Maksudnya, ramai giler orang Ipoh serbu nak rasa Domino's Pizza macam pisang goreng panas. Fenomena itu tak menghairankan jika dilihat sambutan yang pernah diterima restoran Burger King semasa mula-mula dibuka di De Garden dulu. Siang malam penuh dengan umat...

Bapak ingat lagi masa mula-mula sampai Ipoh pada pertengahan 2005, restoran makanan segera tak begitu banyak. Contohnya KFC cuma ada di Tesco, JJ, Jalan Dato' Onn Jaafar, Gunung Rapat dan McDonald cuma ada di JJ.
Selepas itu baru muncul satu-persatu restoran makanan segera kecuali Nando's, A&W dan Shakey's masih belum bertapak di Ipoh sehingga kini.
Berbalik tentang Domino's Pizza, Bapak antara penduduk bandar raya ini yang menerima baucer untuk mencuba pizza restoran itu dengan percuma.
Semalam Bapak redeem baucer itu di cawangannya di Silibin. Tak adil rasanya untuk membandingkannya walaupun lidah Orang Rumah Bapak dan Khalish masih lebih serasi dengan Pizza Hut.

dominos mmg pizza kegemaran saya. sedap.
ReplyDeleteDominos mmg favourite kak Myza dan anak-anak. Jika dibandingkan dgn Pizza Hut dari segi delivery service dan harga, Dominos agak murah sikit! Delivery service pun bagus! Tak lama tunggu, dah sampai kat umah!
ReplyDeleteIntan,
ReplyDeleteic...tu la dominos baru sampai ke Ipoh...heheh
Kak Myza,
ReplyDeletedomino memang disiplin dgn soal masa, teruja gak tadi tgk nama terpapar kt skrin list menunggu pelanggan..terlewat beberapa saat je drpd masa ditetapkan...