Lokasi pertama sudah pastinya Zoo Taiping. Tiket masuk dewasa RM12 tapi selepas guna baucer yang dimuat turun daripada laman web Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dapatlah diskaun 20 %.
Akhirnya kami makan tengah hari di dalam kereta sahaja..heheh...
Setelah hujan reda sementara, kami singgah Muzium Perak. Best muzium ni sebab boleh bergambar sakan tanpa dikenakan sebarang bayaran...heheh..Tentu pak guard muzium tu pelik tengok gelagat poyo Bapak memujuk Khalish yang moodnya selaku model kadang-kadang ok kadang-kadang ko...heheh...
Kemudiannya Bapak pecut ke Batu Kurau, kononnya nak cari durian tapi malangnya tiada sebiji pun buah durian dijumpai...hehhe...Pusing-pusing Bukit Gantang pun gagal menemukan durian, dah tak de rezeki kami..hehhe...
Hajat Orang Rumah Bapak nak makan popia kat medan selera Jalan Panggung Wayang pun tak kesampaian sebab hujan terlalu lebat, tak sanggup pulak bawa Khalish redah hujan tu...
Tak lengkap rasanya kalau tak pekena mee udang di Kuala Sepetang. Selepas itu singgah sebentar ke Masjid Tengku Menteri, Matang. Masjid yang dibina 1897 ni antara masjid terawal dibina di daerah Larut, Matang dan Selama.
Lagi foto di imejcerita.blogspot.com
Setiap kali ke Lake Garden Tepen,teringat kartun From Taiping With Love...Rashid Asmawi...
ReplyDeleterindunye nak balik taiping.. ;)
ReplyDeleteckLah,
ReplyDeletewalaupun arwah sudah lama meninggalkan kita namun legasinya masih tetap di ingatan...
Kak Combi,
ReplyDelete:)
mee udang banjir mak teh ker tewww.. uhuhu
ReplyDeletetimekaseh bapak singgah2 jenguk2 komen2 blog me yg ittewww..
wah... best gak Taiping ni ye... tak banyak tau psl Taiping nih... yg tau zoo taiping jer :)
ReplyDeleteen_me,
ReplyDeletewah, tengok foto pun dah tahu mee udang mak teh..heheh..
Maria,
ReplyDeleteTaiping bandar warisan. 33 perkara/bangunan pertama di Malaysia ada di bandar ini...
cuti sekolah ni dah janji dgn mak nak balik taiping. Yeaa!
ReplyDeleteAbu Aiman,
ReplyDeleteyea!
wohhh...kota ngah aritu merasa gak masuk..
ReplyDeleteCik Bedah,
ReplyDeleteBapak dah biasa masuk Kota Ngah Ibrahim cuma berhajat nak bawa Khalish...