Translate

Sahabat Bapak

Sunday, August 30, 2009

Seminggu Seorang Bapak

Hari ini genap seminggu Khalish memulakan kehidupan baru di Ipoh setelah dilahirkan dan dibesarkan pada tiga bulan awalnya di Melaka.

Bapak sampai di kampung di Masjid Tanah, Melaka pada 22 Ogos lalu bersamaan 1 Ramadan. Setelah dapat berpuasa sehari bersama keluarga mertua, kami bergerak ke rumah keluarga Bapak di Petaling Jaya untuk berbuka dan bersahur di sana.

Seperti jangkaan, 'perpisahan' Khalish dengan nenek dan atuknya agak mengharukan. Malah moyang Khalish juga menitiskan air mata. Memang benarlah kasih dan sayang pada seorang cucu terlalu mendalam dan lain macam...
Khalish terharu menerima pelukan 'terakhir' neneknya....

Pada 25 Ogos misi diteruskan dengan membawa Khalish pulang ke Ipoh. Kami bertolak seawal 10 pagi. Jika dulu Bapak pecut selamba je di lebuh raya, kini dengan adanya Khalish, Bapak kena mengawal sedikit had laju. Juga kena berhenti di beberapa hentian rehat untuk membolehkan Khalish berehat, menyusu dan bertukar lampin.

Selepas seminggu di rumah 'sebenarnya', Khalish semakin menyuaikan diri, tak macam hari pertama, sekejap pandang kanan, pandang kiri; memerhati sekeliling suasana barunya.

Cuma Bapak sahaja yang masih belajar untuk menyesuaikan diri menjadi seorang ayah. Walaupun Orang Rumah Bapak agak rilek, Bapak akui ia agak mencabar. Jika dulu banyak dibantu keluarga terutamanya Ayah Mertua dan Mak Mertua, kini semua tugasan kena dilakukan kami berdua sendiri.

Khalish berehat di Hentian Tanjung Malim (U)

Paling mencabar apabila tiba waktu berbuka.Jika sebelum ini Khalish suka tidur pada masa tersebut tapi sekarang, tempoh itulah dia paling suka berjaga, bermain dan minta dilayan. Jika tidak diperduli, faham-faham sahaja reaksi dia...

Bapak dan Orang Rumah Bapak kena belajar berbuka dengan kadar segera dan bergilir-gilir melayan Khalish sambil berkejar untuk mengerjakan solat. Hai, asam garam seorang ibu bapa..heheh

Saturday, August 22, 2009

Misi 1 Ramadan

Orang Rumah Bapak
Masjid Tanah
Melaka
--------------------------------------------------------------------
Bapak
Ipoh
Perak

22 OGOS 2009

TEMPOH CUTI TAMAT

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan pelepasan 100 hari yang diberikan kepada Orang Rumah Bapak mulai 12 Mei 2009 telah berakhir berkuatkuasa hari ini.

Sehubungan itu, Orang Rumah Bapak dan Khalish bakal dibawa pulang dari kampung di Masjid Tanah pada 23 Ogos 2009 dan Bapak dijadual tiba ke sana petang ini.

Orang Rumah Bapak dinasihat mulai berkemas dan menyiapkan Khalish sepenuhnya dari segi emosi dan fizikal untuk berada di dunia barunya di Ipoh.

Mengenai permohonan Ayah (Ayah Mertua Bapak) tempoh hari untuk melanjutkan cuti Orang Rumah Bapak dan Khalish sehingga Aidilfitri, Bapak dengan rendah diri tidak meluluskan permohonan itu.

Bagaimanapun, insyaallah kami akan pulang beraya pada tahun ini seawal 3 Syawal 1430 selain membawa Khalish melawat datuk dan neneknya sekurang-kurangnya dua bulan sekali.

Buat Ayah dan Mak Mertua serta keluarga di Melaka, Bapak ucapkan ribuan penghargaan.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

Bapak

Friday, August 21, 2009

Ramadan Kembali Menjengah


Alhamdulillah, Ramadan menjelma kembali. Umat Islam di negara ini akan mula berpuasa pada esok selain memulakan solat terawih malam ini.

Bagi Bapak, Ramadan merupakan bulan untuk munasabah diri, menilai dengan ikhlas diri ini sebenarnya.

Pada bulan yang mulia ini, Allah telah memudahkan urusan iman dan amalan kita dengan membelenggu iblis dan syaitan. Peperangan pada Ramadan bukan lagi dengan syaitan lagi tetapi dengan nafsu yang telah lama bersarang dalam diri.

Jika kita dapat mengawal nafsu, menjaga sahsiah diri dan mengurus ibadah dengan baik pada Ramadan ini,insyaallah amalan dan ibadah kita pada bulan-bulan lain sepanjang tahun yang mendatang akan terjaga juga. Jika tidak, nauzubillah min zalik!

Saya ambil kesempatan untuk memohon maaf kepada semua dan semoga urusan ibadah kita dipermudah dan diterima Allah sepanjang Ramadan ini.

Jika tahun lepas, pertama kali Bapak berpuasa bersama isteri, tahun ini pula Ramadan Bapak dan Orang Rumah Bapak diserikan dengan kehadiran permata sulung kami, Khalish. Kebetulan kami juga mula menyedari kehadiran Khalish dalam rahim Orang Rumah Bapak pada penghujung Ramadan lalu...

Thursday, August 20, 2009

Manchester United 0 - 1 Burnley


Burnley marked the return of top-flight football to Turf Moor after 33 years with a memorable win against Premier League champions Manchester United

Bapak : ....

Wednesday, August 19, 2009

Sayang Khalishku Sayang


Kaedah membantu pembentukan diri anak : -

1. peluk anak setiap hari kerana perlakuan itu dapat memberi ransangan kepada minda yang lebih kuat dan bijak kepadanya.

2. padang anak dengan pandangan kasih sayang kerana akan membuatnya yakin untuk berhadapan dengan persekitaran

3. beri hadiah berupa pujian, pelukan, ciuman atau senyuman setiap kali anak berbuat kebaikan

4. jangan harap anak yang belum matang tidak melakukan sebarang kesilapan.

5. jika perlu memilih antara kerjaya dan keluarga, jangan ragu-ragu memilih keluarga

6. jangan mengeluh dalam membesar dan mendidik anak-anak kerana ia akan membuatkan merasa diri sebagai beban

7. dengar cerita anak dan tunggu giliran untuk bercakap untuk mengajarnya mengenai kepentingan mendengar dan giliran untuk bercakap sebagai asas komunikasi

8. sentiasa tenangkan anak setiap kali mereka memerlukannya

9. ajar anak teknik menenangkan diri untuk ditiru.

10. sediakan hadiah yang unik walaupun murah ketika hari lahir anak untuk mereka belajar erti menghargai.

11. mengerti anak tidak semestinya menerima pengajaran pada kali pertama diajar.

12. luangkan masa bersama anak di luar rumah seperti memegang tangannya ketika berjalan agar mereka tahu kepentingan kehadirannya dalam keluarga

13. dengar mimpi ngeri anak kerana mimpi berkenaan begitu realistik dalam dunia mereka

14. hargai permainan kesayangan anak agar mereka juga akan menghargai barangan kesayangan anda

15. cium anak setiap kali mereka mahu masuk tidur

16. jangan selalu bawa bebanan kerja pejabat ke rumah bagi mengelak persepsi kerja pejabat lebih penting daripada keluarga

17. terima hakikat kita bukan ibu bapa sempurna bagi mengurangkan tekanan

Tuesday, August 18, 2009

Bisnes Masyuk!


Baru-baru ini Bapak menerima emel daripada individu tak dikenali seperti dibawah :

Apa khabar? Diharap tuan sihat sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri. Nama saya fizah abdullah dan juga warganegara Malaysia. Saya berkerja di London, United Kingdom. Saya tahu tuan tentu terkejut menerima email dari orang yang tidak dikenali. Untuk pengetahuan tuan, saya ingin menawarkan usul perniagaan dimana ia adalah sulit dan penting untuk masa depan dan kerjaya saya. Saya berharap tuan tidak menyalah ertikan maksud kedatangan email ini lalu menyebarkan kepada umum kerana ia akan memberi impak yang besar kepada kerjaya saya.

Untuk pengetahuan tuan, saya memerlukan produk SAPHIRE BLUE STONE dimana mineral ini boleh didapati di Malaysia melalui pembekal yang dikenali dan kualiti produknya dijamin oleh syarikat kami. Produk ini digunakan untuk perhiasan seperti barang kemas, jam, kemasan lantai dan sebagainya. Memandangkan tuan seorang rakyat Malaysia, saya ingin menawarkan tuan untuk menjadi ejen bagi pihak syarikat semasa mereka datang untuk membelinya di sana.

Untuk pengetahuan tuan, syarikat kami memerlukan bekalan tersebut setiap dua bulan dengan kuantiti yang ditetapkan dalam kontrak di antara syarikat dengan tuan. Sebelum ini pihak syarikat menghantar wakil untuk membeli mineral ini tetapi dia telah terlibat dengan kemalangan dan hilang keupayaan. Oleh itu saya mengambil kesempatan mendapatkan nombor telefon pembekal di Malaysia darinya.
Di sini saya sekadar cuba nak bertanya, adakah tuan berminat untuk melakukan urusniaga ini? Ini kerana saya ada nombor telefon ejen dari Malaysia tersebut. Saya kalau boleh tidak mahu pembekal di Malaysia tersebut berhubung terus dengan syarikat kerana mereka mengaut keuntungan di pihak mereka sahaja. Harga yang dijual oleh pembekal ialah USD2,250 manakala syarikat membeli mineral tersebut dengan harga USD7,500 seperti yang ejen lama jual. Saya juga akan mencadangkan tuan sebagai pembekal kepada syarikat dari Malaysia kepada CEO kami dengan persetujuan tuan.

Sekiranya tuan berminat dengan usul ini dan ingin bertanya dengan lebih lanjut, diharap tuan mengambil inisiatif untuk menghantar email terus kepada saya berdasarkan alamat di bawah atau sila berikan number untuk dihubungi dan saya akan terangkan melalui telefon:

Yang benar, fizah Abdullah

Setelah diperiksa, draf emel yang hampir sama pernah menggunakan nama 'pengenalan' lain seperti Katijah Siti dan Mia Karmila.

Hebat scammer ini, macam-macam cara nak tipu duit orang. Silap besarlah dia kalau ingat Bapak boleh makan umpan dia.Tak tahulah jika ada yang terperangkap dengan tawaran 'bisnes' ini.

Empat tips untuk elak daripada jadi mangsa jenayah siber ialah baca emel dengan teliti, nilai setiap risiko dan jangan tamak dan jangan layan; padam emel tersebut.

Oklah, persoalannya, macam mana emel scam boleh terlepas daripada tapisan emel syarikat Bapak? IT Department, please alert!

Monday, August 17, 2009

Manchester United 1 - 0 Birmingham


Wayne Rooney stepped out of Cristiano Ronaldo's enormous shadow to ensure Manchester United began the defence of their Premier League title with a 1-0 victory over Birmingham.

Bapak : Rooney terus mendapat sentuhan gol. Owen pula semakin hampir untuk ke arah itu.

Biarpun Nani dan Velencia bermain agak baik, barisan tengah perlu dikuat untuk membantu barisan serangan terutamanya menolong Owen menjaringkan gol. Dia sudah agak berumur untuk mencari bola tetapi perlu diumpan dengan hantaran baik bagi mencapai sasaran.

p/s : Arsenal belasah Everton 6-1. takutnye..heheh. boleh konsisten sampai akhir musim ker?heheh...

Liverpool kalah kepada Spur 1-2. tak terkejut pun..tipikal Liverpool..heheh

Sunday, August 16, 2009

14 Ogos....

14 Ogos adalah tarikh ulang tahun kemerdekaan Pakistan. Negara itu tak da kena mengena dengan Bapak, walaupun Orang Rumah Bapak ada iras-iras Pakistan namun berdasarkan ujian DNA, ia menunjukkan sebaliknya...heheh

Namun 14 Ogos amat berhenti kepada Bapak kerana 29 tahun lalu, Bapak diizinkan melihat dunia dari rahim Mama.

Kebetulan tahun ini, Bapak ada urusan di Jabatan Sumber Manusia syarikat Bapak di Kuala Lumpur (kebetulan apa, memang dah rancang tarikh turun KL..hehhe), Bapak menyambut sambutan ulang tahun kelahiran bersama keluarga di PJ.


Gambar diatas ni bukan tahun ni tapi tahun lepas. Tahun ini Bapak tak nak kek tapi cukuplah keluar makan bersama keluarga, hadiah yang cukup bererti bagi Bapak....

Tapi macam ada kurang je sebab adik ketiga Bapak, Siddiq di Matrik, Orang Rumah Bapak dan Khalish juga tiada, masih di Melaka...


Tinggal setahun je lagi 20-an akan ditinggalkan, tanggungjawab dah besar..Tapi di mata Mama dan Ayah, Bapak tetap sama cam dulu...heheh, terima kasih atas kasih sayang dicurahkan...

p/s : terima kasih kepada semua yang sudi wish through phone, sms, friendster & facebook hari tu...heheh

Angkara Selesema

Sehingga entry ini ditulis, seramai 59 rakyat negara ini telah terkorban akibat penularan wabak Influenza A (H1N1).

Syarikat Bapak pun dah ambil beberapa langkah pencegahan seperti mewajibkan pemakaian topeng muka kepada semua pekerja dan mensyaratkan mereka yang mempunyai tugasan luar negara mengambil cuti 3 hari sebaik sahaja pulang ke tanah air sebagai langkah kurantin diri.

Di Kuala Lumpur, langkah pencegahan yang diambil syarikat Bapak lebih ekstrem seperti mengambil suhu badan setiap kakitangan setiap hari. Malah tetamu yang mempunyai simptom selesema babi boleh dihalang daripada memasuki premis syarikat.


Kebetulan pada ketika ini cuaca tidak menentu telah menyebabkan ramai demam, selesema dan batuk. Bagi kebanyakan rakyat biasa, ia menyebabkan panik kerana mereka tidak dapat memastikan sama ada masalah kesihatan mereka alami adalah positif H1N1 ataupun tidak kerana simptomnya agak serupa. Maka penuhlah klinik dan hospital kerajaan sekarang ini untuk melakukan pemeriksaan.

Semalam, Bapak yang balik rumah Orang Tua di PJ membawa adik bongsu, Mira ke klinik kesihatan berdekatan. Dia mengalami demam, selesema, batuk dan pening. Guru sekolah juga telah melarangnya ke sekolah selagi tidak benar-benar sembuh.

Walaupun telah ke klinik swasta sebelum ini, gejala tersebut masih belum reda, . Yang diberi cuma panadol, ubat selesema dan ubat batuk. Oleh itu, kerana tidak puas hati, kami ke klinik kerajaan untuk melakukan pemeriksaan menyeluruh. Alhamdulillah, ternyata Mira negatif H1N1, namun perlu berehat dan mendapat nutrisi berkhasiat untuk benar-benar pulih.

Tambah membimbangkan Khalish yang berusia tiga bulan juga sudah mula batuk-batuk. Suhu badannya kadang-kala naik. Orang Rumah Bapak telah membawanya ke klinik swasta baru-baru ini.

Namun batuknya tak surut-surut, tambah membuat Bapak mengamuk apabila diberitahu doktor swasta terbabit memberikan Khalish ubat batuk. Walaupun Bapak bukan lulusan perubatan tapi setahu Bapak, bayi berusia bawah 2 tahun, biasanya tidak diberi ubat batuk...batuk Khalish memakin teruk setelah diberi ubat batuk tu...

Bapak yang naik angin telah menyuruh Orang Rumah Bapak membawa Khalish ke klinik kesihatan, pastikan tahap kesihatan dan check paru-paru dan jantung dia. Alhamdulillah, negatif...

Bapak juga telah arahkan Khalish dikurantin, tak benarkan sesiapa bermain dan mendekati dia tanpa memakai topeng muka dan membasuh tangan dengan cecair membunuh kuman. Orang Rumah Bapak pun telah diajar teknik menepuk bayi agar dapat mengeluarkan kahak..

Over tak Bapak?heheh...maafkan suamimu...(Orang Rumah Bapak)

Tinggal seminggu je lagi Khalish dan ibunya di Melaka kerana Bapak dijadualkan membawa mereka pulang ke Ipoh pada 23 Ogos ni. Biarpun seminggu tapi rasanya terlalu lama kerana mereka tiada di depan mata...doakan semuanya selamat!

Monday, August 10, 2009

Siapa Paling Smart?





Good Lesson 4 Man United


FA Cup winners Chelsea beat Premier League champions Manchester United 4-1 in a penalty shoot-out to win the Community Shield at Wembley. Wayne Rooney's last minute goal gave the Red Devils a 2-2 draw in normal time and ensured the game went to spot kicks.

Bapak : Perlawanan 'pemanas badan' yang cukup memberansangkan bagi menghadapi saingan Premier League yang akan bermula minggu depan.

Pemain Man United terbaik pada malam ni adalah Nani yang beraksi cemerlang sebelum dikeluarkan pada minit 62 kerana kecederaan. Selain menjaringkan gol pertama, dia berjaya memainkan peranan menguasai bahagian tengah dan membantu bahagian serangan, tugas yang ditinggalkan Ronaldo.

Ronney mula mendapatkan rentak gol dengan menjaringkan gol persamaan pada minit-minit terakhir. Dia perlu mendapatkan semula sentuhan gol kerana pada musim ini kerana peranannya sudah lebih kepada penyerang utama berbanding attacking midfielder pada musim terdahulu.

Berbatov pula masih belum menemui sudahan berbisanya. Owen yang dimasukkan sebagai pemain gantian pula dalam proses penyesuaian diri.

Ketiadaan Vidic akibat kecederaan menyebabkan pertahanan agak goyah dan kadang-kala melakukan kesilapan mudah. Foster pula perlu banyak belajar jika ingin menggantikan posisi Van Der Saar yang dijadual bersara akhir musim ini.

Sunday, August 9, 2009

Hingga Tiba Saat Itu....

Jamal Abdillah - Hingga tiba saat itu

Monday, August 3, 2009

Malam Perak FM

1 Ogos lalu, Bapak dan rakan-rakan seopis dijemput untuk memeriahkan Malam Mesra Perak FM.

Acara bermula pada pukul 2 petang. Perak FM selaku tuan rumah menganjurkan pertandingan bowling di Jaya Jusco Kinta City, Ipoh.

Bapak 'dipaksa' Bos untuk menjadi salah seorang peserta bagi mewakili syarikat dalam pertandingan tersebut. Sebenarnya ini kali pertama Bapak turun ke gelanggang bowling setelah penampilan terakhir kira-kira dua tahun lalu. Masa itu Bapak telah dinobatkan sebagai 'Raja Longkang'..heheh

Terus-terang Bapak memang 'jari bangku'. Apatah lagi kebanyakan bola bowling tak mesra ngan individu kidal seperti Bapak ni. (baik punya alasan).

Selalunya bukan sahaja lebih banyak masuk longkang, malah bola bowling yang dipegang pun kekadang jatuh sebelum dilempar. Ada kalanya bola bowling tak leh dibaling gara-gara jari melekat kat lubang bola tu..heheh

Tapi hari tu entah apa puncanya, prestasi Bapak baik, jika dulu purata hanya 4 pin bowling yang tumbang setiap kali balingan dibuat kali ini puratanya 8 pin dan ada juga beberapa kali strike dan spike..heheh
Kumara menunjukkan aksinya

Jalal yang ada line sebelah agak terkejut dengan prestasi Bapak dan rakan sepasukan, Kumara yang gayanya lebih kurang Bapak je.. Kami jerit kuat-kuat

"Kami sudah bangkit" heheheh

Pada sebelah malamnya, ada jamuan makan malam di pekarangan bangunan RTM Perak. Ada lah hiburan sikit seperti pertandingan karaoke dan cabutan bertuah.

Suasana gamat apabila Yatie & Ros berduet bersama nyanyi lagu 'Jangan Pisahkan' dendangan asal Deddy Dores & Mayang Sari.

'Jangan pisahkan aku dan dia, Tuhan tolonglah ku cinta dia'

Ko biar betul Yatie & Ros, naik meremang bulu roma Bapak mendengarnya. Cam pasangan songsang jer gayanya..hehe Ni Rosdalilah ker Rosman..heheh

Ngamuk Ros apabila Bapak usik dia

"Kita nak nyanyi lagu lain, last minute tetiba CD buat hal pulak, terpaksalah nyanyi lagu tu," jelas dia..heheh

Apa pun, kawan seopis Bapak, Najib yang menyanyi lagu Careless Whisper muncul juara pertandingan karaoke tu, menewaskan juara bertahan Abang Hanafi yang juga seopis ngan Bapak.

Najib juara karaoke

Bapak masuk pertandingan apa? Pertandingan makan kot sebab kecuali mee rebus, semua menu yang ada malam tu Bapak tibai..heheh (kalau Orang Rumah Bapak tahu, tak ke mampus..heheh)

Anyway, Bapak tak balik kosong. Masa cabutan bertuah, nombor Bapak yang pertama naik. Biasalah, orang menang awal dapat hadiah kecil jer. Jadilah..heheh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails