Translate

Sahabat Bapak

Monday, February 22, 2010

Dulu hp, sekarang Khalish nak laptop pula

Alkisahnya semasa Khalish berusia 4 bulan, ibunya mendukung Khalish sambil menggunakan PC. Perbuatan Orang Rumah Bapak menekan keyboard untuk menaip perkataan itu diperhatikan Khalish dengan teliti.

Esoknya, tanpa diduga Khalish merapatkan badannya ke PC lalu jari-jemarinya menekan keyboard dengan berhati-hati. Orang Rumah Bapak teruja melihak aksi bayi yang baru 4 bulan itu.

Namun 'kebenaran' itu membuatkan Khalish 'ketagih' untuk bermain dengan keyboard. Selepas itu, kemahirannya meningkat seiring dengan usianya.

Tak cukup dengan keyboard PC, keyboard laptop ayah dan ibunya juga nak dikerjakan. Kadang-kala Khalish cuba bermain dengan mouse mengeluarkan cahaya yang menarik perhatiannya.

Tanpa mengetahui fungsi sebenar keyboard, dia asyik menekan, semakin hari semakin ganas dan naik 'syeikh' seolah-olah seorang pemain piano yang sedang klimaks dengan muziknya.

"Tak boleh jadi ni, lama-lama bukan kerja kita sahaja terganggu tapi boleh jahaman PC dan laptop tu...," cerita Orang Rumah Bapak kepada maknya pada suatu hari.
Mak Mertua Bapak teringat laptop permainan Umai (adik bongsu Orang Rumah Bapak) yang tersadai di stor untuk diberikan kepada Khalish.

"Elok lagi ke tu? Umai pun dah 15 tahun, baik beli baru," tanya Orang Rumah Bapak kepada ibunya.

"Nanti check, ok kot. benda tu bukannya lama sangat ada empat, lima tahun. Beli masa Umai dah sekolah dah," jawab Mak Mertua Bapak.

Setelah diselongkar laptop permainan itu didapati masih dalam keadaan baik dan baru-baru Khalish menjadi pemilik barunya.

Biarpun laptop permainan itu ada pelbagai permainan interaktif, tapi itu Khalish tak kisah, yang penting dia dapat melempiaskan kegemarannya menekan keyboard...heheheh

4 comments:

  1. normal la tu budak2 skrang... anak akak bukan takat guna je, jahanam pun sudah dari pc sampai ke laptop... mmm da tak larat abah diorg nak ganti lg...

    ReplyDelete
  2. Kak Ejamaria,

    budak-budak sekarang..hehehh

    anyway terima kasih sudi ziarah 'umah' Bapak..

    ReplyDelete
  3. Hahahaha...cayolah bapak...Anak aku dah bleh kelecek bola dah!

    ReplyDelete
  4. Daddy,

    wah, cayalah Aliff. Khalish pun dah mula tendang2 bola tapi aku x pasti betul ker dia tendang atau berlatih tatih! hehhe...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails