," jelas dia kepada Bapak.

Diringkaskan sebenarnya budak itu nak jual sistem keselamatan kereta yang berfungsi mengunci enjin. Menurutnya, dengan sistem itu, enjin hanya dapat dihidupkan setelah kenderaan kita diimbas dengan kad yang fungsinya macam kad tounch n go.

Budak tu beritahu dalam syarikat ada 12 cawangan di seluruh negara dan di Perak ada dua, satu di Ipoh dan satu lagi di Teluk Intan dan dia bersedia untuk pasang gajet itu pada kereta dan kata Bapak hanya perlu bayar RM20 je pada hari tu.

RM20 saja..biar betul. Bapak pun tanya berapa harga sebenar gajet tu dan dengan selambanya budak tu beritahu harganya... adalah dalam empat angka.

"Takpe dik, abang bukan tak minat tapi ko datang salah masa la. Ko faham-faham je la sekarang ni ekonomi meleset, abang baru je buat bajet tahunan, kurangkan apa yang tak patut. Ni ko datang pulak, tak cukup bajet lah," beritahu Bapak kepada budak itu secara berlapik yang lebih kurang maksudnya Bapak tak nak beli gajet tu.

Tapi pandai pulak menjawab budak ni : " Ala, bang. Pasal ekonomi meleset la abang kena beli gajet ini. Maklumlah macam saya tunjukkan keratan surat khabar tadi, masa ni la banyak jenayah bang, takkan tak sayang kereta,".

"Takkan abang tak mampu. Siap pakai Waja (Proton) lagi. Berapa gaji abang sebulan?".Tanya gajilah pulak mamat ni dan Bapak dah mula tak sedap hati. Lebih setengah jam melayan salesman ni je.

"Kalau abang mampu, paling kurang pun abang dah pakai Toyota Camry dah macam Exco kerajaan negeri dulu. Betul dik, abang banyak tanggungan ni. Kakak ko tu (Orang Rumah Bapak la), tunggu hari je nak bersalin.

"Camnelah, kalau ekonomi dah baik esok-esok, ko datang balik. Tengokla camne," balas Bapak.

Melihat reaksi Bapak, budak dengan perasaan hampa minta diri dan beredar dengan kereta Perodua Kancil yang sedia menunggu di depan pagar rumah Bapak.

Bapak kunci mangga pagar dan masuk ke rumah sambil tersengih-sengih, tak pasal-pasal Orang Rumah Bapak jadi modal nak patahkan hujah salesman tu.

Tidak lama kemudian, Orang Rumah Bapak keluar dari dapur sambil menatang dua mangkuk bubur pulut hitam yang panas, baru dimasak. Terus Bapak lupa peristiwa sebentar tadi, layan bubur lagi best!

Sunday, February 8, 2009

Petang Yang Blur

Kali ini Bapak nak cerita kisah yang berlaku 30 Januari lalu. Bila Bapak kenangkan balik ada dua perasaan dalam diri : pertama : saya nak gelakkan diri sendiri, kedua : syukur dengan rezeki dan nikmat yang Allah kurniakan.

Bagi pekerja, antara hari yang ditunggu-tunggu pastinya hari gaji dan begitulah dengan Bapak.

Kebetulan hari itu off, Bapak hanya ke bank selepas Solat Jumaat. Dalam fikiran Bapak, macam biasalah, sebahagian besar gaji akhir bulan ni kena keluar untuk bayar pelbagai bil.

Sesampai sahaja di mesin ATM sebuah bank di tengah-tengah bandar raya yang Bapak tinggal ni, Bapak terus masukkan kad ATM macam biasa. Dah jadi tabiat Bapak sekian lama, sebelum cucuk duit tu keluar, aku akan periksa baki akaun tersebut dahulu.

Cuak Bapak apabila skrin mesin ATM terpapar baki duit dalam akaun cuma RM325.20 sahaja. Biar betul! Sekali lagi Bapak tekan butang baki, sekali lagi ia menunjukkan amaun wang sama.

Pucat dan berpeluh Bapak masa tu. Dengan baki amaun yang sebanyak tu, bukan sahaja membuatkan hidupku sesak, malah nak bayar duit sewa rumah pun tak cukup

Macam dalam fikiran Bapak masa tu : -
1. Syarikat Bapak
- dah nak muflis ke sampai tak mampu bayar gaji
- masukkan elaun kerja lebih masa (OT) dulu kot, tapi macam teramat lah banyak kena potong je
- rasa macam nak telefon Jabatan Sumber Manusia (HR) syarikat Bapak, tanya gaji dah masuk ke belum

2. Bank
- sistem online bank ini hang ke?

3. Perkara yang menakutkan
- Bapak dah jadi mangsa sindiket sedut duit dalam akaun Bank ke. Bapak ada baca dalam suratkhabar tak lama dulu, ramai dah jadi mangsa. Bapak ke mangsa terbaru?

Dalam keadaan masih memegang kad ATM, Bapak ke mesin ATM yang kedua, mencuba nasib dan harap-harap apa yang Bapak lihat tadi cuma ilusi (deseperate giler), namun amaun yang tertera di skrin masih sama. Dalam keadaan yang sangat down, Bapak menekan butang batal dan menarik semula kad ATM berkenaan.

Sambil memandang kad ATM itu, Bapak terfikir : "Gaji aku masuk bank mana ha? Ceh.. salah kad ATM rupanya!"

Yang Bapak cucuk tadi rupanya kad ATM sebuah bank yang menjadi tempat bergantung harap masa jadi pelajar U sebab di situlah tempat pinjaman PTPTN berkumpul.

Sedangkan duit gaji Bapak masuk di bank yang terada di sebelah bank pertama tadi, warna kad ATMnya sama-sama biru sebabkan Bapak keliru dan ntah kenapa blur sangat pada petang yang hening itu.

Bapak segera pergi ke mesin ATM bank yang sepatutnya dan alhamdulillah gaji Bapak memang dah masuk siap dengan OT sekali.

Tanpa buang masa, Bapak terus keluarkan duit yang dikehendaki dan cepat-cepat masuk dalam kereta yang diparkir berhampiran. Nasib baik tak ada orang lain yang menunggu di belakang Bapak masa cucuk duit itu. Kalau tak mesti kena maki.

Dalam kereta, Bapak rasa nak tergelak terbahak-bahak tapi tak lama. Insaf, dalam hati kecil, Bapak bersyukur. Sekurang-kurangnya Bapak belajar sesuatu, betapa berharganya rezeki yang Allah kurniakan. Ini rezeki aku dan keluargaku bulan ini, moga-moga ia berkat.

Seminggu Yang Panjang

Sejak 1 Februari lalu, Bapak memang sibuk, tak de cerita lain, kerja..kerja. Asal buka mata jer, fikir kerja.

Sebenarnya malam 1 Februari itu, Bapak ada majlis dinner kat sebuah hotel di Ipoh. Sebenarnya tiap-tiap tahun, majlis dinner tu ada dan biasanya Bapak dan sekutu Bapak akan enjoy dan rilek sepanjang majlis itu.

Apatah lagi, tahun ini, buat pertama kalinya Bapak menang lucky draw, walaupun hanya sebuah periuk nasi elektrik tapi hadiah 'terbesar' yang pernah Bapak dapat..hehehe.. namun sebab telefon asyik berdering jer, dari Bos KL pulak tu, Bapak tak berapa nak happy.

Makan pun ala kadar sahaja, bukan tak sedap, tapi bila fikiran kalau dah ke lain, memang selera putus. Mahu tak mahu, macam poyo jer, Bapak on komputer riba curi-curi buat kerja masa majlis dinner yang gilang-gemilang...apahal nie..?

Sekadar gambar hiasan

Namun ia tak berakhir pada malam itu sahaja. Hari-hari seterusnya Bapak keluar pagi balik tengah malam. Pernah sekali Bapak sedap-sedap baru je nak melepak dengan Orang Rumah Bapak, Bos telefon panggil kerja walaupun Bapak off hari itu, kena recall la tu.

Bapak tak kisah sangat kena kerja 'keras' sepanjang minggu ni. Walaupun penat, Allah sahaja yang tahu tapi sebab Bapak minat dengan kerja Bapak sekarang ni, ia jadi seronok pula.

Namun yang Bapak kasihan Orang Rumah Bapak. Ye la, baru balik dari kampung tak sampai seminggu, hari-hari kena tunggu Bapak balik lewat malam pula. Mujur beliau faham (Bapak rasalah, sebab tak de komplen setakat ni).

Walaupun tahu Bapak balik lewat Orang Rumah Bapak tetap siapkan makan malam macam biasa. Sebab hargai air tangan Orang Rumah Bapak, biasanya sepanjang minggu ini, Bapak tahan lapar sikit dan hanya ambil makan malam selepas balik kerja.

Walaupun Orang Rumah Bapak dah makan dulu (atas permintaan Bapak), tak pernah sehari pun Bapak makan malam sorang-sorang, sentiasa akan ditemani Orang Rumah sehinggalah suapan terakhir...

Baru hari ini Bapak off tapi berjaga-jaga jugak la, takut-takut kena recall tapi alhamdulillah Bapak aman damai di rumah sepanjang hari.

Semoga kehidupan Bapak di hari-hari mendatang kembali normal...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails