Translate

Sahabat Bapak

Tuesday, February 19, 2013

Kempunan kelapa jeli dan Rojak Manjung

Kali terakhir kami minum air kelapa jeli Seri Manjung sewaktu Ilhan berusia 4 bulan pada Februari 2011.
cerita 2 tahun lalu...
 Kelapa jeli ini bukan yang dalam cawan plastik tu tapi sebiji kelapa muda segar. Kita minum dari kelapa itu sejuk-sejuk dari straw dengan separuh airnya dah jadi jeli. Dulu sebiji RM2.50 je, kali terakhir Bapak dengar dah berharga RM3.50.

Lokasinya kat Seri Manjung di belakang  Maybank. Setahu Bapak ada cawangan di Pulau Pinang yang diurus anaknya dan terbaru Kuala Lumpur. Tapi sesampainya kami di lokasi berkenaan, kedai tersebut dah tukar jadi bangunan hotel bajet...

Tergaru-garu kepala Bapak tak dapat petunjuk kedai kelapa jeli itu dah tutup atau tukar ke lokasi lain..
camni lah rupa Rojak Manjung...
 Khalish sudah mula menuntut janji...terpaksa Bapak pujuk tukar haluan untuk menikmati Rojak Manjung pula. Namun gerai makanan signature Manjung tu pun tutup juga pada hari itu.

Memang takde rezeki kami..Akhirnya Bapak belanja Khalish minum air kelapa muda di gerai berhampiran hotel yang kami menginap pada kunjung di Lumut tempoh hari.
 Tengok dari muka, macam tak ikhlas je Khalish minum air kelapa muda tu..huhuhu

8 comments:

  1. air kelapa mmg xsesuai tekak ni..
    last kena demam campak minum air ni..
    ehehheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman bila kena demam campak tu? heheh...

      Delete
  2. rojak tu benar mengiurkan..tergoda..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betulkan mengiurkan?...Orang Rumah Bapak x berapa minta sebab kuah kacang dah modified masukkan cendawan...

      Delete
  3. sob sob..
    mengapakah kejamnya bapak menayang ayaq nyoq kat cheq yg di perantauan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sori..heheheh..

      tepi pantai kt Australia xde pokok nyoq ker?

      Delete
  4. Assalamualaikum,,,tq singgah blog saya,,,,saya dh folo cni no 111,,,saya org perak juga, br sekali sampai manjung,,,,sedap laa rojak tuu,,,,air kelapa pun sedap !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sudi follow, cantik no 111 tu..heheheh

      tu la ralat x dpt minum kelapa jeli..huhuhu

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails