Translate

Sahabat Bapak

Saturday, February 14, 2009

Kisah Bapak & Salesman

Semalam Bapak off. Dalam lebih kurang pukul 5 petang, sedang Bapak syok-syok baca surat khabar di ruang tamu tiba-tiba mangga pagar rumah Bapak diketuk kuat oleh seseorang.

Setelah Orang Rumah Bapak membuka sedikit sliding door rumah, nampak kelibat seorang lelaki yang Bapak rasa baru lepas SPM berdiri di depan pagar dan tiga orang kawannya dalam sebuah kereta Perodua Kancil.

Tanpa ditanya budak itu memberitahu dia dan kawan-kawannya dari Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM).

"O...datang ni nak buat banci ke nak beri ceramah cegah jenayah," tanya Bapak sambil memerhatikan di leher budak tertera tag yang tiada langsung menunjukkan dia dari YPJM.

"Bukan macam tu bang... Kereta Proton Waja ni abang punya ke. Err.. abang tahu tak Proton Waja paling banyak kena curi?", kata budak tu membuka pagar rumah Bapak tanpa dipelawa lalu menuju ke kereta Bapak.

Sepintas kilat, budak tu beraksi ala si pencuri kereta menunjukkan kepada Bapak cara-cara mudah untuk mencuri kereta, bukan setakat demonstrasi, siap tunjukkan sekali gajet-gajet untuk curi kereta. Sampai tak berkelip mata Bapak menengoknya.


Bukan kereta Bapak. Kereta siapa tah....

Tak cukup dengan itu, dia tunjukkan katalog yang memaparkan keratan akhbar tentang kehilangan kereta daripada pelbagai akhbar. Kebanyakannya bukan sahaja Bapak dah baca malah Bapak kenal pun penulisnya.

Tapi Bapak diam sahaja dan biarkan mamat tu teruskan bercakap tanpa henti sampai dia bagitahu niat sebenarnya.

"Errr...Saya sebenarnya dari syarikat XXXX. Abang pernah dengar sistem YYY?," jelas dia kepada Bapak.

Diringkaskan sebenarnya budak itu nak jual sistem keselamatan kereta yang berfungsi mengunci enjin. Menurutnya, dengan sistem itu, enjin hanya dapat dihidupkan setelah kenderaan kita diimbas dengan kad yang fungsinya macam kad tounch n go.

Budak tu beritahu dalam syarikat ada 12 cawangan di seluruh negara dan di Perak ada dua, satu di Ipoh dan satu lagi di Teluk Intan dan dia bersedia untuk pasang gajet itu pada kereta dan kata Bapak hanya perlu bayar RM20 je pada hari tu.

RM20 saja..biar betul. Bapak pun tanya berapa harga sebenar gajet tu dan dengan selambanya budak tu beritahu harganya... adalah dalam empat angka.

"Takpe dik, abang bukan tak minat tapi ko datang salah masa la. Ko faham-faham je la sekarang ni ekonomi meleset, abang baru je buat bajet tahunan, kurangkan apa yang tak patut. Ni ko datang pulak, tak cukup bajet lah," beritahu Bapak kepada budak itu secara berlapik yang lebih kurang maksudnya Bapak tak nak beli gajet tu.

Tapi pandai pulak menjawab budak ni : " Ala, bang. Pasal ekonomi meleset la abang kena beli gajet ini. Maklumlah macam saya tunjukkan keratan surat khabar tadi, masa ni la banyak jenayah bang, takkan tak sayang kereta,".

"Takkan abang tak mampu. Siap pakai Waja (Proton) lagi. Berapa gaji abang sebulan?".Tanya gajilah pulak mamat ni dan Bapak dah mula tak sedap hati. Lebih setengah jam melayan salesman ni je.

"Kalau abang mampu, paling kurang pun abang dah pakai Toyota Camry dah macam Exco kerajaan negeri dulu. Betul dik, abang banyak tanggungan ni. Kakak ko tu (Orang Rumah Bapak la), tunggu hari je nak bersalin.

"Camnelah, kalau ekonomi dah baik esok-esok, ko datang balik. Tengokla camne," balas Bapak.

Melihat reaksi Bapak, budak dengan perasaan hampa minta diri dan beredar dengan kereta Perodua Kancil yang sedia menunggu di depan pagar rumah Bapak.

Bapak kunci mangga pagar dan masuk ke rumah sambil tersengih-sengih, tak pasal-pasal Orang Rumah Bapak jadi modal nak patahkan hujah salesman tu.

Tidak lama kemudian, Orang Rumah Bapak keluar dari dapur sambil menatang dua mangkuk bubur pulut hitam yang panas, baru dimasak. Terus Bapak lupa peristiwa sebentar tadi, layan bubur lagi best!

3 comments:

  1. Bapak,
    Idea orang rumah tu memang menjadi ye.. Apapun, my advice ialah Bapak kena mangga pintu rumah walaupun Bapak ada kat rumah. Salesman ni kalau dah dapat masuk rumah, memang susah nak keluar.. (Adik yang beritahu, sebab dia dulu pernah jadi salesman)..

    ReplyDelete
  2. Bapak...diorang dah datang rumah aku! Aku cakap dua hari lepas member korang juger datang, minggu lepas orang lain gak datang...lepas tu dia pun blah!

    ReplyDelete
  3. Catz_mafia : Bapak bukan tak gemor tak salesman. Bapak tengok kebanyakan salesman ni terpaksa kerja sementara dapat kerja lain yang lebih stabil.

    Sekurang2nyer ia dapat berlatih untuk tingkat skil komunikasi dan estem diri mereka.

    Sebab tu, biasanya kalau salesman datang, Bapak biar je dia nak cakap dulu. takle terus potong, sebab itu tak bagi budak muda2 ni down dan itu hak dia.

    Tapi salesman biasanya tak dapat pengaruh Bapak beli produk dia sebab sama ada nak beli ker tak, tu hak Bapak pulak..heheh

    Daddy : wah satu Ipoh nampaknya budak tu jelajah nak promote barang dia...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails