Ziarah raya ini sekali gus merangkap memperkenal Khalish sebagai cicit sulung kepada moyangnya. (Sepanjang Khalish dalam pantang bersama ibunya di Melaka, Opah tak berkesempatan melawat kerana keuzuran. Khalish pula baru pulang ke Ipoh dalam awal Ramadan lalu)
Sampai sahaja kami di muka pintu, Khalish terus diambil Opah untuk didukung. Biarpun tak begitu sihat dan agak uzur, beliau begitu gembira dapat bertemu dan bermain dengan cicitnya buat kali pertama.
Mula-mula tu Khalish agak canggung juga dan seperti biasa apabila berhadapan dengan tempat baru, matanya akan melilau dan memandang sekeliling.
Namun apabila namanya dipanggil Opah, (lidah Opah tak biasa sebut nama Khalish, dipanggilnya Muhammad Abib) Khalish memberi respons berbual dengan Opah dalam bahasanya tersendiri..hehehh

Untung Khalish masih ada opah..
ReplyDeletesungguh indah beraya dgn anak
ReplyDeletedoakan intan pule ye...
;)
Kak Tirana,
ReplyDeleteOpah Bapak ialah moyang kepada Khalish..hehhe
Intan,
ReplyDeleteinsyaallah masa intan akan tiba jua..