Translate

Sahabat Bapak

Wednesday, August 19, 2009

Sayang Khalishku Sayang


Kaedah membantu pembentukan diri anak : -

1. peluk anak setiap hari kerana perlakuan itu dapat memberi ransangan kepada minda yang lebih kuat dan bijak kepadanya.

2. padang anak dengan pandangan kasih sayang kerana akan membuatnya yakin untuk berhadapan dengan persekitaran

3. beri hadiah berupa pujian, pelukan, ciuman atau senyuman setiap kali anak berbuat kebaikan

4. jangan harap anak yang belum matang tidak melakukan sebarang kesilapan.

5. jika perlu memilih antara kerjaya dan keluarga, jangan ragu-ragu memilih keluarga

6. jangan mengeluh dalam membesar dan mendidik anak-anak kerana ia akan membuatkan merasa diri sebagai beban

7. dengar cerita anak dan tunggu giliran untuk bercakap untuk mengajarnya mengenai kepentingan mendengar dan giliran untuk bercakap sebagai asas komunikasi

8. sentiasa tenangkan anak setiap kali mereka memerlukannya

9. ajar anak teknik menenangkan diri untuk ditiru.

10. sediakan hadiah yang unik walaupun murah ketika hari lahir anak untuk mereka belajar erti menghargai.

11. mengerti anak tidak semestinya menerima pengajaran pada kali pertama diajar.

12. luangkan masa bersama anak di luar rumah seperti memegang tangannya ketika berjalan agar mereka tahu kepentingan kehadirannya dalam keluarga

13. dengar mimpi ngeri anak kerana mimpi berkenaan begitu realistik dalam dunia mereka

14. hargai permainan kesayangan anak agar mereka juga akan menghargai barangan kesayangan anda

15. cium anak setiap kali mereka mahu masuk tidur

16. jangan selalu bawa bebanan kerja pejabat ke rumah bagi mengelak persepsi kerja pejabat lebih penting daripada keluarga

17. terima hakikat kita bukan ibu bapa sempurna bagi mengurangkan tekanan

2 comments:

  1. Aduhai..comelnya khalish...Dah boleh angkat kepala dah...

    ReplyDelete
  2. Kak Tirana,

    yup, Khalish dah boleh angkat kepala...dia juga dah boleh telentangkan badannya semula selepas meniarap.

    cuma sejak akhir2 ni, Khalish asyik demam & batuk. masalah kesihatan itu sedikit sebanyak mengganggu pembelajaran dia.

    dah bawa jumpa doktor sampai ke hospital.alhamdulillah dah beransur pulih..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails