Translate

Sahabat Bapak

Sunday, August 30, 2009

Seminggu Seorang Bapak

Hari ini genap seminggu Khalish memulakan kehidupan baru di Ipoh setelah dilahirkan dan dibesarkan pada tiga bulan awalnya di Melaka.

Bapak sampai di kampung di Masjid Tanah, Melaka pada 22 Ogos lalu bersamaan 1 Ramadan. Setelah dapat berpuasa sehari bersama keluarga mertua, kami bergerak ke rumah keluarga Bapak di Petaling Jaya untuk berbuka dan bersahur di sana.

Seperti jangkaan, 'perpisahan' Khalish dengan nenek dan atuknya agak mengharukan. Malah moyang Khalish juga menitiskan air mata. Memang benarlah kasih dan sayang pada seorang cucu terlalu mendalam dan lain macam...
Khalish terharu menerima pelukan 'terakhir' neneknya....

Pada 25 Ogos misi diteruskan dengan membawa Khalish pulang ke Ipoh. Kami bertolak seawal 10 pagi. Jika dulu Bapak pecut selamba je di lebuh raya, kini dengan adanya Khalish, Bapak kena mengawal sedikit had laju. Juga kena berhenti di beberapa hentian rehat untuk membolehkan Khalish berehat, menyusu dan bertukar lampin.

Selepas seminggu di rumah 'sebenarnya', Khalish semakin menyuaikan diri, tak macam hari pertama, sekejap pandang kanan, pandang kiri; memerhati sekeliling suasana barunya.

Cuma Bapak sahaja yang masih belajar untuk menyesuaikan diri menjadi seorang ayah. Walaupun Orang Rumah Bapak agak rilek, Bapak akui ia agak mencabar. Jika dulu banyak dibantu keluarga terutamanya Ayah Mertua dan Mak Mertua, kini semua tugasan kena dilakukan kami berdua sendiri.

Khalish berehat di Hentian Tanjung Malim (U)

Paling mencabar apabila tiba waktu berbuka.Jika sebelum ini Khalish suka tidur pada masa tersebut tapi sekarang, tempoh itulah dia paling suka berjaga, bermain dan minta dilayan. Jika tidak diperduli, faham-faham sahaja reaksi dia...

Bapak dan Orang Rumah Bapak kena belajar berbuka dengan kadar segera dan bergilir-gilir melayan Khalish sambil berkejar untuk mengerjakan solat. Hai, asam garam seorang ibu bapa..heheh

10 comments:

  1. bro bila nak mengeteh ngan aku nii ?

    ReplyDelete
  2. Baru-baru jadi bapa, kak tirana rasa semua orang macam tu. Lama-lama nanti dah biasa, ok la tu..Jangan gelabah sangat ye..Kalau gelabah, khalish pun nanti jadi gelabah..hehehe

    ReplyDelete
  3. Salam Bapak..

    Hmmm.. bila Khalish besar nanti.. boleh la dicerita pada dia.. pengalaman Bapak menjadi seorang ayah.. :)

    Apa2 pun.. cuma nak mengingatkan.. walau akak tau.. semua memang ingat..

    "Kalau kita sayang anak kita.. INGAT... Macam tu jugaklah perasaan mak dan ayah kita sayangkan kita"..

    ReplyDelete
  4. Khalish menambat ikatan kasih sayang kalian berdua. Saling berkerjasama dan sentiasa peka terhadap keperluan masing-masing .

    ReplyDelete
  5. Bapak, welcome to the club!

    aiman cucu sulung sebelah orang rumah saya. Kalau ada atuk dan neneknya, memang dilayan habisss...

    ReplyDelete
  6. Kak Tirana,

    belum lagi gelabah, still under control. rasanya memang semua bapa 'baru' akan camni...hhehe

    ReplyDelete
  7. Kak Linda,

    terima kasih atas nasihat tersebut...

    ReplyDelete
  8. Kak Isma,

    bila dah jadi mak ayah, baru faham dengan hakiki perasaan dan emosi seorang ibu bapa...

    ReplyDelete
  9. Azdie,

    kiranya sama la situasi aiman ngan khalish ni yer..hhehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails