Translate

Sahabat Bapak

Wednesday, March 25, 2009

2 + 1























"Encik. Boleh ambil gambar pose cam ni?," kata Orang Rumah Bapak kepada seorang jurufoto sambil menghulurkan satu keratan akhbar sambil tersenyum simpul.

Keratan akhbar itu memaparkan pose Erra Fazira yang tengah sarat mengandung dipeluk dari arah belakang oleh suaminya, Engku Emran.

"Bole..bole...kalau nak buat pose macam ni...(terdiam sekejap, macam tengah berfikir), buat macam ni," balas jurufoto itu sambil tersengih-sengih.

Bapak yang berada di sebelah Orang Rumah Bapak cuma diam. Sebenarnya kami sedang berada di studio untuk melakukan sesi fotografi baru-baru ini.

Sesekali setelah melihat balik keratan akhbar tersebut beberapa kali, jurufoto tersebut cuba membetulkan gaya dan kedudukan Bapak dan Orang Rumah Bapak.

"Ok..ok, bagus..tapi u besar sikit daripada husband Erra..bole cover sikit tak..hehehe," usik jurufoto Tiongwha itu kepada Bapak yang cuba control macho.

Setelah beberapa snaap, sesi fotografi yang diadakan lewat petang itu selesai dan Orang Rumah Bapak tak henti-henti tersenyum sepanjang perjalanan kami pulang ke rumah.

Sebenarnya ia dilakukan untuk merealisasikan salah satu 'Golden Dream' Orang Rumah Bapak. Sejak di awal perkahwinan lagi, beliau sudah menyatakan hasrat untuk mengabadikan pengalaman dan memori hamil anak sulung di dalam sebuah potret keluarga.

Dan apabila bingkai potret tersebut diambil tiga hari kemudian, Orang Rumah Bapak jelas tersenyum gembira tanda berpuas hati dengan hasil kerja berkenaan.

Bapak pun tersenyum..dalam hati berkata, 'fotogenic' juga aku ni.. hahhahah... (apahal gambar tu dah diedit tahap dewa..hehehe).

Tak taulah apa reaksi Baby (panggilan Bapak pada bayi sulung Bapak yang sedang membesar dalam rahim Orang Rumah Bapak sekarang ni) apabila melihat bingkai potret tersebut yang kini tergantung di dinding ruang tamu apabila dia lahir dan besar nanti.

Apapun kami mahu dia tahu dan faham ia simbol perkembangan keluarga yang ibu dan ayahnya bina dengan izin Allah dan restu kedua belah keluarga sejak 31 Mei 2008...




Tuesday, March 24, 2009

Petang Yang Blur II


Kisah ini terjadi akhir bulan lalu. Hari itu Bapak perlu menghadiri satu majlis yang diadakan di Arena Square, Teluk Intan.

Walaupun program tersebut hanya bermula kira-kira 3 petang, Bapak sampai awal kerana ada hal lain yang perlu diselesaikan dulu. Sesampainya di bandar tersebut, Bapak meletakkan kereta di kawasan parkir salah sebuah bangunan berhampiran.

Selain hendak mengelakkan kesesakan lalu-lintas kalau diparkir di sekitar Arena Square, Bapak sengaja letak kereta di bangunan kerajaan itu kerana ia terletak hanya kira-kira 200 meter dari lokasi program.

Malah ia dekat juga dengan masjid daerah (Masjid Sultan Idris Shah II) dan banyak pula kedai makan, gerai dan restoran di sekitarnya.

Tak lama selepas meletak kereta, Bapak pergi ke Rumah Rehat Teluk Intan untuk menyelesaikan sedikit urusan dengan menumpang kereta kenalan Bapak, Ainsafre yang sedia menunggu.

Dipendekkan cerita, setelah majlis itu tamat kira-kira 5.30 petang, Bapak segera bergegas ke tempat letak kereta selepas bersalaman dengan Ainsafre dan lain-lain.

Sesampai Bapak di tempat letak kereta itu dengan berjalan kaki melintasi Padang Speedy, jantung Bapak berdegup kuat apabila dapati kereta Bapak tiada di situ.

Bapak memang cam betul lokasi kereta Bapak diparkir. Memang cam. Berpusing-pusing Bapak di keliling tempat letak kereta tu, sah tak ada kat situ.

Tambah buat Bapak pucat apabila diseluk kocek seluar, kunci kereta tiada. Sudah....Peluh mula menitik masa tu. Bapak cuba ingat-ingat, kalau-kalau Bapak tertinggal kunci di dalam kereta, pastu kealpaan itu digunakan oleh seseorang untuk mencilok kereta Bapak.

Tapi otak Bapak 'blank' masa tu..Bapak cepat-cepat ambil nafas panjang-panjang dan mengucap panjang. Kalau ikutkan hati, memang tak leh jadi.

Setelah Bapak tenang kembali, Bapak ambil keputusan nak laporkan kehilangan kereta kepada polis dan Bapak segera teringat Ainsafre, nak minta tolong dia hantar ke IPD Hilir Perak yang terletak kira-kira 5 km dari situ.

Namun sebelum Bapak nak telefon kenalan Bapak tu, Bapak bercadang nak tanya seorang pengawal keselamatan yang kelihatan sedang lepak dalam pos berdekatan kalau-kalau ada CCTV (cam takde jer...), kalau-kalau dia perasan kereta Bapak..

Ketika Bapak nak sampai pos pengawal tiba-tiba sebuah kereta hon Bapak dari luar pagar bangunan. Bapak cam tu kereta Ainsafe..cam tahu-tahu jer..

"Apahal ni?," tanya Ainsafre.

"Kereta saya hilang bang," balas Bapak yang cuba control macho.

"La..bukan kau parking kat Bangunan Penghulu (Pejabat Tanah dan Daerah Hilir Perak) ker?," katanya.

"Bukan sini ker?" jawab Bapak sambil mendongak ke bahagian atas bangunan tu. La.. yang tengah Bapak terpacak ni Bangunan Persekutuan Teluk Intan rupanya.. Pejabat Tanah dan Daerah Hilir Perak berada di sebelahnya.

Reka bentuk kedua-dua bangunan tu yang hampir sama mengelirukan Bapak kot...

"Dah..dah..ikut aku." kata kenalan Bapak tu dan Bapak macam orang kena pukau terus masuk ke dalam kereta dia.

Memang benar kereta Bapak elok jer kat bangunan sebelah tu. Lega Bapak...Tapi masalah tak selesai lagi, sebab kunci kereta Bapak hilang entah ke mana. Bapak cuba juga cari dalam kereta Ainsafre, kalau-kalau tercicir kat situ tapi tak jumpa.

Selepas minta pengawal keselamatan di situ tolong jaga kereta Bapak, dengan bantuan Ainsafre, Bapak ke Arena Square semula. Kami usaha menjejak kunci kereta Bapak tapi setelah puas mencari dan tanya beberapa orang yang masih di situ namun misi tak berjaya.

Sebagai jalan penyelesaian, Bapak cadang minta pertolongan tukang kunci dan minta kenalan Bapak tu bawakkan ke kedai kunci berdekatan.

Tapi sebelum tu ke kedai kunci, Bapak beritahu kenalan Bapak nak periksa kereta dulu, takut-takut kunci tertinggal kat situ.

Dengan izin Allah, sebaik sahaja Bapak turun dari kereta kenalan Bapak tu, barulah terperasan kunci kereta Bapak terselit betul-betul di bawah tempat duduk depan.

Fuh...apasal tadi tak jumpa..Ainsafre cuma tersengih, mungkin nak tergelak dengan gelagat Bapak.

"Ha..Kat sini rupanya. Nasib baik jumpa. Adalah alamat tu," katanya tersengih tak henti sambil minta diri.

Bapak terus hidupkan enjin kereta, fuh syukur.. Selepas itu Bapak segera ke masjid dan sebab masa tu dah 6.30 petang, Bapak tunggu sampai selesai solat Maghrib baru bergerak semula pulang ke rumah di ibu negeri Perak.

Terima baik atas budi baik Abang Ainsafe dan syukur tak terhingga kepada Allah...

Sunday, March 22, 2009

Hampeh...

Argghh....apa punyer headline daa..

Tuesday, March 10, 2009

TaG From Samm...

1. Describe your self in THREE words.

Looks Cool, Unexpected, Cubby

2. If you see a hot man/lady..what do you do?

Staring her for a while and walk away quickly..hehhe

3. If you have RM 100 what is the first thing you buy?

Magazine

4. If you are given the chance to have lunch with a famous person, who would that be?

Tun Mahathir Mohamad

5. If you are stranded alone on the MOON, what is the THREE things you must have with you?

a. of course food
b. books and magazine
c. MP3 player so i can hear my farourite songs

6. By using PAINT , draw your self having a good time.

bole tak Bapak skip. Memang tak pandai melukih, bak kata peribahasa tangan bangku..hehhe.. serius ni. tapi Bapak ganti dengan kartun ini, leh kan...

enjoy a delicious dinner with my wife

Monday, March 2, 2009

Dua Dalam Tangan, Tiga Menanti

Piala Liga milik Manchester United


WEMBLEY – Piala Liga milik Manchester United.

Begitupun, usaha mereka untuk menjulang gelaran juara tidak dicapai dengan mudah kerana terpaksa berjuang sehingga ke masa tambahan selepas seri tanpa jaringan sebaik masa perlawanan sebenar tamat.

Pada masa tambahan, skuad bimbingan Alex Ferguson itu tetap sukar untuk meloloskan diri kerana tidak diberi ruang oleh pemain Spurs.

Kemenangan hanya ditentukan menerusi sepakan penalti yang menyaksikan United menang 4-1.

Wira perlawanan akhir itu sudah pastinya penjaga gol United, Ben Foster apabila menyelamatkan sepakan penalti pertama Spurs menerusi Jamie O’Hara.

David Bentley pula gagal menyempurnakan sepakan penalti ketiga Spurs sebelum Anderson memastikan kemenangan bergaya buat United.

Sebelum itu, Ryan Giggs, Carlos Tevez dan Cristiano Ronaldo juga menyempurnakan tugas mereka bagi mengesahkan kemenangan mereka pada perlawanan akhir itu.

Ini merupakan kejayaan ketiga United pada Piala Liga dan kali terakhir melakukannya ialah pada tahun 1992 dan 2006.

Dengan kejayaan itu, United kini telah mendakap dua kejuaraan musim ini selepas menjuarai Kejohanan Kelab Piala Dunia, Disember tahun lalu.

Bagi Spurs, kekalahan itu bermakna mereka gagal mempertahankan gelaran yang dimenangi tahun lalu selepas menewaskan Chelsea 2-1 pada perlawanan akhir. – Agensi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails