Translate

Sahabat Bapak

Monday, February 18, 2013

Siput lokan sekilo RM2

Masa kecil-kecil dulu, di kampung Bapak  siput lokan boleh dikatakan hidangan eksklusif yang boleh didapati pada hari raya sahaja.
 Itupun kat rumah tok sidang dan penghulu sahaja yang menyajikan rendang lokan. Pagi-pagi raya lepas solat Aifilfitri, terus cabut bertandang ke situ...hehe..

Masa bujang dulu, Bapak pernah beli lokan RM5 sekilo di Pasar Tani Seksyen 17 Petaling Jaya. Minta Mama buat rendang untuk pagi raya. Lepas kahwin, Bapak perasan kat Pengkalan Balak, Melaka berhampiran kampung Orang Rumah Bapak ada gerai jual lokan. Sekilo RM4.
 Masa lalu di  Pantai Remis tempoh hari, lokan dijual hanya RM2 sekilo. Kata penjualnya, lokan tersebut didapati di paya bakau berhampiran.
 Bapak pun borong sampai 5 kilo, baru RM10. Tapi bila kopek cenkerang baru dapat semangkuk penuh je..
Apapun puas juga makan lokan masak masam manis dan rendang lokan; Orang Rumah Bapak masak.

10 comments:

  1. er.. saya tak berapa makan spesis gini..haha.. =)

    tapi hidangan akhir nampak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar terakhir pun baru hidangan sebenar, Nik..heheh

      Delete
  2. DI zaman kecik, saya suka ikut emak mencari lokan di hutna paya nipah bertanah selut. Ketika tu akan mengambil peluang mencari buah 'kedabu'. Buah kedabu masam dan sedap dicicah dengan kicap + gula... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. first time dengar pasal buah kedabu, teringin merasainya...

      Delete
  3. Replies
    1. lokan memang susah gak nak cari, kekadang je jumpa dijual...

      Delete
  4. Replies
    1. Kak Kamsiah gi Lumut, x singgah yek? heheh

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails