Translate

Sahabat Bapak

Thursday, December 22, 2011

Cuti-cuti Pangkor

Hajat untuk bercuti bersama orang tua Bapak akhirnya terlaksana. Atas cadangan Mama, kami sekeluarga bercuti di Pulau Pangkor selama tiga hari dua malam yang berakhir semalam.

Walaupun keputusan dibuat pada saat-saat akhir, alhamdulillah Bapak dapat juga tempah resort untuk bermalam. Lokasi yang dipilih ialah Purnama Beach Resort di Teluk Nipah.
Sepanjang percutian tersebut berkisar tentang aktiviti pantai di sekitar Teluk Nipah. Lokasi lain pun seperti kota Belanda, batu bersurat dan replika tembok besar China tak jenguk pun.

Orang Rumah Bapak, Ayah, Mama dan Mira sempat juga berurut dan berspa di Coral Bay Resort, Teluk Bogak tapi Bapak tak ikut serta. Lepak di bilik jaga anak-anak yang tidur.

Selain pagi-pagi dah bawa Khalish berendam di pantai, kami turut berkelah di Pulau Giam. Mula-mula nak naik bot berbumbung tapi apabila Ayah dan Mama tak mahu ikut serta, kami redah je naik bot laju je. Risau gak sebab ada dua budak kecil, Khalish dan Ilhan tapi teruskan juga apabila budak pantai beri jaminan selamat.
Walaupun dah pakai jaket keselamatan, cuak juga, Bapak peluk Khalish, Orang Rumah Bapak peluk Ilhan kuat-kuat. Mungkin sebab takut, Ilhan buat bantai tidur semasa berada dalam bot laju itu..heheh..

Khalish dan Ilhan punya suka berenang dengan pelampung masing-masing. Ilhan tak habis-habis celup tangan kat dalam air kemudian masukkan jari ke dalam mulut untuk rasa kemasinan air laut..hehhe

Lepas berenang, mereka main pasir pula. Macam biasa kena pantau kerana Ilhan tak berapa pandai lagi, asyik nak masukkan pasir ke dalam mulut...
Teluk Nipah ni ada spesies burung enggang. setiap pagi dan petang burung yang paruhnya berwarna putih keluar dari sarang untuk mencari makanan. Agak jinak sebab dah biasa jumpa manusia agaknya. Lagak seperti kera di Taman Botani Pulau Pinang, pantang kasi makanan mesti sambar.

Sebelah malam, kami sakan makanan laut di tepi pantai. Tapi biasalah musim cuti sekolah, orang ramai, harga mulalah tinggi sikit. Ikan siakap yang sekilogram RM11 boleh jadi RM40++  kat sini.  Mutu makanan pula kurang memuaskan, mungkin sebab citarasa kami dah tinggi asyik layan Masterchef Malaysia kot..heheh..

Malam seterusnya, kami makan malam di restoran dalam resort sahaja. Harganya lebih munasabah dan kena dengan selera..heheh
Hasil laut kami beli di Lumut sahaja. Dah biasa beli dengan Hasil Laut Jamilah, boleh dapat diskaun banyak sikit..heheh

p/s : lagi gambar menarik di imejcerita.


16 comments:

  1. berhasrat nak pegi ke Pangkor juga ..... masa dah suntuk...cuti dah habis ...

    ReplyDelete
  2. dah berbelas tahun tak pegi pangkor. nampaknya boleh masuk dalam agenda percutian tahun depan tu

    ReplyDelete
  3. Chik Att,

    gi Pangkor, balik ari pun ok gak :)

    ReplyDelete
  4. Mama Syaza,

    molek la tu, tahun depan pun Tahun Melawat Perak

    ReplyDelete
  5. IEB,

    cuti-cuti akhir tahun..heheh

    ReplyDelete
  6. artikel tulisan yang baik,,nice post slam kenal

    ReplyDelete
  7. Ain,

    gi la Pangkor gak! heheh...

    ReplyDelete
  8. Model Baju Murah,

    terima kasih

    ReplyDelete
  9. wahh..bestnye bercuti2 malaysia~

    ReplyDelete
  10. IM yang asal di perak pun belum pernah ke PP..

    ReplyDelete
  11. belanja feri ke pangkor berapa tu eik? lom seberang ke pulau lagi..baru stop kat teluk batik..hehe. bercuti ke CH, singgah di Galeri BiGDee House of Magic Potions Taman Royal Lily, Tanah Rata. satu-satunya galeri nano microfungus aromaterapi di dunia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. feri pergi balik RM10 tuk dewasa..insyaallah bulan depan cadang nak ke CH

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails