Beberapa hari lalu Bapak off, pagi-pagi lagi Orang Rumah Bapak dah buat permintaan khas.
Orang Rumah Bapak (ORB) : Hari ini ingat nak makan gulai ikan Patin masak tempoyak la
Bapak : Ok, nanti B beli ikan patin kat pasar atau Tesco. Tempoyak ada kat peti ais, ok lagi kot...
ORB : Tak nak masak, nak makan kat kedai.
Bapak : Tak kan kena pergi Kuala Kangsar atau Temerloh kot... yang lain tak sedap.. (ayat nak berdalih...)
ORB : Eh, kat Restoran Tasik Raban kan ada, sedap juga...
Alamak ingat pulak Orang Rumah Bapak ni...heheheh
Akhirnya selepas Khalish selesai makan tengah hari dengan buburnya seperti biasa, kami ke Restoran Tasik Raban yang terletak berhampiran Stadium Perak.
Tasik Raban yang hanya menyediakan hidangan makan tengah hari ni memang terkenal dengan makanan kampung, ulam-ulaman dan ikan bakar.Biasanya yang menjadi perhatian ikan bakar yang disapu dengan sambal khas dan dicecah dengan kuah asam. Ikan-ikannya dikatakan segar dari Tasik Raban, Lenggong.
Tapi sejak-sejak akhir ni Bapak kurang sikit selera dengan ikan bakar di situ. Ye la asyik ikan talapia merah dan kaloi jer menunya...
Sampai di restoran tersebut, baru tahu menu gulai Patin masak tempoyak sengaja ditiadakan kerana hari itu giliran gulai Baung masak tempoyak pula. Akhirnya Orang Rumah Bapak ambil lauk-lauk lain termasuk sambal tempoyak dan sambal kelapa.
"Lepas ni kena datang lagi ke, cari gulai Patin masak tempoyak lagi?," tanya Bapak kepada Orang Rumah Bapak yang sedang enak menyuap.
Beliau cuma bersenyum dan Bapak dah tahu maksudnya....
hehe
ReplyDeletetak reti makan ikan air tawar ni
mengidam ke ape ni?
;)
Tak apa, lain kali mesti ada,hehe...
ReplyDeletengidam? ade ape-ape ke?
ReplyDeletebapak layan je la...
Bapak,
ReplyDeletekalau saya masak/beli gulai tempoyak ikan patin, isteri ambik kuah ajer. Dia kata kesian lepas tengok ikan patin idup kat pasar tani kuantan...
Intan,
ReplyDeletesemua family Bapak pun x pandai makan ikan sungai..Bapak je ok, itupun belajar makan masa kat matrix...heheh
Kak Alia,
ReplyDeletebetul tu, lain kali mungkin ada..heheh
Maria,
ReplyDeleteBapak memang layan je...
ada apa2 ker? i reserve my comment...hheheheh
Abu Aiman,
ReplyDeletememang penyayang isteri Abu Aiman..hehehe..
salam yeop,
ReplyDeleteteman pinjam gambor yer..
teman link balik ke blog mike...
mekasih..
Kak Yong,
ReplyDeletepakai le..hehe...