Esok atas saranan doktor pakar tulang, Bapak akan kembali ke dewan bedah untuk menjalani satu lagi pembedahan buku lali yang patah tempoh hari.
Kali ini satu skru lagi akan dimasukkan di antara sendi buku lali yang patah. Doktor Datuk S. Vasan memberitahu ia bertujuan untuk memapatkan tulang agar proses pemulihan lebih berjalan lancar.
Pakar tulang itu berkata, jika proses memasukkan skru gagal, dia akan meletakkan wayar ke dalam kaki Bapak sebagai alternatif. Sesudah kaki Bapak sembuh sepenuhnya, wayar itu bakal dikeluarkan semula.
Jangka masa kedua-dua tulang sendi yang patah tersebut akan bercantum semula dianggar dalam tempoh enam minggu. Bapak dijangka akan berada di wad Hospital Pantai Ipoh untuk tempoh tiga hari sehingga Jumaat.
Berdebar juga terpaksa jalani pembedahan buat kali kedua dalam tempoh tak sampai dua minggu. Doakan pembedahan berjalan lancar dan Bapak segera sembuh.
errrmm saya ni mmg jenis yg takut, dengar nama hospital pun sayadah takut, tambahan le nak jejak kaki kat hospital, berdebar dada ni. apapun saya doakan bapak cepat sembuh dan dipermudahkan segalanya
ReplyDelete
Deleteamin..terima kasih.
nk sihat cepat, buat2 berani jer...heheh..
moga semuanya dipermudahkan . cpt baik yaaa
ReplyDeleteamin..terima kasih Kak Linda
Delete