Translate

Sahabat Bapak

Wednesday, April 28, 2010

Bantuan Beras Percuma

Baru-baru ini Bapak berkesempatan menghadiri Seminar Kepenggunaan anjuran Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM).

Seperti biasa pengisiannya berupa ceramah mendidik menjadi pengguna bijak dan menyentuh isu kepenggunaan seperti Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), pemakanan sihat dan GST.

Namun berbeza dengan seminar kepenggunaan yang lain, di tengah-tengah perjalanan program, ada acara cabutan bertuah.

Bapak tak pasti motif acara selingan itu diadakan, mungkin untuk menarik perhatian peserta untuk mengikuti seminar tersebut kot...

Bapak terkejut diumumkan salah seorang peserta yang bertuah itu dan tambah terperanjat hadiah yang dimenangi ialah sekampit beras!
Gambar hiasan

Tersengih-sengih Bapak memikul kampit beras itu menuruni pentas ala-ala penerima beras bantuan...heheh..

Rupa-rupanya bukan Bapak seorang, hampir semua pemenang cabutan bertuah itu masing-masing menerima sekampit beras.

Akhir program, Bapak cuba merisik Presiden PPPM, Datuk Firdaus Abdullah, rasional disebalik pemberian beras.

"Lazimnya hamper yang mengandungi banyak makanan dalam tin dan snek akan menjadi hadiah cabutan bertuah. Kami persatuan pengguna, tak gunalah buat ceramah pengguna bijak dan pemakanan sihat tapi jadi seperti cakap tak serupa bikin dengan memberi hamper terbabit kepada peserta.

"Sehubungan itu, kami ganti dengan sekampit beras. Lebih praktikal lagipun hadiah itu dapat dirasai seisi keluarga kerana ia makanan ruji kita," katanya.

Logik..logik...

8 comments:

  1. bagus idea hadiah tu... len kali bagi gula skali ;)

    ReplyDelete
  2. Salam..

    hahahaha... praktikal 2x... lenkali kalau ada dinner.. kita pun nak letak beras gak lah.. nak ganti hamper.. hehehe.. and BTW.. tahniah.. :))

    p/s - selalu sgt dapat hamper yang isikandungannya.. ntah apa2.. mahal pulak tu..

    ReplyDelete
  3. bagus....kalau hamper pun harga mahu dekat2 30 - 50 hengget...dapat beras lagi bagus....boleh tahan sebulan kot untuk keluarga Bapak

    ReplyDelete
  4. Maria,

    gula x leh kot pasal dlm seminar tu ada kempen pemakanan sihat, kurangkan gula..heheh

    ReplyDelete
  5. Abu Aiman,

    pas ni boleh tukar mentaliti daripada hadiahkan hamper kepada beras tuk cabutan bertuah..hehhe

    ReplyDelete
  6. Kak Isma,

    Salam. ok gak ganti hamper ngan beras masa dinner..

    ReplyDelete
  7. Kak Sonata,

    tak guna lagi beras tu, biasalah tahanlah sebulan setengah, ala tiga beranak jer Kak...heheh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails