Hari ini genap dua tahun blog Akulah Bapak bersiaran. Satu-satunya blog peribadi yang dipunyai dan alhamdulillah masih konsisten sehingga hari ini.
Bapak akui bukanlah penulis blog yang prolifik. Buktinya cuma menghasilkan 90 posting pada 2009, 88 (2010) dan inilah posting pertama pada tahun ini...hampeh..heheh...
Begitupun Bapak amat menghargai semua rakan-rakan yang sudi berkunjung ke sini apatah lagi menjadi pengikut dan meninggalkan jejak di blog ini. Kebanyakannya hanya Bapak kenal di alam maya
Antara header terawal....
Biarpun mula wujud pada 9 Januari 2009, posting pertama 'Bapak sudah angau' hanya dibuat pada 27 Januari tahun sama. Bapak masih ingat 3 pengomen terawal iaitu Minal, ckLah dan Sam.
Maaf pada masa itu, Bapak tak membalas komen-komen tersebut kerana masih tak tahu bagaimana nak membalasnya..heheheh (bukan menyombong tau ckLah..heheh)
Ketika blog ini diwujudkan Orang Rumah Bapak ketika itu sedang hamil tiga bulan anak sulung kami, Khalish yang kini sudah berusia satu tahun lapan bulan. (sudah beradik pun, Ilhan yang baru dua bulan mengenal dunia...heheh)
Debaran bakal menjadi seorang bapa ketika masih belajar-belajar bertanggungjawab sebagai seorang suami kadang-kadang membuatkan Bapak risau. Gelabah tentang kemampuan untuk menjalankan tanggungjawab yang semakin besar...
Oleh itu pengalaman-pengalaman diri dicoretkan di sini. Bukan diari harian tetapi beberapa peristiwa seharian terpilih yang memberi pengajaran hidup. Yang baik diteruskan, yang silap diperbetulkan.
Maka itu kebanyakan posting di blog Akulah Bapak ini banyak berkisar tentang kehidupan Bapak sekeluarga, jarang sekali Bapak bercerita tentang kerjaya dan berkomentar dan mengomel hal orang lain.
Sempena ulang tahun kedua ini, Bapak berazam untuk lebih rajin membuat coretan di sini..hehe...
Salam
ReplyDeletehappy anniversary Akulah Bapak..semoga terus hidup di tengah2 kepesatan blog
Cikgu Imanshah,
ReplyDeleteterima kasih, sokongan kawan2 seperti cikgu menyemarakkan lagi Akulah Bapak...
Salam
ReplyDeleteselamat hari jadi
semoga terus berkarya ....
pB,
ReplyDeleteterima kasih. insyaallah akan terus berkarya..
smoga brjy
ReplyDeleteselamat hari ulang tahun...teruskan berblog Akulah Bapak...agi idup gai ngalaban...he3x
ReplyDeleteapisv2,
ReplyDeleteinsyaallah...terima kasih!
Kak Sonata,
ReplyDeleteterima kasih! insyaallah Akulah Bapak akan terus hidup
selamat ulangtahun ke 2.
ReplyDeleteTeruskan mencoret!
Abu Aiman,
ReplyDeleteterima kasih. sokongan kekawan kuatkan semangat terus mencoret!
insyaAllah, IM akan follow selagi bermasa...
ReplyDeleteIM,
ReplyDeletesyukran..
ckLah pertama komen? Tak perasan pun...
ReplyDeleteWaktu tu ckLah sedang peramah di dunia blog...
Sekarang...hmm, bukan juga menyombong....
hmmm, ya selamat berblog Ayah Khalis dan juga ilhan...
ReplyDeleteckLah,
ReplyDeletesapa kata ckLah menyombong?...hehhe...
bukan yg pertama komen ckLah, yg kedua selepas Minal...
syahidah,
ReplyDeleteterima kasih!