Orang Rumah Bapak selalu bercerita arwah atuk selepas pencen daripada perkhidmatan tenteranya selalu turun ke laut untuk menjala ikan. Nama pun menjala dekat-dekat pantai dan menggunakan perahu kecil, ikan yang diperolehi pun kebanyakan bersaiz kecil seperti tamban, bilis, todak, pari dan bulus.
Kesukaan arwah atuk setiap mendapat ikan bulus ialah meminta nenek memasak asam rebus. Kisah asam rebus ikan bulus itu sering diulang cerita oleh Orang Rumah Bapak. Tapi setakat itu sahajalah..Tak pernah sekali pun Orang Rumah Bapak menghidangnya kepada Bapak.
Apabila Bapak menjadi sebahagian ahli keluarga Orang Rumah Bapak, arwah atuk sudah tidak ke laut atas faktor keuzuran dan perahu itu sendiri sudah tiada lagi..
Baru-baru ini Bapak perasan ada ikan bulus di pasar lalu membelinya. Merasa jugaklah Bapak merasa asam rebus ikan bulus. Semasa menghirup kuah asam rebus itu, Bapak terkenang arwah atuk yang sudah hampir setahun meninggalkan alam fana ini...
al-Fatihah...
ahhh..ni yang rasa nak masak asam rebus nih..bendi wajib ada kan..saya suka asam rebus ada bendi..
ReplyDeletekalu suka letak bebanyak bendi, kita yang masak dia..heheh
Delete