Khalish mula berjalan pada usia setahun dua bulan. Apabila sudah 'dapat' kaki, apa lagi semakin galak dia merayau, habis satu rumah di tawafnya...hehhe..
Tak cukup dengan itu, hampir setiap petang, Khalish akan mengetuk-ngetuk cermin sliding door sambil memegang kasutnya...meminta ibunya agar membawa dia bermain-main di laman dalam bahasa yang Khalish sendiri sahaja faham...hehheh...
Sebaik sahaja gerigi besi dibuka, Khalish akan meluru berlari menuju ke arah pagar. Setelah penat menggegar pagar, dia tawaf pula keliling laman rumah termasuk memijak rumput.
Semasa Khalish ralit tawaf laman rumah, dia macam dah tak kenal 'jalan pulang'. Pantang diajak masuk semula ke rumah, mesti meronta-ronta. Sesekali dia membaling kasutnya tanda protes. Mana boleh lama-lama nak, sejam cukuplah...
Sebenarnya, Khalish sudah boleh berdiri tegak semasa berusia 11 bulan dan bertatih sewaktu setahun. (Kami tidak pernah membeli baby walker untuk Khalish kerana mahu otot-ototnya berkoordinasi dengan sendiri, lagi penggunaan baby walker banyak kontra daripada pronya...)
Namun dia tak berapa yakin untuk melangkah. Bapak dan Orang Rumah Bapak sepakat untuk membeli activity walker. Melalui peralatan ini, bayi yang baru bertatih dapat menyakinkan diri untuk melangkah.
Hari pertama, walaupun masih takut-takut, Khalish teruja menyorong activity walker itu keliling ruang tamu.
Hari kedua, dia semakin yakin, sorongannya semakin laju dan siap boleh mengundur. Cuma tak wheelie dan wikang je..hahahha...
Hari ketiga, Khalish sudah boleh melangkah sendiri walaupun masih terhuyung-hayang.
Apabila sudah pandai berjalan sendiri, activity walker pun dilupakan begitu sahaja...habis madu, sepah dibuang...hehehe...
Itulah nasib activity walker yang cuma digunakan Khalish 3 hari sahaja. Apa nak buat, simpan untuk adik Khalish la nampaknya...heheh...
Semakin besar, khalish semakin bijak dan semakin hensem...hehehe
ReplyDeletepenat la bapak nk melayan khalish cmni....mesti tak reti nk duduk diam kn hehehe....
ReplyDeletehehehe... lepas ni penat main kejar-kejar la jawab nye...
ReplyDeleteLepas nie sure die teruja time kuar jenjalan kan...
ReplyDeleteowh..really?..baru tau...
ReplyDeletetakpe..boleh jual kalau dahtak pakai..
my princess will be a year old lg 4hari.. takut sguh dia nk berjalan.. gayat.. hehehe..
ReplyDeletebapak.. meh mummy sewa activity walker tu blh x.. utk sminggu dua.. ctc mummy 019-2543211 ek.. kalo blh.. serius nie
Salam Bapak! Lepas ni bolehlah Khalish ajak Bapak main bola kat padang pulak!hehehhe
ReplyDeletewahh..dah dapat kaki .
ReplyDeletehabislah kaki bapak
penatlah ...
hahaha
( n3 saya - ulangan citer tahun lepas ..sure bapak ingat . hehe )
Kak Tirana,
ReplyDeleteKhalish bijak & hensem..ikut sapa la yer? hehehe...
Cik Panadol,
ReplyDeletememang Khalish x reti duduk diam...penat memang kadang2 penat tapi seronok!
Eja,
ReplyDeletesetakat ni x kejar2 lagi cuma perhati dia buat lawatan sambil belajar x setiap ceruk...heheh
hazman,
ReplyDeleteskrg ni memang Khalish dalam frasa teruja tuk berjalan2..hehe
Nik,
ReplyDeletex plan pun nak jual, simpan tuk adik Khalish...
Hot Mama,
ReplyDeletedah call kan ari tu..heheh...anyway hepi birthday 4 ur princess...
Kak Myza,
ReplyDeletemain bola berdua saja ngan Khalish x best gak, kena tambah ahli ni..heheh
Kak Linda,
ReplyDeletebiasalah, skrg time Bapak lalui fasa tu..heheh
setiap kali Kak Linda cerita 'kenangan' tu, Bapak teringat lagu 'Gerimis Senja' by Sheila Majid..lirik cam ada kena-mengena la...
Bapak,
ReplyDeleteWah... rasa baru lagi Khalish ni lahir.. dah pandai jalan... emm ini kira info untuk diri sndiri juga.. tak sangka plak ada xtvt walker ek..
simpan untuk adik ek.. hehehe
Ana,
ReplyDeleteyup simpan tuk adik..heheh...
bawak khalish gie the gardens mid valley ekk?
ReplyDeletehaha..
Siddiq,
ReplyDeleteyup...heheh