Translate

Sahabat Bapak

Showing posts with label sosial. Show all posts
Showing posts with label sosial. Show all posts

Saturday, April 14, 2012

LRT itu keretapi

Sejak menaiki keretapi ke Hatyai dan Kuala Lumpur tempoh hari, Khalish semakin obses dengan pengangkutan awam tersebut.

Baru-baru kami sekeluarga merancang ke KLCC, lokasi yang bagaikan rumah ketiga (selepas rumah keluarga dan kolej kediaman) Bapak masa muda-muda dulu tapi kini sudah hampir empat tahun tidak dijejaki.

Sedang kereta yang Bapak pandu melalui Jalan Bangsar, Khalish perasan LRT.

"Keretapi, keretapi..nak naik keretapi (dia anggap LRT itu keretapi)," katanya berulang-ulang dengan nada makin lama semakin tinggi untuk menarik perhatian.

Sudahnya Bapak meletakkan kenderaan di kawasan letak kereta berhampiran Stesen LRT Bangsar untuk menunaikan hajat Khalish tersebut.

Bercerita tentang LRT pula, sudah lebih enam tahun Bapak tidak menaikinya walaupun ia merupakan kenderaan rasmi semasa Bapak bekerja di Kuala Lumpur dulu.
Oleh sebab itu, Bapak agak termangu sebentar memahami fungsi mesin tiket. Baru tahu juga kad tiket LRT kini sudah ditukar kepada token berbentuk syiling.
Macam biasa LRT agak sesak dengan penumpang tapi mungkin sebab pengaruh iklan 'Budi Bahasa Budaya Kita', Khalish dan Ilhan mudah dapat tempat duduk. Bapak dan Orang Rumah Bapak sekadar tumpang sekaki..heheh..

Wednesday, April 11, 2012

WW : Si Penjual Aiskrim


Wednesday, March 28, 2012

WW : Semua adalah makanan


WW : Masterchef Jr


Thursday, April 21, 2011

Gotong-Royong Perdana paling sempoi

Setiap tahun persatuan penduduk taman perumahan Bapak pasti menganjurkan program gotong-royong perdana. Bapak pernah cerita sekali dalam entri Mari Bergotong-Royong pada Februari 2009.
Seawal 8 pagi, Bapak sudah pergi ke pusat pendaftaran. Sesudah mendaftar, Bapak menerima cenderahati berupa mug, pelekat kereta dan pemegang kunci keluaran khas persatuan penduduk. (joint gotong-royong pun dapat hadiah..heheh)

Selain setiap penduduk turut terima sarung tangan kain dan getah, ubat jentik-jentik dan plastik sampah hitam.

Ada sarapan roti canai disediakan tetapi Bapak tak makan sebab dah sarapan dulu di rumah. Selepas itu ada taklimat ringkas program gotong-royong tersebut.

"Tahun ini kita tukar sedikit pendekatan gotong-royong. Setiap penduduk cuma bersihkan persekitaran rumah masing-masing sahaja.

"Bukan apa, taman perumahan sudah ada 7 fasa, tak larat kita nak bersihkan semua. Bab-bab rumput, longkang biar pekerja am MBI yang turut sertai gotong-royong ini selesaikan. Kita bersihkan rumah sendiri, kalau nak pinjam alatan membersih yang disediakan MBI, sediakan," jelas setiausaha persatuan penduduk.

Seperti kebanyakan penduduk lain, Bapak tersengih. Cepat-cepat pilih alatan untuk dipinjam dan balik rumah.

Sampai rumah, Orang Rumah Bapak yang sedang ralit melayan Ilhan pelik.

"Bersihkan rumah sendiri je, mana-mana nak buang tu bawa keluar rumah tapi yang berharga, yang boleh jual kat pusat 3r tu, asingkan la," jelas Bapak.
Khalish turut nak 'bantu' bersihkan rumah tapi 'tolong' dengan cara dia la..hehe..

Selepas tiga jam kemudian, urus setia dengan menggunakan pembesar suara beritahu masa untuk membersihkan rumah sudah tamat dan penduduk diminta kembali ke pusat pendaftaran untuk memulangkan semula alatan pembersih.
Sebelum program tamat, ada cabutan bertuah dan seperti biasa Bapak menang. Kali ini bawa balik pasu bunga.

Tuesday, December 7, 2010

Jiran baru

Selama lebih dua tahun, Bapak sekeluarga berjiran dengan rumah yang tidak berpenghuni di sebelah kiri dan kanan.

Bukan kedua-dua rumah itu tidak mempunyai tidak mempunyai tuan tetapi pembeli tidak menetap di situ.

Di sebelah kanan milik seorang anggota polis bernama Hashim yang memilih untuk menetap di kuarters polis biarpun sudah membeli rumah sendiri. Mereka sekeluarga hanya menjenguk rumah itu sekejap-sekejap pada setiap hujung bulan.

Jiran sebelah kiri pula mencari rezeki di Singapura dan Bapak hanya berjumpa dengannya setahun sekali.

Namun beberapa bulan lalu, jiran Cina tersebut baru terbuka hati untuk menyewakan rumahnya. Masuklah pasangan suami isteri yang kedua-dua bekerjaya sebagai seorang pendidik di sekolah menengah berlainan di Ipoh ini.

Kedua-dua anak Azwan itu masih kecil dan yang bongsu hampir sebaya dengan Khalish. Sebelum ini mereka menetap bersama di rumah mertua Azwan di Gugusan Manjoi.

Kemudian menyusul pula Abang Hashim membuat keputusan untuk menetap di rumahnya sendiri mulai Sabtu lalu. Hari ini beliau sekeluarga membuat kenduri masuk rumah.
Selain bacaan Yasin dan doa selamat, anak bongsu Abang Hashim iaitu anak lelaki tunggalnya turut dikhatankan pada hari ini.

Sebagai jiran Bapak hadir dan bersyukur mendapat jiran. Orang Rumah Bapak dan Khalish di kampung pun mesti suka.

Tak perlu Orang Rumah Bapak bimbang bersendirian lagi apabila Bapak balik lewat atau kursus biarpun tugasan luar daerah seperti dulu-dulu. Khalish pun seronok dapat ramai kawan baru..heheh

Friday, April 23, 2010

LHDN, ku tunggu duitku

Awal pagi tadi Bapak terjaga dari tidur pada pukul 2.30 pagi. Mata segar, langsung tak rasa nak tidur walaupun secara logiknya Bapak baru terlelap 4 jam.

Bapak termenung sekejap (Orang Rumah Bapak & Khalish punya nyenyak tidur).. Apabila Bapak tengok kalendar, baru teringat ada urusan wajib bulan ini yang perlu diselesaikan.

Alang-alang tak boleh tidur baik Bapak selesaikan hal ehwal percukaian menerusi e-filing. Bapak terus ke bilik komputer dan membuka salah satu fail.

Setelah memeriksa audit dalaman yang dibuat beberapa minggu lalu, Bapak log on website LHDN dan tak sampai 5 minit, urusan yang sering dibuat saat-saat akhir itu selesai.

Seperti diduga setelah ditolak pelepasan cukai seperti pembelian buku, takaful dan zakat, Bapak dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan. Apatah lagi pendapatan tahunan 2009 Bapak merosot lebih RM10,000 daripada 2008...

Yang ditunggu kini cek pemulangan potongan cukai berjadual (PCB) daripada LHDN...Walaupun tak berapa banyak seperti tahun lepas tapi rasanya nilainya cukup untuk membeli 'hadiah' yang Orang Rumah Bapak request sempena ulang tahun kelahirannya tidak lama lagi.
-----------------------------------------------------------------------------------
Baru-baru di FB, Bapak ditag dengan gambar ini.

Bukannya kes baru, peristiwa ni terjadi pada 2009. Bapak tersengih je, malas nak layan...

Cuma nak pesan kat hamba Allah ni, bayar zakat bukan sanggup-sanggup, ia perkara wajib. Zakat pendapatan pun ada pelepasan gak, bukan semua kena bayar. Selepas bayar zakat, dapat pula rebat cukai pendapatan...

Tuesday, October 13, 2009

Penangan tibai, songkok, dinasour, haus & Ika

Gambar hakcipta zeehans.blogspot.com

Dua dari kiri : eh, songkok sapa ko tibai ni?

Tiga dari kiri : ntah, anak Makcik Yan kot. daripada takde apa-apa, baik aku tibai

Dua dari kanan : eh, tak baik tau. Korang kena ingat Makcik Yan garang cam dinasour

Kanan : lantak korang lah, daripada layan korang, baik aku main game (haus..haus..)

Kiri : Makcik Yan pun satu, dah la kuih raya tak hidang, duit raya jauh sekali. baik aku try call Ika. Kot-kot dia ada rumah, boleh beraya rumah dia. awek tue... eh, ni hp ke psp?


Dialog di atas telah memenangi pertandingan mereka dialog yang dianjurkan Kak Yan pada 1 Oktober lalu. Sebenarnya keputusan telah diumumkan Sabtu lepas tapi biasalah Bapak, hari ini baru nak buat n3...heheh

Bapak tahu mengenai keputusan tersebut pada Ahad lalu selepas balik dari Pulau Pinang. Terima kasih panel cilik (menurut Kak Yan, pengadilan dilakukan bebudak dalam gambar tu) yang telah memilih dialog Bapak dan Kak Yan kerana telus menggazetkan keputusan tersebut..hehhe

Sebenarnya semasa n3 contest dialog tu keluar pada malam 1 Oktober lalu, setelah lihat gambar tersebut sekilas pandang, dalam kepala Bapak ada idea lain tetapi ia disimpan terlebih dahulu hingga pagi keesokannya.

Bagaimanapun, esoknya, idea tu berubah apabila Bapak perhati ada seorang budak memegang songkok dan timbullah dialog di atas secara spontan. Tak sangka pula terpilih! heheh....

Apapun terima kasih kepada Kak Yan. Lain kali buatlah contest lain, boleh Bapak cuba nasib lagi.

Lagipun, di Ipoh ni Bapak dengar dah ada gerakan 'konspirasi' cuba menghalang Bapak daripada menghadiri majlis yang menganjurkan cabutan bertuah. Diorang kata asyik muka ni sahaja yang naik pentas, bagi can orang lain pulak...heheh

Tuesday, September 1, 2009

Hadiah Buat Isteriku


Sebelum Ramadan, Bapak ada memenangi beberapa hadiah menerusi cabutan bertuah dalam majlis mesra dan makan malam yang disertai.

Antaranya yang terbesar ialah sebuah mini notebook jenama Lenovo. Memang tak sangka, namapun cabutan bertuah. Dah rezeki, orang nak bagi ambil je la..hehhe

Awal-awal lagi Bapak dah niat nak serahkan mini notebook kepada Orang Rumah Bapak. Malah lepas tamat majlis tersebut, Bapak terus hubungi beliau yang ketika itu masih berada di kampung untuk maklumkan perkara tersebut.

Oleh kerana Orang Rumah Bapak hanya baru 'kembali' ke pangkuan Bapak pada 25 Ogos lalu, penyerahan mini notebook tu hanya dapat dilaksanakan baru-baru ini.

Tengok gayanya punya suka Orang Rumah Bapak. Bolehlah beliau aktif berblog semula dan buat apa yang patut tanpa berebut PC dan laptops dengan Bapak lagi.

Anggaplah ia hadiah sempena ulang tahun kelahiran, ulang tahun perkahwinan, kelahiran Khalish yang kebetulan semuanya berlaku Mei lalu. (Walaupun Bapak tak keluar sesen pun...heheh)

Tuesday, August 18, 2009

Bisnes Masyuk!


Baru-baru ini Bapak menerima emel daripada individu tak dikenali seperti dibawah :

Apa khabar? Diharap tuan sihat sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri. Nama saya fizah abdullah dan juga warganegara Malaysia. Saya berkerja di London, United Kingdom. Saya tahu tuan tentu terkejut menerima email dari orang yang tidak dikenali. Untuk pengetahuan tuan, saya ingin menawarkan usul perniagaan dimana ia adalah sulit dan penting untuk masa depan dan kerjaya saya. Saya berharap tuan tidak menyalah ertikan maksud kedatangan email ini lalu menyebarkan kepada umum kerana ia akan memberi impak yang besar kepada kerjaya saya.

Untuk pengetahuan tuan, saya memerlukan produk SAPHIRE BLUE STONE dimana mineral ini boleh didapati di Malaysia melalui pembekal yang dikenali dan kualiti produknya dijamin oleh syarikat kami. Produk ini digunakan untuk perhiasan seperti barang kemas, jam, kemasan lantai dan sebagainya. Memandangkan tuan seorang rakyat Malaysia, saya ingin menawarkan tuan untuk menjadi ejen bagi pihak syarikat semasa mereka datang untuk membelinya di sana.

Untuk pengetahuan tuan, syarikat kami memerlukan bekalan tersebut setiap dua bulan dengan kuantiti yang ditetapkan dalam kontrak di antara syarikat dengan tuan. Sebelum ini pihak syarikat menghantar wakil untuk membeli mineral ini tetapi dia telah terlibat dengan kemalangan dan hilang keupayaan. Oleh itu saya mengambil kesempatan mendapatkan nombor telefon pembekal di Malaysia darinya.
Di sini saya sekadar cuba nak bertanya, adakah tuan berminat untuk melakukan urusniaga ini? Ini kerana saya ada nombor telefon ejen dari Malaysia tersebut. Saya kalau boleh tidak mahu pembekal di Malaysia tersebut berhubung terus dengan syarikat kerana mereka mengaut keuntungan di pihak mereka sahaja. Harga yang dijual oleh pembekal ialah USD2,250 manakala syarikat membeli mineral tersebut dengan harga USD7,500 seperti yang ejen lama jual. Saya juga akan mencadangkan tuan sebagai pembekal kepada syarikat dari Malaysia kepada CEO kami dengan persetujuan tuan.

Sekiranya tuan berminat dengan usul ini dan ingin bertanya dengan lebih lanjut, diharap tuan mengambil inisiatif untuk menghantar email terus kepada saya berdasarkan alamat di bawah atau sila berikan number untuk dihubungi dan saya akan terangkan melalui telefon:

Yang benar, fizah Abdullah

Setelah diperiksa, draf emel yang hampir sama pernah menggunakan nama 'pengenalan' lain seperti Katijah Siti dan Mia Karmila.

Hebat scammer ini, macam-macam cara nak tipu duit orang. Silap besarlah dia kalau ingat Bapak boleh makan umpan dia.Tak tahulah jika ada yang terperangkap dengan tawaran 'bisnes' ini.

Empat tips untuk elak daripada jadi mangsa jenayah siber ialah baca emel dengan teliti, nilai setiap risiko dan jangan tamak dan jangan layan; padam emel tersebut.

Oklah, persoalannya, macam mana emel scam boleh terlepas daripada tapisan emel syarikat Bapak? IT Department, please alert!

Saturday, July 18, 2009

MMS beracun....

Sedang Bapak sibuk menyiapkan kerja di pejabat, seorang teman sekerja bertanya sama ada telefon bimbit Bapak boleh menerima MMS (sistem khidmat pesanan multimedia) atau sebaliknya.

"Apa punyer soalan ni, mestilah boleh. Ko ingat hanset aku cokia ker!," jawab Bapak dengan gaya ala-ala takbur. (bukan ker kebanyakan hanset sekarang semua leh MMS ker...heheh)

Tanpa menjelaskan lebih lanjut tujuan pertanyaannya itu, dia tersenyum sambil sesekali menjeling kepada Bapak yang acuh tak acuh dan masih meneruskan kerja-kerja pejabat.

Selang beberapa minit kemudian tiba-tiba telefon bimbit Bapak menyanyi lagu I'm yours, tanda ada MMS masuk. Ingatkan Orang Rumah Bapak yang hantar (beliau selalu hantar MMS foto terbaru Khalish) tapi bukan, ia daripada nombor telefon lain yang tidak dikenali.

Apabila Bapak buka MMS tu, terkejut Bapak tengok ada foto seorang awek berpakaian seksi sambil kemam lolipop. Sempat pulak selit mesej 'Ai, name awk spe...

"Minah mana pulak ni, apahal pulak nak tahu nama aku lak ni?," cakap Bapak dengan nada agak kuat, respons daripada penerimaan MMS tersebut.

Kawan sekerja Bapak tadi yang terdengar Bapak mengomel, cepat-cepat datang ke meja Bapak.

"Dah sampai ker MMS tue. Sorilah henset aku rosak semalam, sementara ni aku pakai henset murah jer, takleh tengok MMS. Ada awek kata nak antar MMS gambar terbaru dia. Tu yang aku pakai nombor (henset) ko," katanya tanpa ditanya dalam keadaan teruja.

Namun keterujaaanya tak kekal lama, kendur setelah melihat MMS terbabit.

Gambar hiasan

"La, tak cun pun. kansel la," katanya spontan. Tercenggang Bapak melihat reaksi mamat tue yang statusnya sama ngan Bapak...

"Ni awek Tagged, baru kenal," jelas teman sekerja Bapak tue tanpa ditanya lagi.

"Tagged? Apa menatang tue?," tanya Bapak.

Dia pun menerangkan Tagged adalah salah satu laman perkhidmatan rangkaian sosial cam Facebook (FB) jugak. Tapi lebih best sebab lebih ramai awek cun dan bole chatting-chatting ngan diorang guna nama samaran.

"O...camtue. tak minat lah aku. Tapi MMS minah ni camner?," kata Bapak.

"Ko simpan lah, aku dah reject. Oklah aku nak cari awek baru kat Tagged," balasnya.

Lantak kau lah. Untuk mengelakkan sebarang masalah pada masa hadapan, Bapak terus delete MMS tu. Bukan ada faedah pun simpan, lagi pun kalau Orang Rumah Bapak nampak, kan tak pasal-pasal Bapak yang tak berdosa ni menjadi mangsa..

Sunday, February 15, 2009

Mari Bergotong-Royong

1 Mac ini genap setahun Bapak menetap di taman perumahan tempat teratak Bapak dan Orang Rumah Bapak menumpang teduh. Bukan rumah sendiri, sekadar rumah sewa.

Bapak mula duduk rumah ini kira-kira dua bulan sebelum mengakhiri kehidupan bujang. Sebelum itu Bapak tinggal bujang bersama-sama kawan di sebuah taman perumahan lain yang letaknya kira-kira 15 kilometer (km) dari sini.

Sebenarnya taman perumahan yang terletak di lokasi strategik berhampiran dengan bakal pusat bandar baru bagi ibu negeri Perak ini masih juga baru, berusia kira-kira dua tahun setengah.

Kebanyakannya penghuni taman perumahan ini merupakan individu yang stabil dan berusia sekitar 30-an dan 40-an dan Bapak rasa Bapaklah antara termuda yang menetap di sini.

Biarpun masih baru, ia mempunyai persatuan taman yang agak aktif . Persatuan ini dilancarkan secara rasmi oleh Ahli Parlimen Tambun merangkap Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Husni Hanazlah pada pertengahan tahun lalu.

Sejak dirasmikan ada tiga program besar yang dianjurkan; selain majlis perasmian itu, dua program lain ialah majlis mesra penduduk pada akhir tahun lalu dan gotong-royong perdana pada semalam.
Beberapa jiran Bapak sedang bergotong-royong. Bapak kat ne? Tengah pegang kamera ambil gambar ni..

Terus-terang Bapak mengaku tidak hadir pada kedua-dua program itu. Bukan anti sosial atau kera sumbang tapi kebetulan ketika kedua-dua majlis itu diadakan, Bapak bekerja biarpun ia dilangsungkan pada Ahad.

Mungkin ramai faham Bapak ni jenis spesies yang tak pernah merasai kenikmatan cuti hujung minggu namun sebenarnya Bapak serba-salah. Tak boleh jadi sampai bila tak bercampur dengan jiran-jiran. Takkan setakat tegur-tegur gitu-gitu sahaja.

Gotong-royong anjuran persatuan penduduk ini mendapat kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan bomba. Misi utama gotong-royong kali ini ialah membersihkan sistem perparitan yang bukan penuh dengan sampah tapi dengan pasir.

Sebagai taman perumahan yang masih ada fasa baru didirikan kehadiran pasir dalam parit itu tak menghairankan dan senario itu didakwa punca utama parit tersumbat dan kes denggi yang berlaku di sini baru-baru ini.

Semalam sebetulnya Bapak dijadualkan bekerja juga namun sebabnya ia diadakan sebelum pukul 8 pagi, Bapak disiplinkan diri tunjuk muka seawal yang mungkin.

Selepas bersalaman-salaman. orang kuat persatuan beri penerangan ringkas termasuk memberitahu pihak persatuan sedang tunggu kehadiran jentera dari balai bomba dan penyelamat berhampiran untuk cuci parit terbabit.

Namun sambil menunggu kehadiran pihak bomba, beberapa tugas telah diagihkan-agih seperti mencantas pokok dan membersihkan kawasan sekitar. Bapak dan beberapa jiran tanpa menunggu lama terus bergotong-royong.

PBT pun beri kerjasama padu jayakan gotong-royong ni

Tengah-tengah sedap bergotong-royong, Bapak tengok jam dah dekat pukul 9 pagi. Dah sampai masanya Bapak pergi kerja dan Bapak pun berjalan menemui orang kuat persatuan berkenaan yang berada tidak jauh dari situ.

"Saya minta maaflah. Setakat ini jer saya join gotong-royong. Tak lama lagi kena masuk kerja," kata Bapak cam skema jer.

"Takpe..takpe...saya faham. Kalau senang-senang tolonglah persatuan kita yer," jawab beliau sambil tersenyum.

"Insya Allah...Insya Allah," balas Bapak yang faham maksud 'Kalau senang-senang tolonglah persatuan kita yer'.

Kalau tak de aral melintang, dua tiga hari nanti adalah tu, cam Bapak 'tolong' Daddy beberapa hari sebelum ni. heheheh....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails