Translate

Sahabat Bapak

Tuesday, January 27, 2009

Bapak Dah Angau

Hari ini genap seminggu Bapak keseorangan di rumah. Orang rumah Bapak nun jauh di kampung halaman di Melaka.

Jangan salah faham, bukannya berkrisis tapi dah gitu sifatnya orang tengah mengandung, tetiba rindu nak ambil angin kat kampung. Walaupun berat hati, Bapak relakan..(yela, kalau merajuk Orang Rumah Bapak, siapa yang susah.. Bapak juga).

Pokok Bunga di laman rumah pun Bapak selalu lupa nak siram..nasib baik ada sesekali hujan, bolehlah dia tumpang minum

Hari tu masa memandu balik seorang-seorang ke Perak, Bapak yakin boleh je. Yela, apa yang nak dihairankan, 27 tahun boleh hidup sendiri, inikan setakat dua minggu saja...heheh

Lagipun lepas cuti balik kampung, Bapak kerja straight sembilan hari tanpa cuti. Fikir Bapak, kalau sibuk kerja, tak fikir mainan perasaan dah.

Namun bangun dari tidur hari pertama Bapak kena tidur seorang, dah rasa lain macam. Macam tak cukup perisa je hidup Bapak.

Sarapan selalu miss (nasib baik masa kerja, selalu breakfast di sponsor), makan malam asyik di kedai je (selama ni balik kerja je makan malam dah terhidang di meja makan), rumah jarang disapu, pakaian disidai..dua tiga hari baru berangkat. macam rasa kosong je hidup Bapak masa ni...

Nasib baik bangun pagi tak pernah terlajak lagi...alhamdullillah...

Namun yang lebih penting perasaan rindu pada Orang Rumah Bapak cam mula-mula tangkap cintan dulu..heheh.. Ingatkan Bapak syok sorang-sorang, tapi rupa-rupanya Orang Rumah pun sama rindu kat Bapak.



Bapak rindu gak dengan masakan Orang Rumah..heheh...Bapak ni kalau makan memang nombor satu..heheh

Sebab tulah, walaupun sepatutnya Bapak ambik Orang Rumah pada 4 Februari depan, Orang Rumah Bapak sukarela nak balik Perak pada akhir Januari ni. Kebetulan Ayah Mertua Bapak nak pergi kenduri kahwin anak kawan beliau di Taiping. Bolehlah Orang Rumah Bapak tumpang sekali.

Tak sabar rasanya nak tunggu lusa..hai...macam manalah nak lepaskan Orang Rumah Bapak berpantang di kampung selama 100 hari bulan Mei ni...Cinta Hati satu hal, baby pulak satu hal...

3 comments:

  1. aduh... ada gak ko org umah bapak! aku ni solo lg bro!adeiiii.......

    ReplyDelete
  2. Salam...
    Rindu kepada isteri/suami sendiri dapat pahala kan Bapak...
    Rindu pada isteri/suami orang....jangan sesekali...bergegar tiang arasy tu...

    ReplyDelete
  3. keisannya...encik bapak..eheheheh......samelah sayapon suka makan juga....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails