Translate
Sahabat Bapak
Wednesday, October 7, 2009
Nira Nipah
Kampung Sungai Ranggam yang terletak di Jalan Teluk Intan-Lekir memang terkenal dengan perusahaan air nira nipah. Di kiri-kanan sepanjang jalan di sepanjang kampung tersebut terdapat banyak gerai menjual minuman tersebut.
Orang Rumah Bapak berasal dari Melaka, beliau tidak pernah merasai air nira nipah sehingga berkahwin dengan Bapak. Semasa dalam perjalanan pulang dari balik kampung tempoh hari, kami singgah di salah sebuah gerai menjual nira nipah tidak jauh dari rumah Opah.
Kami tidak singgah minum nira di gerai itu tetapi sebaliknya membungkus untuk menikmatinya di rumah. Bapak memilih air nira segar yang baru dibotolkan sebaik ditadah daripada dahan pokok nipah yang banyak terdapat di kampung berkenaan. Sambil Bapak membeli, Orang Rumah Bapak menunggu di dalam kereta sambil meriba Khalish.
"Kenapa sampai tiga botol beli ni. Kita nak rasa je. Sebotol cukuplah, minum kongsi-kongsi," kata Orang Rumah Bapak apabila melihat Bapak menyerahkan bungkusan yang mengandungi tiga botol air nira kepadanya.
Bapak cuma terdiam. Selepas itu sesekali Orang Rumah Bapak sua straw agar Bapak dapat minum sedikit air nira itu sambil memandu.
Sebaik sampai di rumah, tahu-tahu sahaja tinggal sebotol je belum diusik, dua botol lagi dah kosong.
Bapak pandang Orang Rumah Bapak. Beliau cuma tersengih-sengih. Baru tahu penangan air nira, kata Bapak dalam hati...hehhe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
air nira ni air tuak la kan. buah nira aku suka.kita panggil buah kabung.
ReplyDeletepernah rasa
ReplyDeletetapi tak bape minat pulak
sekali sekala minum ok la
Mr. Penyu,
ReplyDeleteorang Pantai Timur memang panggil air nira baik daripada nipah, kelapa ataupun kabung sebagai tuak.
Bapak baru tahu buah kabung juga dipanggil buah nira.
buah nipah dan buah kabung walaupun seakan-akan sama tetapi berbeza. nipah dan kabung atau juga dipanggil enau adalah pokok yang berlainan.
Intan,
ReplyDeleteyup, sekali-sekala minum ok. biasanya minum dengan ais bagi seimbangkan rasanya.
Suka sgt2...kalau lalu je jalan tu mesti singgah pergi dan balik...siap bungkus...kebetulan sekarang ni ada di pangkor...dh siap bawa bekas besar...
ReplyDeleteAir nira ni belum dikira sbg tuak melainkan bila ianya dah disimpan utk tujuan tersebut/ dah perap jadi tuak
Tak pernah rasa .
ReplyDeleteTeringin nak rasa .
Kalau orang rumah Bapak dah abiskan 2 botol,
memang besh lah kannn...
Selalu nampak asal lalu jalan TI-Lekir ni...tapi tak pernah beli. Suami kata sedap dicecah ubi rebus.
ReplyDeleteAda peniaga tambah gula, itu yg buat tak ori lagi air nira ni. Makan isi buahnya lagi sedap. Macam rasa kelapa muda.
ReplyDeleteDUN,
ReplyDeleteoh, peminat nira nipah rupanya DUN ni..hehhe
Kak Linda,
ReplyDeleteselain di kampung tu, air nira nipah juga mudah didapati di Taiping, Kedah & Perlis. kalau Kak Linda ada pergi ke tempat tu, singgahlah minum.
ckLah,
ReplyDeleteBapak baru tahu ubi rebus sedap dicicah air nira nipah. Keluarga kitaorang minum jer..heheh
Kak Zara,
ReplyDeletememang betul ada peniaga yang taruh gula, tu pasal kena pandai pilih.
Bapak setuju buah nipah memang sedap, tapi susah nak cari sekarang ni...
Slalu nmpk org jual air ni kat tepi jalan masa dalam perjalanan dari JB ke Ganu.,..
ReplyDeleteTapi tak penah beli sebab takut mabuk..hehehe
erk, mabuk ke minum air ni?? (Serious tak tau ni)
p/s Tahniah, mng peraduan cipta dialog..sila dijemput ke blog saya...terima kasih..
nira nipah tak pernah minum tp buah nipah pernah mkn.sedapp :)
ReplyDeleteKak Yan,
ReplyDeletemesti confuse ngan istilah tuak yang orang Pantai Timur panggil pada air nira ni..heheh
ia berbeza ngan tuak mabuk yang kita faham selama ni..hehe
air nira nipah halal & tidak memabukkan. cuma kalu dibiar lama, ia akan menjadi masam dan jika diperam, akan bertukar menjadi cuka.
Kak Combi,
ReplyDeleteBapak pernah rasa buah nipah masa kecil dan rasanya memang best. tapi sekrg memang susah nak dapat...
kalau mai kedah..nak p aloq staq singgah mai kat yan..kat titi bakong mai pekena nira nipah asli..boleh email saya nornira01@yahoo.com..tkasih.
ReplyDeleteNor,
ReplyDeletekat titi bakong, insyaallah kalau ada rezeki mesti nak cuba nira kat situ gak, tq
salam,,
ReplyDeletekalu lalu jalan teluk intan-lumut boleh singgah warung lempeng kelapa + air nira nipah..(bhampiran masjid n SMK sg ranggam)
kalu x jumpa leh contact..
nak order air nira nipah byk2 pun boleh.. kita boleh jd pembekal kpd penjual.
(tapi kalu mau byk bgtaw awal la sng nk bajet)
cara pjagaan pun kita boleh cerita free utk kekalkan manisnya.. =)
~warung lempeng~ 019-5595138
Warung Lempeng,
Deleteterima kasih atas info. Khamis lepas saya ziarah Opah saya di Sungai Ranggam. macam perasan Warung Lempeng tutup masa tu..