Translate

Sahabat Bapak

Monday, August 3, 2009

Malam Perak FM

1 Ogos lalu, Bapak dan rakan-rakan seopis dijemput untuk memeriahkan Malam Mesra Perak FM.

Acara bermula pada pukul 2 petang. Perak FM selaku tuan rumah menganjurkan pertandingan bowling di Jaya Jusco Kinta City, Ipoh.

Bapak 'dipaksa' Bos untuk menjadi salah seorang peserta bagi mewakili syarikat dalam pertandingan tersebut. Sebenarnya ini kali pertama Bapak turun ke gelanggang bowling setelah penampilan terakhir kira-kira dua tahun lalu. Masa itu Bapak telah dinobatkan sebagai 'Raja Longkang'..heheh

Terus-terang Bapak memang 'jari bangku'. Apatah lagi kebanyakan bola bowling tak mesra ngan individu kidal seperti Bapak ni. (baik punya alasan).

Selalunya bukan sahaja lebih banyak masuk longkang, malah bola bowling yang dipegang pun kekadang jatuh sebelum dilempar. Ada kalanya bola bowling tak leh dibaling gara-gara jari melekat kat lubang bola tu..heheh

Tapi hari tu entah apa puncanya, prestasi Bapak baik, jika dulu purata hanya 4 pin bowling yang tumbang setiap kali balingan dibuat kali ini puratanya 8 pin dan ada juga beberapa kali strike dan spike..heheh
Kumara menunjukkan aksinya

Jalal yang ada line sebelah agak terkejut dengan prestasi Bapak dan rakan sepasukan, Kumara yang gayanya lebih kurang Bapak je.. Kami jerit kuat-kuat

"Kami sudah bangkit" heheheh

Pada sebelah malamnya, ada jamuan makan malam di pekarangan bangunan RTM Perak. Ada lah hiburan sikit seperti pertandingan karaoke dan cabutan bertuah.

Suasana gamat apabila Yatie & Ros berduet bersama nyanyi lagu 'Jangan Pisahkan' dendangan asal Deddy Dores & Mayang Sari.

'Jangan pisahkan aku dan dia, Tuhan tolonglah ku cinta dia'

Ko biar betul Yatie & Ros, naik meremang bulu roma Bapak mendengarnya. Cam pasangan songsang jer gayanya..hehe Ni Rosdalilah ker Rosman..heheh

Ngamuk Ros apabila Bapak usik dia

"Kita nak nyanyi lagu lain, last minute tetiba CD buat hal pulak, terpaksalah nyanyi lagu tu," jelas dia..heheh

Apa pun, kawan seopis Bapak, Najib yang menyanyi lagu Careless Whisper muncul juara pertandingan karaoke tu, menewaskan juara bertahan Abang Hanafi yang juga seopis ngan Bapak.

Najib juara karaoke

Bapak masuk pertandingan apa? Pertandingan makan kot sebab kecuali mee rebus, semua menu yang ada malam tu Bapak tibai..heheh (kalau Orang Rumah Bapak tahu, tak ke mampus..heheh)

Anyway, Bapak tak balik kosong. Masa cabutan bertuah, nombor Bapak yang pertama naik. Biasalah, orang menang awal dapat hadiah kecil jer. Jadilah..heheh

12 comments:

  1. seronok dapat main bowling..dah lama tak main..sejak sibuk dengan anak2 ni..langsung tak ada peluang main lagi..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Bapak,
    Jangan jatuhkan semangat pemain kidal ni... makcik pun kidal tapi kalau suruh makcik main bowling jangan haraplah orang tangan kanan (anak-anak makcik la) boleh kalahkan makcik. Tapi sekarang tak boleh main lagi. Cepat semput maklumlah dah tua...

    ReplyDelete
  3. makan jgn tak makan...
    selagi buleh makan ni..
    kita tibai le sume..
    hehe

    ReplyDelete
  4. Krasz,

    segeng la kita bro! heheh...

    ReplyDelete
  5. Kak Tirana,

    sesekali ada masa, turunlah main bowling ngan anak2 kak

    ReplyDelete
  6. Kak Zara,

    Waalaikumsalam...

    kidal tue alasan Bapak je kak...kalu tak reti main tue, takde kena mengena ngan kanan atau kiri.

    Salute lah kat Kak Zara!

    ReplyDelete
  7. Hanis,

    makan jangan tak makan..heheh

    ReplyDelete
  8. Klinda kan..,

    takleh main bowling, sebab nanti mengamuk-gamuk bola masuk longkang. hahaha

    ReplyDelete
  9. Kak Linda,

    wah Kak Linda lagi ganas. Bapak kalu bola bowling masuk longkang, Bapak pasrah jer..heheh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails