Antara Bapak paling mengidam apabila berkunjung di Pulau Pinang ialah menikmati Mee Sotong Hameed dan Coconut Shake Jalil di Astaka Taman Kota Lama di Padang Kota Lama.
Kebetulan lokasinya tidak jauh dari hotel kami menginap, berjalan kaki lebih kurang dua minit sahaja.
Tetapi sebab Bapak tak selidik betul-betul, sewaktu sampai di astaka berkenaan pada pukul 9 malam, kedua-dua gerai makanan tersebut sudah ditutup. Rupa-rupanya ia cuma dibuka dari pukul 11 pagi hingga 5 petang sahaja.
Memang tiada rezeki nak rasa mee sotong dan coconut shake tersebut pada kunjungan kali ini.
Sebab perut perlu di isi juga terutama anak-anak, kami menapak ke Medan Selera Renong Padang Kota Lama yang terletak kira-kira dua kilometer dari situ.
Risau juga Khalish dan Ilhan merungut terpaksa berjalan kaki lebih jauh tetapi nasib baik mereka ralit memerhati hiasan lampu lip-lap yang memeriahkan pokok-pokok dan bangunan di sekitar Padang Kota Lama.
Sebab dah makan nasi kandar pada sebelah petangnya, kami cuma memilih untuk menjamah sotong kangkung. Saiz hidangnya sesuai untuk kami sekeluarga dan berharga RM10.
Untuk Khalish dan Ilhan, Orang Rumah Bapak memesan mee sup campur. Sebab tak biasa dengan stail sup utara, Orang Rumah Bapak ingat sup campur cuma ada daging dan ayam sahaja tetapi sebenarnya perut turut menyelit dalam kuah sup tersebut.
Orang Rumah Bapak memang tak pandai makan perut buat-buat geli, terpaksalah Bapak memakannya. Namun cuma separuh jalan kerana selepas itu. Ilhan dengan selamba mengunyah baki perut yang ada . Dasar anak kelahiran utara..hehhehe.. lainlah abangnya, Khalish yang lahir di Melaka. Banyak pantang makannya..hehheh
Waktu Bapak jalan-jalan di medan selera yang memisahkan ruang makanan Muslim dan bukan Muslim itu, Bapak perasan sebuah gerai yang menjual Coconut Shake. Tak dapat Jalil, yang ni pun jadilah.
Rasanya Bapak tak pasti berbeza ke tak tetapi harga mahal 50 sen berbanding Coconut Shake Jalil yang dijual RM2.50 segelas.
Sebelum balik, Orang Rumah Bapak memesan pesembur di gerai Gani Pesembur. Sebab dah kenyang, ambil yang asas-asas sahaja dan caj dikenakan RM8. Orang Rumah Bapak berpuas hati, katanya sedap.
hati-hati. takut kena 'sembelih' macam sotong tu juga.
ReplyDelete
Deleteinsyaallah, sentiasa berpandu info yg diberi kawan2..
Kalau ada rezeki jalan2 ke Penang lagi, teringin juga nak cuba Mee Sotong & Coconut Shake tu. Ada jugak tengok kat TV baru-baru nie pasal Mee Sotong Hameed tue.
ReplyDelete
Deleteinsyaallah, semoga ada rezeki kita Kak
woww .. best je tengok coconut shake tu. Rasa nak terus pergi kedai cari ..
ReplyDelete
Deletesemoga mendapat coconut shake yg dicari
salam bapak.. lama x dtg stalk blog nie.. anak2 n org umah sihat gamaknya.. kirim slm peluk cium kt dorg ek
ReplyDelete
Deletesalam. wah lamanye x jumpa di alam maya apatah lagi nyata..heheh
alhamdulillah Orang Rumah Bapak, Khalish dan Ilhan sihat, cuma Bapak je kurang sikit.
camner life di KL?