Translate

Sahabat Bapak

Saturday, April 24, 2010

Kenapa serabai dipanggil kuih mayat?

Awal minggu lalu Orang Rumah Bapak membaca satu artikel mengenai kuih serabai di akhbar. Tak pasal-pasal dia teringin makan kuih tersebut.

Bapak memang tak pernah makan kuih itu dan itulah kali pertama dengar wujud kuih bernama serabai. Yang paling penting setahu Bapak seluruh Ipoh dan Perak tiada orang jual kuih tersebut....heheh..

Katanya kuih serabai popular di Melaka dan pernah menjadi antara hidangan wajib semasa kenduri arwah.

Kuih yang diperbuat daripada beras, santan dan yis ini sedap dimakan bersama kuah durian atau kuah gula melaka dan proses pembuatan kuih tersebut mengambil masa yang agak lama.

Proses membuatnya bermula dengan beras direndam semalaman sehingga kembang. Kemudian beras itu dikisar dan dicampur dengan santan sebelum dimasak.

Kuihnya yang berbentuk bulat, leper dan berlubang-lubang kecil adalah metafora kepada keadaan jenazah yang sedang mereput di dalam liang lahad...

Namun secara praktikalnya, kuih tersebut menjadi sajian kenduri tahlil kerana kos membuatnya dalam kuantiti banyak adalah murah.

Keinginan Orang Rumah Bapak terhadap kuih serabai diketahui juga Mak Mertua Bapak. Oleh itu sebelum kami pulang ke kampung hujung minggu lalu, kuih serabai telah ditempah khas.

Menurut Ayah Mertua Bapak, kuih serabai dijual tiga keping RM1.

Sukalah Orang Rumah Bapak tapi macam biasalah bukannya habis pun di makan kuih tu... Bapak ada makan sekeping dua, rasanya macam apam manis yang pernah Bapak makan di sebuah gerai Mamak roti canai di Ipoh...

25 comments:

  1. Uniknya makanan tradisional di negara kita kan.

    Dulu time kecik, asal ada majlis tahlil , mesti ada Biskut Lutut or Biskut Mayat .

    Tekstur dia keras dan perlu di cecah dengan Kopi O panas .

    p/s . Petang ni cuba buat kuih Serabai . hee

    ReplyDelete
  2. Mengidam pulak ke orang rumah bapak? Khalish nak dapat adik ye...hehehe..

    Perak utara ada kuih serabai..Dulu, kak tirana kecik2, ibu selalu buat kuih serabai..tak tunggu ada kematian pun boleh makan...sedap tapi kak tirana tak pandai nak buat.. Kena belajar nampaknya manalah tahu kot2 nanti menantu mengidam nak makan..hehehe

    ReplyDelete
  3. Kak Linda,

    jadi ker buat kuih serabai tu..? hehehe...

    ReplyDelete
  4. Kak Tirana,

    o...Perak utara ada kuih serabai rupanye..yela, dah dekat ngan Penang...

    nasib baik baru tahu, kalau tak mesti Bapak kena pergi Tanjung Piandang cari kuih serabai...heheh..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails