Translate

Sahabat Bapak

Friday, January 28, 2011

Bestnye makan mentarang!

Sejak mula merasainya di Kuala Perlis pada 2006, Bapak mula mencintai siput mentarang. Malah setiap kali menjamu selera di Kuala Perlis, mentarang dicari dahulu..kadang ada, kadang tiada..hehe..

Bapak selalu cerita tentang keenakan mentarang kepada Orang Rumah Bapak tetapi beliau tidak pernah sekali punmenikmatinya. Ia kerana kunjungan terakhir kami ke Kuala Perlis pada pertengahan 2008, bekalan mentarang kebetulan tiada.

Memang mentarang mentah ada di jual di Kuala Selangor dan sekitarnya tapi untuk ulang-alik sejauh lebih 400 km dari rumah semata-mata untuk membeli makanan laut itu, Bapak rasa tak berbaloi..heheh...
Kelmarin semasa menjalankan tugas membeli barangan basah di Pasar Besar Ipoh, Bapak perasan ada sebuah gerai menjual mentarang. Kebetulan minggu ini menu bertemakan ikan dan makanan laut.

Bapak segera menghubungi Orang Rumah Bapak untuk melobi agar satu menu digugurkan dan diganti dengan mentarang. Oleh kerana kuasa membeli di tangan Bapak, mahu tak mahu terpaksalah Orang Rumah Bapak setuju...heheh...

Sampai di rumah Bapak menyerahkan bakul yang turut berisi mentarang.

"Nak masak apa mentarang ni?," tanya Orang Rumah Bapak.

"Er..apa-apa la, tengok je resepi kat internet. Mentarang tu masak besok ye, menu dalam list yang sepatutnya esok tu tunda ke hari Sabtu," balas Bapak selamba...heheh

12 comments:

  1. amboi... sampai delay menu... ;p

    ReplyDelete
  2. Maria,

    takut kempunan..hehhe...

    ReplyDelete
  3. jadi.. dah masak lom???
    dlu ade minta kwn beli sekali..
    pastu dh masak.. x reti nk makan.. x taw la.. x pandai masak kot..

    ReplyDelete
  4. waa bagusnya keluarga bapak buat tema untuk menu mingguan. Jenis2 siput ni memang sedap dan ralit bila dimakan.

    ReplyDelete
  5. sedapnya!! tapi camana nak masaknya ek. Mesti kena masak ngan pencecah tiram ni ..

    ReplyDelete
  6. cikbedah,

    dah jadi santapan pun..hehe..Orang Rumah Bapak buat masak sweet sour.

    tgk kt blog2, ramai yg masak ngan cengkerang tapi kitaorg x biasa pulak..masak isi jer sbb masa makan kt Kuala Perlis memang cam tu..

    lagi cengkerang dia kalau x bersih betul2, banyak selutnye...

    ReplyDelete
  7. Abu Aiman,

    memang dari awal kahwin buat tiga menu mingguan, minggu 1 -ayam, minggu 2 - daging, minggu 3 - seefood. pastu ikut pusingan..

    nak mudahkan Orang Rumah Bapak, xyah pening2 buat hidangan tuk keluarga...heheh..

    ReplyDelete
  8. Cikgu Rashid,

    agaknya taruh sos tiram...Orang Rumah Bapak yg masak, Bapak makan je..heheh

    ReplyDelete
  9. boleh ke buat masak lemak cili api..??

    ReplyDelete
  10. Adzriel AB,

    boleh kot, kita yg masak dia...heheh

    ReplyDelete
  11. kalau goreng lagi sedap. manis macam gula .. =)

    anastasyea's latest post .. Blog Mejar Faiz Khaleed Angkasawan Negara

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails