Raya tahun ini giliran rumah orang tua Bapak di Petaling Jaya.
Walaupun jadual raya keluarga Bapak agak rutin tetapi tahun ini agak istimewa dengan kehadiran cucu sulung. Tentulah di setiap rumah yang diziarahi, Khalish yang akan menjadi tumpuan utama.
Khalish bersama atuknya di pagi raya
Kebanyakan rumah yang Khalish kunjungi, dia akan di sapu dengan minyak wangi (kadang-kadang minyak atar pun jadi, Mak Anjang (adik Mama) tak jumpa minyak wangi, di suapnya Khalish dengan gula..heheh)
Katanya itu tradisi dan adat orang tua-tua menyambut kehadiran bayi baru yang pertama kali berkunjung ke rumah mereka.
PAGI RAYA
--------
Alhamdulillah Aidilfitri disambut pada 20 September 2009. mula-mula Bapak risau gak sebab sepanjang hari terakhir Ramadan tu agak redup dan hujan di sebelah petangnya. Risau tak nampak anak bulan, yelah puasa baru 29 hari, cuaca tak menentu pulak. Padahal Mama konfiden dah masak semua hidangan raya pulak...hehe..
Besoknya, selesai solat Aidilfitri, kami bermaafan sesama keluarga dan makan hidangan raya bersama-sama.
Walaupun Khalish baru empat bulan, ramai pula yang belikan baju Melayu untuk dia. Pada pagi 1 Syawal ini, Khalish memakai baju Melayu warna ungu yang dibelikan Atuknya.
Tapi Khalish cam ayahnya, takleh pakai baju Melayu lama-lama; rimas. (Bapak paling lama pakai baju Melayu masa sekolah rendah agama dulu, masa nikah dan masa sanding..heheh).
Khalish mula merengek-rengek kepanasan sampai gambar keluarga beramai-ramai pagi raya kena ambil banyak take kerana peel dia.hehhe
Foto keluarga yang diserikan dengan aksi Khalish merengek
TENGAH HARI RAYA
----------------
Kami sekeluarga pulang ke kampung arwah atuk di Pulau Indah, Pelabuhan Klang. Raya ni agak terasa kehilangan kerana pertama disambut tanpa atuk yang pulang ke rahmatullah kira-kira 11 bulan lalu.
Begitupun, tradisi pulang ke kampung masih diteruskan. Sebab adik-beradik Mama ramai (10 orang) walaupun tak semua balik tahun ini, suasananya tetap riuh dan meriah.
PETANG RAYA
-----------
Bapak, Orang Rumah Bapak dan Khalish pulang dulu dari kampung walaupun yang lain menunggu Mak Ngah (ibu saudara Bapak yang menetap di Ramuan Cina Besar, Melaka) yang tak sampai-sampai walaupun dah petang.
Sebelum balik, kami singgah dulu ke rumah Pak Long (bapa saudara Bapak) yang rumah hanya sepelaung dari rumah arwah atuk.
Khalish yang sudah kepanasan di kampung
MALAM RAYA
----------
Bapak dan adik ketiga, Siddiq layan bola; perlawanan derby Manchester United vs Manchester City. (Adake raya tengok bola, layan jer la..heheh)
Wah dramatik betul, nasib baik ada Owen. menang 4-3. (pertahanan teruk gila, boleh tiga kali silap tu, bilalah Van der Saar nak fit ni...)
wakakakak
ReplyDeletemalam raya layan bola lagik dramatik!!
Kak Yan,
ReplyDeleteraya, raya gak, bola tak leh biar ke tepi..heheh
Banyak la Khalish dapat duir raya kan? First time sambut raya dgn atuk, nenek dan sedara-mara!
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKak Myza,
ReplyDeletealhamdulillah murah rezeki Khalish.rasanye Bapak dulu pun duit raya x sebanyak tue..heheh
Salam Bapak..
ReplyDeleteEei tentu seronokkan pengalaman pertama berhari raya dengan baby..beraya sakan khalish nampaknya..mesti duit raya penuh poket..hehehe
Kak Zai,
ReplyDeleteSalam. memang beraya sakan Khalish. duit raya pun ok gak, tapi tu duit dia...heheheh