Hari ini genap 5 bulan peristiwa yang menyebabkan buku lali kanan Bapak patah. Kisah di sebaliknya pernah Bapak ceritakan dalam entri Tragedi Penang : Datang ceria, pulang bertongkat dan ke dewan bedah lagi...
Alhamdulillah Bapak sudah boleh kembali berjalan semula sejak pertengahan Disember lalu. Tidak dapat 100 peratus seperti dulu tapi pergerakan Bapak bertambah baik dari sehari ke sehari. Simptom buku lali bengkak hingga sebesar bola ping pong pada awal-awal mula melangkah dulu kini sudah semakin berkurangan.
Begitupun rasa tak selesa dan sedikit sakit masih terasa terutama terlalu banyak bergerak pada hari berkenaan.Itu sudah dijangkakan kerana menurut doktor yang merawat Bapak, antara risiko selepas kepatahan buku lali ialah radang sendi atau arthritis.Doktor memberikan pil Artril 250 bagi mengurangkan kesakitan akibat arthritis.
Baru-baru ini Bapak menjalani pemeriksaan rutin. Seperti dijangka imbasan x-ray mengesahkan tulang rawan di antara buku lali dan tapak kaki sudah semakin berkurangan. Tulang rawan itu bagai pelincir yang membolehkan buku lali dan tapak kaki berhubung dan bergeser tanpa kita rasa sakit.
Sehubungan itu, doktor menasihatkan buku lali kanan Bapak di suntik dos cecair pelincir yang menyerupai pengganti tulang rawan. Ia suatu ikhtiar kerana tidak dapat dipastikan berapa lama cecair itu boleh bertahan..
.Pendek kata kalau nak selamat, jangan mengada nak buat aktiviti lasak cam panjat gunung, main futsal dan bertomoi...
Beberapa jam lagi, Bapak akan 'menyerah diri' kembali untuk menginap di hospital bagi menjalani prosedur tersebut. Insyaallah Bapak akan dibenarkan keluar hospital pada esok. Doakan Bapak ye...
mg semuanya dipermudahkan..mg cepat sihat
ReplyDeleteamin... terima kasih
Delete