Translate

Sahabat Bapak

Thursday, February 21, 2013

Laksa Pangkor

Pertama kali Bapak mengetahui wujudnya laksa Pangkor ini melalui pembacaan di majalah. Nama sebenarnya laksa mee dan dikatakan hanya terdapat di sekitar Pulau Pangkor, Lumut dan Pantai Remis sahaja.
 Bezanya versi Pangkor, kuahnya diperbuat daripada ikan sementara Pantai Remis dari udang dan ketam. Tapi tak pernah sekali pun Bapak pernah merasa laksa mee buatan air tangan orang Pulau Pangkor dan Pantai Remis.... (tak jumpa pun kedai makan/restoran jual laksa mee kat kawasan situ..)

Yang Bapak jumpa mee laksa mentah yang rupanya seakan-akan mee sanggul di beberapa gerai menjual hasil laut di bandar Lumut.  Laksanya lebih kenyal seakan-akan spaghetti.  Sebab nak merasa, Orang Rumah Bapak buat sendiri laksa Pangkor. Resepinya beliau belajar dari pengusaha Hasil Laut Jamilah.
 Kuah laksa Pangkor cair seolah-olah sup atau masak pindang. Malah tidak seperti kuah laksa lain, isi ikan tidak dihancurkan tetapi ikan dimasukkan seekor-ekor.

Cuma kepala ikan sahaja dikisar halus bagi memekatkan sedikit kuah. Jenis ikan yang biasa digunakan pula ialah sama ada ikan kembung atau tongkol.

Selain itu laksa Pangkor dimakan bersama sambal udang kering yang lagi pedas lagi best.

8 comments:

  1. Assalamualaikum...Salam perkenalan.
    Walaupun asal perakdan berkali2 ke pangkor, xpernah pula tahu ada laksa pangkor yg tampak unik dan menarik. Kena cari ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      salam perkenalan.

      selamat mencari laksa Pangkor!

      Delete
  2. wah..ini nak kena pergi lagi ni ke pangkor pekena laksa pangkor pulak nie...tak pernah rasa lg nih

    ReplyDelete
  3. Bila baca ini tahulah yg kakak belum pernah makan sebab ikan masuk seekor-seekor. Biasa laksa yg kakak makan memang ikan dihancurkan terus dalam kuah. Teringin juga nak tahu cara dia. Kena tanya org rumah lepas tu buat N3 resepi ini heee.... kakak kalau bab cadang no satu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. N3 resepi laksa Pangkor ada Orang Rumah Bapak ada buat kat blog dia.

      ni link dia http://sayachefkecil.blogspot.com/2013/02/laksa-pangkor-ori.html

      Delete
  4. Replies
    1. Saya pun tak pasti sebab sudah berpindah dari Perak sejak 5 tahun lepas

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails