16 Februari adalah salah satu tarikh penting bagi Bapak dan Orang Rumah Bapak. Kami berkenalan pada tarikh itu empat tahun lepas.
Kisahnya, pada 15 Februari 2006, bos Bapak tersilap merangka jadual kerja, seorang rakan sekerja Bapak yang sepatutnya off day keesokan harinya kerana shift malam telah dijadual bekerja pula.
Kesilapan itu hanya disedari kira-kira pukul 9 malam ketika tugasan kerja keesokan harinya telah diagih-agihkan. Rakan sekerja Bapak itu kemudian telah memberitahu bos mengenai perkara tersebut dan merayu tetap diberikan off day.
Dia dengan selamba mencadangkan Bapak sebagai ganti dan apabila ditanya bos, Bapak tidak menolak. (kebetulan pada masa itu Bapak tidak mempunyai sebarang rancangan lain, awek pun takde lagi untuk berdating dan tawaran bekerja pada off day itu datang dengan double pay...heheh)
Sudahnya pagi 16 Februari itu Bapak melakukan tugasan yang sepatutnya dilakukan rakan sekerja Bapak di KL Sentral dan disitulah Bapak dan Orang Rumah Bapak bertemu buat kali pertama...
Apa yang berlaku selanjutnya telah menjadi sejarah....
-----------------------------------------------------------------------------------
Tarikh 16 Februari diingati secara sederhana tahun ini. Selain pakej berjalan sambil menyejukkan badan dari cuaca bahang di 'atas gunung' seperti tahun lepas, Bapak menghadiahkan Orang Rumah Bapak jam tangan yang diingininya sekian lama, Khalish pula menerima beberapa helai baju baru..
"B nak hadiah apa?," tanya Orang Rumah Bapak kepada Bapak (ada ke tanya...heheh)
"Blackberry boleh? jawab Bapak selamba
Dahi Orang Rumah Bapak berkerut, Bapak tergelak kerana kat mana suri rumah ni nak cekau duit untuk beli blackberry..heheheh
"Gurau je la, belanja steamboat pun ok," kata Bapak.
Dipendekkan cerita tengah hari itu kami makan steamboat tetapi sesi tersebut tak berapa tenang kerana Khalish meragam kerana permintaannya nak makan steamboat sama-sama tak dilayan..(gigi baru dua batang, ada hati nak makan steamboat..heheh)
selamat menyambut ulangtahun perkenalan @ pertemuan? sesungguhnya itu semua adalah ketentuan Illahi...percayalah!
ReplyDeleteKak Sonata,
ReplyDeleteterima kasih! sememangnya pertemuan itu telah ditentukan olehNya...
Bapak,
ReplyDeleteHappy Anniversary! Apa salahnya bagi Khalish makan steamboat! Dia pun nak rasa jugak steamboat tu! Takkan bapak n ibu dia je yang makan steamboat!
Kak Myza,
ReplyDeleteterima kasih!
steamboat tu dah taruh bahan perasa...sejak lahir kami memang pantau pemakanan Khalish agar sesuai dengan perkembangan usus dia. ada sekali tu Bapak pernah buang biskut Khalish sebab rupa-rupanya kandungan gulanya tinggi..heheh
Rupanya isteri bapak pun seorang surirumah macam kak tirana... Ingatkan dia kerja.. Kesian si Khalish nak makan steamboat..hehehe
ReplyDeleteTahniah....semoga sentiasa bahagia...Amin!
ReplyDeleteKak Tirana,
ReplyDeletedulu Orang Rumah Bapak bekerja tapi sejak berkahwin ngan Bapak, jadi suri rumah aje...
CkLah,
ReplyDeleteterima kasih!
romantiksnye....saya buat serita novel boleh?
ReplyDeleteSamm,
ReplyDeletenak buat novel? kalu dapat inspirasi daripada kisah Bapak yang x seberapa ni, silakan, Bapak alu-alukan..