Khalish sudah berusia setahun lapan bulan sementara Ilhan beberapa hari lagi genap tiga bulan.
Bapak dan Orang Rumah Bapak sedaya upaya mahu memastikan tumpuan kepada Ilhan sekarang tidak menjejaskan emosi Khalish apatah lagi pembesaran dan pembelajarannya. Biarpun pada awalnya, Khalish kerap menimbulkan emosi cemburu namun kini semakin dia menyayangi adiknya..(walaupun kebanyakannya tak kena gaya...heheh).
Pada usia hampir dua tahun, Khalish sudah boleh menyebut beberapa perkataan mudah dan semakin memahami tutur percakapan orang lain terutama ayah dan ibunya.
Begitupun Khalish yang agak ringan mulut kebanyakan masa menggunakan bahasanya sendiri (agaknya campuran bahasa Jerman campur Perancis...heheh).
Sehubungan itu niat kami untuk mengajarnya Iqra' terpaksa dipendam terlebih dahulu sehingga dia boleh bertutur dengan sempurna. Namun kami memperkenalkan huruf, nombor dan huruf hijaiyah secara perlahan-perlahan sejak berusia 6 bulan.
Mulanya dengan menggunakan kad pengimbas dan buku. Bagaimanapun kami dapati Khalish lebih tertarik dan fokus dengan media interaktif seperti DVD dan VCD tapi di Ipoh ni agak sukar untuk mendapatkan bahannya...
Buat masa sekarang kami beralih menggunakan beberapa video klips di youtube. Antaranya : -
Wow..bersemangat betul bapak mengajar Khalish.. Bagus mulakan dari awal kerana perkembangan otak kanak-kanak berlaku cepat.
ReplyDeleteKak Tirana,
ReplyDeleteBapak banyak belajar dari Kak Tirana juga..
nak mengajar anak sendiri pun kdg2 rasa malas. haihhh...
ReplyDeletekena menuntut ilmu rajin drp bapak la nmpknya.
Isabelle,
ReplyDeleteeh, cam tu pulak..heheh...