Baru-baru kami sekeluarga merancang ke KLCC, lokasi yang bagaikan rumah ketiga (selepas rumah keluarga dan kolej kediaman) Bapak masa muda-muda dulu tapi kini sudah hampir empat tahun tidak dijejaki.
"Keretapi, keretapi..nak naik keretapi (dia anggap LRT itu keretapi)," katanya berulang-ulang dengan nada makin lama semakin tinggi untuk menarik perhatian.
Sudahnya Bapak meletakkan kenderaan di kawasan letak kereta berhampiran Stesen LRT Bangsar untuk menunaikan hajat Khalish tersebut.
Bercerita tentang LRT pula, sudah lebih enam tahun Bapak tidak menaikinya walaupun ia merupakan kenderaan rasmi semasa Bapak bekerja di Kuala Lumpur dulu.
Oleh sebab itu, Bapak agak termangu sebentar memahami fungsi mesin tiket. Baru tahu juga kad tiket LRT kini sudah ditukar kepada token berbentuk syiling.
Macam biasa LRT agak sesak dengan penumpang tapi mungkin sebab pengaruh iklan 'Budi Bahasa Budaya Kita', Khalish dan Ilhan mudah dapat tempat duduk. Bapak dan Orang Rumah Bapak sekadar tumpang sekaki..heheh..
amboi... suka Khalish... kita yg kat KL ni pun tak bawa anak naik LRT lagi... hihihihi
ReplyDeleterugi la org KL x naik LRT...hehehe
DeleteWajib bagi seorang penduduk Kuala Lumpur untuk menaiki pengangkutan awam, hehe.
ReplyDeleterasanye perkataan paling sesuai harus..heheh
ReplyDelete