Translate

Sahabat Bapak

Tuesday, July 6, 2010

Sepetang di Sua Rasa

Hujung minggu lalu, Sua Rasa @ TV9 berkampung di Ipoh atau lebih tepatnya perkarangan Stadium Indera Mulia.

Walaupun Bapak sebenarnya tak berapa nak ambil port tapi apabila melihat keterujaan di wajah Khalish setelah mendengar 'janji-janji manis' Orang Rumah Bapak untuk menemukan dia dengan maskot Upin & Ipin kesukaannya, Bapak turutkan sahaja...

Setelah berjaya mencilok memparkir kereta kira-kira 2 km dari tapak ekspo, tanpa melayan pujukan beberapa promoter agar membeli barangan mereka yang kebanyakannya berharga RM10 sebeg, kami komited terus ke gerai pameran Adik Di 9.

Agak hampa apabila mendapati kelibat maskot Upin & Ipin tiada, yang ada cuma seorang wartawan penyiaran TV3 yang mungkin dipinjamkan untuk menjaga gerai pameran tersebut.

Begitupun sebaik sahaja terpandang poster dua watak itu, Khalish tetap teruja. Sampai dicium-ciumnya poster tersebut...heheh...untuk tidak menghampakan Khalish, Bapak pun offer ambil foto dia bersama poster tersebut...hahah...
Untuk memujuk Khalish juga, Bapak belikan dia sekeping VCD Kisah Upin, Ipin & Kawan-Kawan.

Selepas itu kami singgah sebahagian gerai pameran yang ada untuk 'menyua rasa' sambil membeli beberapa produk yang berkenan.

Akhir sekali kami singgah di gerai pameran Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Menarik sebab ada dua ekor ular sawa iaitu batik dan albino dipamerkan di situ.

Ular-ular itu nampak jinak sangat. Bapak dan Khalish ambil peluang bergambar dengan ular sawa batik tesebut.
Khalish rilek sahaja, tak tahulah sama ada dia betul-betul berani, rasa selamat di samping ayahnya atau dia tak faham lagi..hehhe...

25 comments:

  1. salam



    tak pernah singgah SUA Rasa mahupun Jom Heboh

    ReplyDelete
  2. erk! berani nye bapak pegang ular tu....
    eeeeee....

    ReplyDelete
  3. rasanya belum tahu takut kot..fasa budak ginilah yang selamba tarik ekor kucing, tarik telinga arnab..hehehehhee......

    ReplyDelete
  4. eiiii....takutnya pegang ular tu....terasa sejuk badannya....apalah yang difikirkan oleh si Khalis tu

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. pB,

    salam.

    ni pun first time Bapak gi Sua Rasa. Jom Heboh haram x pernah...hehehe

    ReplyDelete
  7. Cik Panadol,

    dah banyak kali pegang ular sebenarnya... tapi ular ni jinak sangat...hehehe

    ReplyDelete
  8. Nik Hakimah,

    betul tu...Khalish mane reti takut kecuali sesuatu...nanti Bapak ceritakan...hehehe...

    ReplyDelete
  9. Kak Sonata,

    sejuk? suam2 panas adalah badan ular tue..heheh...

    ReplyDelete
  10. Tak kesampaian pulak ke Sua Rasa Ipoh ni. Sepatutnya saya dijadualkan ke sini untuk sama2 jaga booth Halaqah TV9 bersama kumpulan nasyid uniQue.. :)

    ReplyDelete
  11. Jamal,

    ic..apa nak buat takde rezeki ke sini.. insyaallah lain tahun ada kalau berkesempatan...

    anyway terima kasih sudi berkunjung ke blog Bapak..

    ReplyDelete
  12. Beraninya Khalish...Auntie Tirana memang penakut dengan ular..hehehe

    ReplyDelete
  13. Alaa..ciannya khalish xdapat jumpe upin & ipin..takpelah..janji dapat cd ;)

    wow! khalish tak takut ular..animal lover ni..ley geng ;))

    ReplyDelete
  14. aaaaa...pegang ular..berani betul2 ke tu?hehehe

    ReplyDelete
  15. Member ajak g...tp ada hal lain...kalo dak agaknya leh jumpa Bapak ..

    ReplyDelete
  16. kesian khalish tak dapat nak peluk cium maskot upin ipin. poster pon jadilah....

    ReplyDelete
  17. Kak Tirana,

    samalah ngan Orang Rumah Bapak, penggeli ngan ular...heheh

    ReplyDelete
  18. Erina,

    cd upin ipin tu dah berkali2 Khalish tengok...heheh..

    ReplyDelete
  19. Kimmy,

    Bapak xde hal, Khalish x taulah berani atau buat2 berani..heheh...

    ReplyDelete
  20. DUN,

    Kami kejap je ke Sua Rasa tu...

    kalau ada rezeki, insyaallah kita jumpa gak suatu hari nanti..

    ReplyDelete
  21. Abu Aiman,

    kalau nak minat poster pun jadi..heheh..

    kuat gak pengaruh Upin Ipin ni, Khalish yg baru setahun leh terpengaruh...xpelah janji yang positif...

    ReplyDelete
  22. Alahai Khalish beraninya dierrr...
    grrrrr... meremang tengkok hehehe

    ReplyDelete
  23. Kak Zara,

    hehehe...Khalish memang berani...heheh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails