Translate

Sahabat Bapak

Saturday, February 13, 2010

Khalish mula membaca!

Salah satu janji (ala-ala manifesto juga la..heheh) Bapak kepada Orang Rumah Bapak sebelum kami bernikah dulu ialah Bapak akan membacakan buku kepada anak-anak kami sebelum mereka masuk tidur setiap malam.

Anak sulung kami kini sudah berusia sembilan bulan dan tiba masanya janji itu ditepati. Sebenarnya sejak Khalish berusia lima bulan lagi, Bapak dan Orang Rumah Bapak telah mengenalkan dia dengan huruf dan abjad menerusi kad imbas.

Selain itu beberapa bentuk asas dan anggota badan itu telah diajarkan kepada dia juga menerusi kad imbas. Respons dia memang baik, Khalish memang berminat untuk belajar..(walaupun kadang-kala dia ketawa terbahak-bahak semasa sesi pembelajaran itu...)
Baru-baru ini Bapak membelikan dia dua buah buku, satu berbahasa Melayu, satu lagi berbahasa Inggeris.

Setiap malam sebelum tidur, Bapak akan membacakan buku-buku secara bergilir-gilir selang semalam. Khalish khusyuk mendengar Bapak membacakan buku itu dengan memperbagaikan suara bagi setiap watak dalam buku terbabit.

Kalau tak dibaca sehari, Khalish mesti gelisah dan susah nak tidur. Kadang-kadang kalau Bapak ada kerja malam dan balik lewat, Orang Rumah Bapak yang membacakan buku tersebut kepadanya.

Tapi Orang Rumah Bapak cepat-cepat pesan,

"Ibu bacakan Khalish buku ini kadang-kadang je kalau ayah dia sibuk. Ayah jangan ambil kesempatan, bukan taknak bacakan Khalish buku tapi nak buat camne kan ayah dia dah janji...."

Ye la....hehehe

9 comments:

  1. membaca amalan mulia....selain itu bacakan juga kepadanya huruf jawi....

    ReplyDelete
  2. Bagus..kak tirana dulu pun macam tu..bergilir-gilir sapa yang sempat..

    ReplyDelete
  3. Bagus,teruskan. Bacakan juga cerita-cerita Nabi-nabi kita. Nanti dah besar sikit boleh bagi dia komputer pulak, website untuk kanak-kanak. Ada masa, bapak cuba tengok kat sini.
    www.starfall.com

    ReplyDelete
  4. Kak Sonata,

    insyaallah Khalish akan dikenalkan huruf jawi juga.

    ReplyDelete
  5. Kak Tirana,

    Bapak & Orang Rumah Bapak mahu lakukan yang terbaik buat Khalish...

    ReplyDelete
  6. Kak Myza,

    terima kasih kenalkan website tersebut. Bapak dah review dan ia terbukti interesting!

    insyaallah Bapak akan carikan bahan cerita kisah Nabi yang sesuai tuk Khalish. cuma kat Ipoh payah sikit nak dapat, Bapak akan cari di KL...

    ReplyDelete
  7. Bapak, kadang-kadang bila ada jurujual yang approach kita untuk menjual CD kisah-kisah Nabi atau CD Jawi yang harganya RM10, tu pun ok jugak kalau nak dibeli sebagai permulaan.

    ReplyDelete
  8. Kak Myza,

    terima kasih, cadangan yang baik!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails