Translate

Sahabat Bapak

Tuesday, March 24, 2009

Petang Yang Blur II


Kisah ini terjadi akhir bulan lalu. Hari itu Bapak perlu menghadiri satu majlis yang diadakan di Arena Square, Teluk Intan.

Walaupun program tersebut hanya bermula kira-kira 3 petang, Bapak sampai awal kerana ada hal lain yang perlu diselesaikan dulu. Sesampainya di bandar tersebut, Bapak meletakkan kereta di kawasan parkir salah sebuah bangunan berhampiran.

Selain hendak mengelakkan kesesakan lalu-lintas kalau diparkir di sekitar Arena Square, Bapak sengaja letak kereta di bangunan kerajaan itu kerana ia terletak hanya kira-kira 200 meter dari lokasi program.

Malah ia dekat juga dengan masjid daerah (Masjid Sultan Idris Shah II) dan banyak pula kedai makan, gerai dan restoran di sekitarnya.

Tak lama selepas meletak kereta, Bapak pergi ke Rumah Rehat Teluk Intan untuk menyelesaikan sedikit urusan dengan menumpang kereta kenalan Bapak, Ainsafre yang sedia menunggu.

Dipendekkan cerita, setelah majlis itu tamat kira-kira 5.30 petang, Bapak segera bergegas ke tempat letak kereta selepas bersalaman dengan Ainsafre dan lain-lain.

Sesampai Bapak di tempat letak kereta itu dengan berjalan kaki melintasi Padang Speedy, jantung Bapak berdegup kuat apabila dapati kereta Bapak tiada di situ.

Bapak memang cam betul lokasi kereta Bapak diparkir. Memang cam. Berpusing-pusing Bapak di keliling tempat letak kereta tu, sah tak ada kat situ.

Tambah buat Bapak pucat apabila diseluk kocek seluar, kunci kereta tiada. Sudah....Peluh mula menitik masa tu. Bapak cuba ingat-ingat, kalau-kalau Bapak tertinggal kunci di dalam kereta, pastu kealpaan itu digunakan oleh seseorang untuk mencilok kereta Bapak.

Tapi otak Bapak 'blank' masa tu..Bapak cepat-cepat ambil nafas panjang-panjang dan mengucap panjang. Kalau ikutkan hati, memang tak leh jadi.

Setelah Bapak tenang kembali, Bapak ambil keputusan nak laporkan kehilangan kereta kepada polis dan Bapak segera teringat Ainsafre, nak minta tolong dia hantar ke IPD Hilir Perak yang terletak kira-kira 5 km dari situ.

Namun sebelum Bapak nak telefon kenalan Bapak tu, Bapak bercadang nak tanya seorang pengawal keselamatan yang kelihatan sedang lepak dalam pos berdekatan kalau-kalau ada CCTV (cam takde jer...), kalau-kalau dia perasan kereta Bapak..

Ketika Bapak nak sampai pos pengawal tiba-tiba sebuah kereta hon Bapak dari luar pagar bangunan. Bapak cam tu kereta Ainsafe..cam tahu-tahu jer..

"Apahal ni?," tanya Ainsafre.

"Kereta saya hilang bang," balas Bapak yang cuba control macho.

"La..bukan kau parking kat Bangunan Penghulu (Pejabat Tanah dan Daerah Hilir Perak) ker?," katanya.

"Bukan sini ker?" jawab Bapak sambil mendongak ke bahagian atas bangunan tu. La.. yang tengah Bapak terpacak ni Bangunan Persekutuan Teluk Intan rupanya.. Pejabat Tanah dan Daerah Hilir Perak berada di sebelahnya.

Reka bentuk kedua-dua bangunan tu yang hampir sama mengelirukan Bapak kot...

"Dah..dah..ikut aku." kata kenalan Bapak tu dan Bapak macam orang kena pukau terus masuk ke dalam kereta dia.

Memang benar kereta Bapak elok jer kat bangunan sebelah tu. Lega Bapak...Tapi masalah tak selesai lagi, sebab kunci kereta Bapak hilang entah ke mana. Bapak cuba juga cari dalam kereta Ainsafre, kalau-kalau tercicir kat situ tapi tak jumpa.

Selepas minta pengawal keselamatan di situ tolong jaga kereta Bapak, dengan bantuan Ainsafre, Bapak ke Arena Square semula. Kami usaha menjejak kunci kereta Bapak tapi setelah puas mencari dan tanya beberapa orang yang masih di situ namun misi tak berjaya.

Sebagai jalan penyelesaian, Bapak cadang minta pertolongan tukang kunci dan minta kenalan Bapak tu bawakkan ke kedai kunci berdekatan.

Tapi sebelum tu ke kedai kunci, Bapak beritahu kenalan Bapak nak periksa kereta dulu, takut-takut kunci tertinggal kat situ.

Dengan izin Allah, sebaik sahaja Bapak turun dari kereta kenalan Bapak tu, barulah terperasan kunci kereta Bapak terselit betul-betul di bawah tempat duduk depan.

Fuh...apasal tadi tak jumpa..Ainsafre cuma tersengih, mungkin nak tergelak dengan gelagat Bapak.

"Ha..Kat sini rupanya. Nasib baik jumpa. Adalah alamat tu," katanya tersengih tak henti sambil minta diri.

Bapak terus hidupkan enjin kereta, fuh syukur.. Selepas itu Bapak segera ke masjid dan sebab masa tu dah 6.30 petang, Bapak tunggu sampai selesai solat Maghrib baru bergerak semula pulang ke rumah di ibu negeri Perak.

Terima baik atas budi baik Abang Ainsafe dan syukur tak terhingga kepada Allah...

1 comment:

  1. Woi! Hapa nak jadi dengan hang nih....buat ketaq lutut ja...wakakakaka....parking kat lain, cari keta kat lain!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails