Semasa balik kampung di Masjid Tanah untuk membawa pulang Orang Rumah Bapak, Khalish dan Ilhan tempoh hari, Bapak ambil kesempatan cuti tersebut untuk menghantar kereta ke bengkel untuk 'make over' sikit...heheh..
Sebelum ditinggalkan di bengkel tersebut, beberapa barang berharga yang berada di dalam kereta telah dipunggah keluar termasuk satu buku akaun milik Bapak. Setelah urusan 'make over' selesai, kami menziarahi rumah orang tua Bapak di Petaling Jaya pula selama beberapa hari lagi.
Namun setelah sampai di Ipoh, Bapak dapati buku akaun itu telah hilang. Puas Bapak cari di serata tempat namun masih tak jumpa. Bapak hubungi mak mertua kot-kot tercicir dan tertinggal di dalam bilik, takde pula.
Tambah kalut, kad ATM bank tersebut juga telah rosak dalam masa sama...
Sebagai jalan penyelesaiannya, Bapak ke cawangan bank tersebut untuk memberitahu kehilangan buku akaun dan kerosakan kad ATM terbabit.
Beberapa borang perlu di isi termasuk surat akuan kehilangan buku akaun, Bapak kemudiannya diminta untuk memuktamadkan surat akuan itu dengan setem hasil di pejabat LHDN terdekat.
Berulang-alik Bapak juga dari cawangan dan pejabat LHDN untuk menguruskan buku akuan dan kad ATM baru itu.
Alhamdulillah perkhidmatan yang memuaskan menyebabkan urusan tersebut berjalan lancar dan dapat diselesaikan dalam beberapa jam sahaja.
Pengajarannya jaga bebaik buku akaun, jangan kasi hilang lagi...heheh..Tukar buku akaun percuma tapi kos duti setem RM10 daa...heheh...
No comments:
Post a Comment