Translate

Sahabat Bapak

Monday, January 10, 2011

Kehidupan berempat yang huru-hara..heheh..

Hari ini genap10 hari Orang Rumah Bapak, Khalish dan Ilhan kembali ke pangkuan Bapak selepas lebih dua bulan berpantang di kampung.

Ilhan yang berumur dua bulan setengah masih belajar untuk menyesuaikan diri di tempat baru setelah sebahagian besar usianya sebelum ini berada di rumah atuk dan neneknya di Masjid Tanah, Melaka.

Masih tak tahan persekitaran sejuk yang diapit dengan Banjaran Titiwangsa dan bunyi bising kenderaan lalu-lalang di susur keluar Lebuh Raya Utara-Selatan.

Orang Rumah Bapak juga masih menyesuaikan diri berkejar-kejar antara tugasnya sebagai suri rumah dan melayan kerenah Ilhan dan Khalish.

Setiap kali bangun daripada tidur setiap dua jam, Ilhan mahu menyusu. Perlu diberi dengan cepat, jika tidak dia akan protes dengan cara tersendiri. Alhamdulillah Ilhan mendapat susu ibu..

Khalish pula kadang-kala menunjukkan perasaan cemburu akan keakraban ibunya dan Ilhan. Banyak kali juga tangannya ringan menepuk muka adiknya tetapi masa berjaya dihalang...

Dia juga sudah lupa ayahnya keluar rumah setiap pagi untuk pergi bekerja bukan berjimba-jimba. Hampir setiap hari Khalish akan meraung sambil mengegar kuat gril pintu rumah mahu mengikut Bapak menaiki kereta...
Khalish juga orang pertama yang akan meluru ke gril pintu rumah sambil tersenyum riang setiap lewat petang apabila mendengar bunyi enjin kereta Bapak pulang dari kerja.

Khalish juga tidak boleh sesuka hati naik turun tangga seperti dulu sebab Bapak dah pasang pagar. Itu demi keselamatan dia dan memudahkan Orang Rumah Bapak memantau pergerakan Khalish yang makin aktif dan dalam masa sama menjaga Ilhan.
Bagaimanapun Khalish disyaki sedang mengkaji cara-cara membuka pintu pagar itu secara manual menerusi perlakuan fizikal ayah dan ibunya..heheh...

Camne pula dengan Bapak? Lagilah huru-hara...

2 comments:

  1. hehe..siapla kalau die dah pandai bukak...bapak keela asang kjunci plak.hehehe

    ReplyDelete
  2. Nik,

    kita ikut rentak Khalish...heheh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails