Selain secawan kopi, pinggan itu berisi kuih comel berwarna-warni yang dibentuk menyerupai buah-buahan dan sayur-sayuran seperti mangga, terung, cili, oren, pisang dan jambu. Namanya Luk Choop.
Namun setelah melihat rakan di depan meja Bapak semakin licin pinggannya, Bapak mula mengunyah Luk Choop itu. Terasa isi kacang hijau, macam kuih rengas. Cuma kulitnya dibentuk daripada gelatin sebelum dibentuk dan diwarna menjadi buah-buahan dan sayur-sayuran comel itu.
Semasa mengunjungi Walking Street Songkhla pada sebelah malam, Bapak perasan Luk Choop ada dijual di situ. Di Pasar Terapung Hatyai pun ada jual. Tak mahal dalam 20 Bath (lebih kurang RM2) je sebungkus.
Orang Rumah Bapak bising tidak dibawa pulang Luk Choop sebagai ole-ole. Macam mana nak beli, kalau ia cuma dibungkus dengan daun pisang je..heheh. Takkan nak ditatang dengan tangan sepanjang perjalanan ke rumah..heheh..
semasa IM pergi Hatyai tak nampak pula kuih ni. IM cuma makan nasi pulut ayam.
ReplyDeleteIM,
ReplyDeletekat sebelah-sebelah peniaga jual nasi pulut ayam tu la..hehe..
Peh...aku ingat kuih buah kaca tadi!
ReplyDeleteDaddy Cool,
ReplyDeletekuih buah kaca camner pulak rupanye? yang buah perhiasan tu ka? hehe..
Kat kota bharu ada di jual. saya suka kueh ni, selalu tempah bila ada kenduri atau majlis. nak beli sikit2 kat pasar pun ada.
ReplyDeletehehehe... len kali klu pegi sini kena bawa tupperware... ;p
ReplyDeletenampak sungguh menyelerakan
ReplyDeletelawa kaler nyer
kalau nik..nik bawak tupperware.. =p
ReplyDeleteada trip apa bapak
ReplyDeletebestnye bapak..XD hehe..jeles i~
ReplyDeletenape tak mintak beg plastik kat org tu~ hehehe
Kak Hani,
ReplyDeleteOrang Rumah Bapak kata x dapat jalan2 Hatyai, KB pun jadi..hehe
Maria,
ReplyDeletemana Bapak tahu, kalau tahu Orang Rumah Bapak dah siapkan tupperware dr umah..heheh
pB,
ReplyDeletewarnanya naik kerana disalut gelatin
Nik,
ReplyDeletelain kali Bapak bawak tupperware walaupun jalan ke mana2..heheh
Cikgu Iman,
ReplyDeleteBapak ikut delegasi MBI kaji Walking Street Songkhla. ceritanya ada kt http://azliadlan.blogspot.com/2011/11/kemeriahan-walking-street-songkhla.html dan http://azliadlan.blogspot.com/2011/11/pusat-budaya-dan-warisan.html
Yayah,
ReplyDeletesebenarnya x fikir pulak Orang Rumah Bapak boleh termengidam manisan tu..heheh