Translate

Sahabat Bapak

Friday, October 2, 2009

Rendang Siput Beliung

Antara hidangan raya istimewa pada tahun ini ialah rendang siput beliung.

Ini kali pertama Bapak memakannya. Sebelum ini, selain rendang ayam, daging dan itik, Bapak pernah makan rendang lokan masa Aidilfitri.

Bagi Bapak rasa siput beliung macam siput sedut tapi lebih kenyal dan dimasak tanpa cengkerang.
rupa cangkerang siput beliung

isi siput beliung

antara proses yang perlu dilakukan sebelum memasak siput beliung, memotong ekornya

rendang siput beliung. abaikan limpahan minyak tu sebab belum sempat kering Bapak dah cedok dari kuali nak snap gambar..heheh

Fakta ringkas siput beliung : -
1. antara siput yang mempunyai cengkerang terbesar dan panjang, ada yang boleh mencapai 1 kaki panjangnya.

2. peralatan yang diperlukan untuk mencari siput beliung ialah pematuk dan pisau. Biasanya cengkerang siput beliung akan dibiarkan sahaja selepas isinya dicungkil.

3. waktu mudah mencari siput beliung ialah pada masa air laut surut timpas

4. rasanya lemak-lemak manis, boleh dimasak kicap, sambal, lemak cili api ataupun digorengs sahaja.

5. isinya boleh dikeringkan

13 comments:

  1. Nampak cam sedap je...sesuatu yang lain...setakat ni yg spesies siput/kerang ni...rendang kupang je paling sedap...

    ReplyDelete
  2. teringat bulan pose hari tu....

    asyik beli lauk siput sedut je.

    ada lauk baru pulak ni. kena cari ni.

    ReplyDelete
  3. tak reti nak sedut , asyik tak dpt jer

    ReplyDelete
  4. dah lama tak sedut siput neyyy

    ReplyDelete
  5. tak reti nak makan siput
    tak pernah try seumur hidup
    segala jenis siput ni

    ReplyDelete
  6. Eh eh.. bestnya..

    selalu makan siput sedut .

    kalau ada peluang nak cubalah.

    ReplyDelete
  7. DUN,

    memang rendang kupang sedap. Bapak pun suka tapi Orang Rumah Bapak dah pesan kalau nak beliau masak rendang kupang, kena cari kupang segar je, balik naik dari laut...heheh

    ReplyDelete
  8. One,

    memang susah gak nak cari siput beliung nie. kat Ipoh ni, x pernah nampak. Kalau One jumpa, habaq yer..

    ReplyDelete
  9. pB,

    ni bukan siput sedut atau nama lainnye siput belitung tapi siput beliung...heheh

    Bapak pun kekadang tahan nafas gak sedut siput sedut, tapi tu yang best..heheh

    ReplyDelete
  10. Wan,

    siput beliung takyah sedut sebab dah buang cengkerang Wan..hehhe

    yang kena sedut tu siput sedut aka siput belitung

    ReplyDelete
  11. intan,

    memang ada yang tak makan siput sebab x diajar sejak kecil ataupun sebab allergic.

    tapi Bapak belasah jer..heheh

    ReplyDelete
  12. Kak Linda,

    insyaallah ada rezeki Kak Linda sekeluarga rasa siput beliung tue.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails