Seperti kebanyakan kanak-kanak lain di negara ini, Khalish dan Ilhan peminat setia siri animasi itu, maka kunjungan ke Kedai Makan Upin Ipin lebih kepada untuk mengembirakan mereka.
Sesudah itu, kami kembali ke misi sebenar mengunjungi restoran iaitu menikmati makanan. Ralat juga keistimewaan kad keahlian Kelab Upin Ipin tidak dapat digunakan dengan alasan sistem cawangan tersebut belum bersedia.
Cerita mengenai kad Kelab Upin Ipin pernah diceritakan dalam entri Saya ahli kelab Upin & Ipin
Bapak memilih Nasi Goreng Atuk. Dari foto menu nampak menyelerakan tetapi ia sebenarnya cuma nasi goreng kosong berserta telur mata kerbau, keropok sayur, sehiris tomato dan dua cucuk sate disiram kuah kacang.
Maaf kata, rasa nasi gorengnya yang tawar mengingatkan Bapak, nasi goreng yang dimasak Orang Rumah Bapak pada awal perkahwinan. Untuk memberi keadilan, nasi goreng Orang Rumah Bapak sewaktu baru belajar memasak jauh lebih sedap...
Khalish pula memesan Ayam Goreng Upin Ipin. Ayam goreng salut tepung nipis berserta kentang goreng dan salad mentah tetapi harganya lebih mahal daripada Chicky Meal dan Happy Meal..
Nasi ayam yang dimakan Ilhan biasa-biasa sahaja namun Orang Rumah Bapak agak berpuas hati dengan nasi daging merah dari segi rasa dan saiz hidangannya yang besar.
Kosnya dua kali ganda dari makan menu yang hampir sama di restoran tom yam. Pendek kata andai selepas ini Khalish dan Ilhan beriya-iya mengajak ke Kedai Makan Upin Ipin lagi, biarlah cuma minuman yang dipesan sambil membiarkan mereka nenonton siri animasi tersebut di situ.
Jika itu boleh menggembirakan anak-anak...
Ada beberapa gambar mengenai Kedai Makan Upin Ipin, Mydin Meru Raya di Kedai Makan Upin Ipin
nasib baik bukan dekat rumah melor klu tak penat le melor nak cari alasan untuk anak2 melor.
ReplyDeletenasib baik la..hehehe
DeleteSalam,
ReplyDeleteTarikan populariti menjadikan ianya mahal tapi tidak mengambil berat dari segi kualiti. Selalunya ianya takkan bertahan lama.
salam,
Deleteniat entri ini agar pemilik kedai makan ni mendengar pendapat pelanggan dan meningkat kualiti makanan...
kalau mcm tu servis tak tahan lama lah..
ReplyDeleteyelah.. hanya jual pada nama
kualiti tak ada
betul tu bapak.. beli fries atau air je.. =)
budak2 ni nak main dan seronok2 je
budak2 bukan demand sangatkan...hehe
DeleteSaya baru pergi semalam..setuju sangat ngan bapak. Anak semestinya happy sebab dapat tengok Upin Ipin, tapiiiii..makpaknye memang ala2 je. Rasa makanan macam tak setimpal je ngan harga makanan. Tapi bak kata bapak, demi anak2, asalkan diorang hepi..kita pun automatik jadi happy kan :)
ReplyDeleteagak-agaknye dia caj dekorasi sekali kot dalam harga makanan tu..huhuhu...
Deleteapa2 pun harap diorg improve..