Kali ini Bapak nak cerita kisah yang berlaku 30 Januari lalu. Bila Bapak kenangkan balik ada dua perasaan dalam diri : pertama : saya nak gelakkan diri sendiri, kedua : syukur dengan rezeki dan nikmat yang Allah kurniakan.
Bagi pekerja, antara hari yang ditunggu-tunggu pastinya hari gaji dan begitulah dengan Bapak.
Kebetulan hari itu off, Bapak hanya ke bank selepas Solat Jumaat. Dalam fikiran Bapak, macam biasalah, sebahagian besar gaji akhir bulan ni kena keluar untuk bayar pelbagai bil.
Sesampai sahaja di mesin ATM sebuah bank di tengah-tengah bandar raya yang Bapak tinggal ni, Bapak terus masukkan kad ATM macam biasa. Dah jadi tabiat Bapak sekian lama, sebelum cucuk duit tu keluar, aku akan periksa baki akaun tersebut dahulu.
Cuak Bapak apabila skrin mesin ATM terpapar baki duit dalam akaun cuma RM325.20 sahaja. Biar betul! Sekali lagi Bapak tekan butang baki, sekali lagi ia menunjukkan amaun wang sama.
Pucat dan berpeluh Bapak masa tu. Dengan baki amaun yang sebanyak tu, bukan sahaja membuatkan hidupku sesak, malah nak bayar duit sewa rumah pun tak cukup
Macam dalam fikiran Bapak masa tu : -
1. Syarikat Bapak
- dah nak muflis ke sampai tak mampu bayar gaji
- masukkan elaun kerja lebih masa (OT) dulu kot, tapi macam teramat lah banyak kena potong je
- rasa macam nak telefon Jabatan Sumber Manusia (HR) syarikat Bapak, tanya gaji dah masuk ke belum
2. Bank
- sistem online bank ini hang ke?
3. Perkara yang menakutkan
- Bapak dah jadi mangsa sindiket sedut duit dalam akaun Bank ke. Bapak ada baca dalam suratkhabar tak lama dulu, ramai dah jadi mangsa. Bapak ke mangsa terbaru?
Dalam keadaan masih memegang kad ATM, Bapak ke mesin ATM yang kedua, mencuba nasib dan harap-harap apa yang Bapak lihat tadi cuma ilusi (deseperate giler), namun amaun yang tertera di skrin masih sama. Dalam keadaan yang sangat down, Bapak menekan butang batal dan menarik semula kad ATM berkenaan.
Sambil memandang kad ATM itu, Bapak terfikir : "Gaji aku masuk bank mana ha? Ceh.. salah kad ATM rupanya!"
Yang Bapak cucuk tadi rupanya kad ATM sebuah bank yang menjadi tempat bergantung harap masa jadi pelajar U sebab di situlah tempat pinjaman PTPTN berkumpul.
Sedangkan duit gaji Bapak masuk di bank yang terada di sebelah bank pertama tadi, warna kad ATMnya sama-sama biru sebabkan Bapak keliru dan ntah kenapa blur sangat pada petang yang hening itu.
Bapak segera pergi ke mesin ATM bank yang sepatutnya dan alhamdulillah gaji Bapak memang dah masuk siap dengan OT sekali.
Tanpa buang masa, Bapak terus keluarkan duit yang dikehendaki dan cepat-cepat masuk dalam kereta yang diparkir berhampiran. Nasib baik tak ada orang lain yang menunggu di belakang Bapak masa cucuk duit itu. Kalau tak mesti kena maki.
Dalam kereta, Bapak rasa nak tergelak terbahak-bahak tapi tak lama. Insaf, dalam hati kecil, Bapak bersyukur. Sekurang-kurangnya Bapak belajar sesuatu, betapa berharganya rezeki yang Allah kurniakan. Ini rezeki aku dan keluargaku bulan ini, moga-moga ia berkat.
Ish....bapak...bapak...ni belum jadi atuk lagi nih...ekekeke
ReplyDeleteKad kau tak ade 'meps' ke bapak? Ada-ada je..he..he..he..
ReplyDeleteckLah pernah...mati-mati bertekak dengan kerani kaunter tu nak bayar insurans MAA anak...siap marah dia sebab macam blurrr je...rupa-rupanya yang ckLah masuk tu bank rakyat...MAA pintu sebelah...penat nunggu nombor...(selalu ckAbang yang bayar!!)
memang kad ATM Bapak tu ada meps tapi memandangkan kedua-dua bank tu sebelah-menyebelah dan nak jimat RM1..hehhe.. Bapak withdraw kat mesin ATM bank yang sepatutnya.
ReplyDeleteEntahlah, camne leh blur hari itu, tulah banyak sangat bank..heheh
Bapak,
ReplyDeleteKalau kena kata saya.. dah nangis dulu depan mesin tu..huhuh
hahaha..bapak,hang masih mcm aku kenal 10thn dulu kat matric uia,stay cool!!!! cayolah bapak.miss all d time we share..bila hang nk blk kl bro?
ReplyDeleteminal,
ReplyDeleteaku cadang nak balik kl 21-24 Feb ni. dah apply off tapi tak tahu lah, faham2 keadaan Perak skrg ni...kalut2
Haha..lawak ni..tapi kan bapak mesti bapak seorang yang cermat..sebab duit PTPTN pun masih berbaki..rm3oo lebih tu..hmmm..anak-anak muda di kampus perlu belajar daripada bapak nampaknya yang suka berjoli tu..hehe
ReplyDelete