Translate

Sahabat Bapak

Wednesday, May 26, 2010

Merungkai Misteri Buaya Tembaga Sungai Tuang

Sejak minggu lalu, Bapak terdengar perbualan Orang Rumah Bapak dan Mak Mertua melalui telefon tentang kehadiran buaya tembaga bersidai di pantai berdekatan kampung halaman Orang Rumah Bapak di Masjid Tanah, Melaka.

Bukan seekor tetapi didakwa sekurang-kurang lima ekor buaya tembaga terbabit ditemui penduduk setempat sejak akhir-akhir ini.

Berita kehadiran buaya tembaga itu juga telah dilaporkan beberapa akhbar tempatan.

Khabarnya Perhilitan telah melakukan pelbagai usaha untuk mengumpan buaya-buaya terbabit dengan daging ayam tetapi sehingga kini gagal.

Pihak berkuasa khabarnya panik sebab kampung Orang Rumah Bapak tidak jauh daripada lokasi acara kapal layar Sukma ke-13 yang bakal berlangsung bermula 10 Jun ini.

Apatah lagi persisir Pantai Sungai Tuang dan sekitar yang juga pantai angkat JPS Melaka telah menarik ramai menarik pengunjung sejak dinaiktaraf beberapa tahun lalu.

Ada pelbagai versi pasal kehadiran buaya tembaga terbabit walaupun secara logiknya buaya di Malaysia tidak hidup di air masin.

Pertama, buaya-buaya tersebut tersesat dari muara Sungai Linggi yang terletak kira-kira 15 km dari situ. Sungai tersebut memang terkenal dengan bilangan buaya yang banyak malah ada pakej perlancongan menyelusuri Sungai Linggi untuk melihat buaya ditawarkan.

Kedua pula melibatkan unsur-unsur mistik kononnya buaya terbabit ialah buaya jadian yang menjadi bualan hangat kebanyakan penduduk kampung.

i) ada orang nak 'test' atau buang ilmu hitamnya. Kebetulan berhampiran pantai tersebut ada sebuah pulau (nama pelik sikit sampai Bapak segan nak tulis, korang cari sendiri lah...) yang kononnya menjadi lokasi membuang ilmu hitam dan saka pada zaman dahulu kala.

ii) kononnya zaman dahulu ada orang 'membela' dan memberi makan lembaga yang berada di dalam laut itu pada masa-masa tertentu kononnya agar nelayan selamat menangkap ikan dan membawa pulang tangkapan yang banyak.

Khabarnya pengamalnya pun dah lama meninggal dunia...

iii) Versi ni paling tak tahan, kononnya buaya itu dilahirkan wanita yang melahirkan anak kembar, satu manusia, satu buaya. Oleh itu buaya tu terdampar di pantai tersebut untuk menjejak kembarnya...

Wallahualam, masyarakat kita ini kalau cerita pasal perkara mistik memang tak habis....

18 comments:

  1. macam2 mitos ye bapak...
    huh pasni makin takot la sy nk g pantai!

    ReplyDelete
  2. Cik Penadol,

    kalau takut buaya, jangan berkelah di tepi pantai...hehehe...

    ReplyDelete
  3. aku percaya yg ketiga tu.hehe

    ReplyDelete
  4. owwhh ni buaya sg linggi ni...sma mcm buaya kt PD aritu la ni.... ade terbaca aritu...
    buaya tu kan kt muara.. jd dia dh terbiasa dgn air masin... tu yg boleh jauh-jauh tu..

    ReplyDelete
  5. Mr. Penyu,

    semoga 'buaya' tu dapat bertemu kembarnya...heheh

    ReplyDelete
  6. Cik Bedah,

    Bapak pun rasa buaya ni datang dari muara Sg. Linggi.

    yela, Sukma pun dah dekat, leh tunjuk bakat masuk acara renang. tapi buaya ni nak wakil Melaka ker NS? hehhe...

    ReplyDelete
  7. agaknya di sungai dah kurang makanan dia disebabkan pencemaran alam, buaya2 ni cuba nak berhijrah ke tempat lain.

    ReplyDelete
  8. huish...cenggitu lak pemikiran diaorang...org kampung memang cenggini,sebab dulu2 memang cenggitu...
    aku ingat buaya tu jatuh dari bot pelarian indonesia la...ada mat indon tu dia bawak ayam mai Malaysia..

    ReplyDelete
  9. yang mistik tu la menarik...sebab akan timbul byk versi...hihihihi

    ReplyDelete
  10. mengkaji buaya pulak bapak ni ya..

    He..he..

    ReplyDelete
  11. Abu Aiman,

    Pantai tu pun hidupan laut dah kurang, udang geragau & ikan bulus ada la...heheh

    ReplyDelete
  12. Amir,

    indon bawa buaya naik tongkang? heheh....

    ReplyDelete
  13. DUN,

    terlalu banyak versi susah gak. terlalu banyak sejarah nak ditulis...pening generasi depan nanti, mana satu kebenaran..hheheh

    ReplyDelete
  14. ckLah,

    pengkaji buaya part time..heheh..

    ReplyDelete
  15. Apa pulak buaya malaysia xda hidup kat pantai/air masin? Cuba datang bintulu sarwak pastu p taman negara similajau. Buaya smua ada kat pantai

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas info yang berguna ini. Setahu Bapak di Semenanjung, buaya tidak hidup di air masin.

      Apa2pun Bapak berharap dapat berkunjung ke Bintulu dan Taman Negara Similajau untuk menyaksikan sendiri buaya air masin suatu hari nanti.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails